Wednesday, September 17, 2014

Permintaan

Bismillahirrahmanirrahim.

Kita meminta hanya pada Allah swt sahaja. Kerana dia yang mampu memberi apa yang kita inginkan.. bukan percaya pada petua orang dulu dulu. Betul, tak ada yang dulu takda la yang baru.. tapi tak semua petua-petua orang lama ni kita boleh guna.. sebaiknya, kita perlu mohon dan minta pada Allah swt lah kan..

Haritu, kita tengok insta kakfynn. Dia ada bagitau yang dia amalkan ayat terakhir surah Ali-imran kat Juna. Jadi, kita google la surah tu.. nak dipraktikkan pada Hanif supaya dia mendengar kata. Jumpa lah doa-doa ni.. jadi tak salah kalau kita kongsi kat korang. Selamat mencuba ya!


  • Ayat 200 Surah Al-Imran.



"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

Bacalah ayat ni semasa kita memasak atau hembuskan pada makanan supaya ianya dapat melembutkan hati anak-anak kita.. (boleh guna untuk suami jugak tak ? hihi)



  • Ayat 30-31 Surah An Nam.



"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku dan datanglah kamu kepadaku degan menyerah diri (beriman dan mematuihi ajaran agama allah)."

Ayat ni untuk anak-anak yang tidak mendengar kata atau tak hormat kepada ibu bapa atau sebagainya. Baca ayat ini dan hembus ke arahnya atau hembus ke muka nya secara berdepan.



  • Surah As-Syura : Ayat 19.


"Allah Maha lembut terhadap hamba-hambanya Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa."

Ayat ni pun untuk anak-anak yang degil tapi boleh juga mohon untuk lain-lain seperti lembutkan hati suami. Bacalah 19 kali tiup dalam minuman atau tiup ke atas ubun-ubun, jika orang itu jauh bacalah selepas solat sebanyak 19 kali dan niatlah kepadanya.


Solat juga jangan lupa, dan semoga amalan kita sentiasa diterima Allah dan diberkati dunia dan di akhirat. In sha allah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis