Sunday, September 21, 2014

Perkahwinan



Assalamualaikum..
Izinkan kita mohon maaf terlebih dahulu..


Memang setiap orang impikan perkahwinan yang indah.. yang kekal abadi. Tapi kita memang manusia yang hanya mampu merancang.. selebihnya hanya Allah swt sahaja yang mampu menentukan.

Doa dan tawakal kepada Allah. Itu sahaja yang mampu kita lakukan untuk keharmonian rumahtangga kita kekal sampai bila-bila.

Sejujurnya, kita katakan perkahwinan ni umpama sebuah perjudian hidup. Bergantung juga pada nasib dan rezeki seseorang tu. Ada yang Allah kurniakan mereka pasangan yang baik saling tolong menolong, romantik ada juga yang sebaliknya..





Semua tu Allah yang tentukan.. kita sebagai hambaNya sentiasa lah bersujud dan berdoa kepadaNya. Perjalanan hidup masih panjang.. akan datang kita tak tahu apa yang bakal berlaku.

Ada pasangan yang diduga dengan bermacam-macam ujian dan akhirnya mereka bahagia sampai bila-bila. Ada pasangan yang awal-awal bahagia tapi di duga pula di kemudian hari. Dan lain-lain lagi dugaan perkahwinan yang Allah turunkan. Jadi, sebelum anda anda dan anda mahu mendirikan masjid anda iaitu berkahwin. Fikirlah sedalam-dalamnya sebab tak mahu menyesal nanti dikemudian hari.. Jangan bertindak ikut nafsu dan perasaan. Waktu tu syaitan memang banyak yang menghasut. Istikharah lah selalu minta petunjuk pada Allah swt.


Wife ex-bos kita dulu masa kita nak kahwin dia pesan satu ni kat kita. "Sabar". Itu saja kunci untuk rumahtangga bahagia.. Betul, sabar itu indah. Memang mula-mula nak bersabar tu memang susah sangat, kadang-kadang pun tewas juga tapi harusss sangat tingkatkan kesabaran kita ni di tahap yang paling tinggi.. Allah takkan uji hambaNya jika mereka tak mampu. Jadi, bersabarlah sabariah dan sabarudin sekalian. kekeke.


Selain tu, salinglah improve kan diri masing-masing. Berubahlah menjadi yang terbaik buat pasangan masing-masing. Kalau ada buat salah mengaku kesalahan.. dan sentiasa memberi peluang kepada pasangan untuk berterus terang. Ingatkan tentang tanggungjawab masing masing. Bila bergaduh, salah seorang haruslah mengalah.. Belajarlah memaafkan pasangan kita dan beri dia peluang untuk perbetulkan kesalahannya. Walaupun berat hati untuk berbuat begitu, tapi fikir lah setiap ujian yang Allah beri pasti akan ada hikmah disebalik kejadian.. pasti akan ada ganjaran untuk orang yang bersabar kan. Serahkan semuanya pada Allah, yakin padaNya In Sha Allah DIA takkan pernah kecewakan kita.. 

Selain tu, jaga aurat jaga diri dan jaga pergaulan.. dan simpan lah kemesraan kita hanya untuk kita bukan menjadi tatapan orang lain.. okla, setakat ni tu sajalah yang mampu kita curahkan. Setiap orang dugaan dan ujiannya berbeza, persiapkan lah diri.. dan jangan pernah lupa pada DIA yang satu Allah yang maha mengetahui..

Adios Amigos !

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis