Tuesday, December 16, 2014

Islam is the way of LIFE!

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua.
Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. 


Yup.
Nak cari ketenangan hidup adalah dengan beribadah. Dari situ, kita akan dapat ketenangan dan kebahagiaan.

Terbukti!

Sebab bila awak letak ALLAH SWT segalanya, In sha allah you will have a better life.



Kahwin

Bukan penyelesaian untuk setiap dosa yang korang penah buat. Tapi kahwin tu la segala permulaannya. Andainya sebelum korang kawen dulu, korang dah buat dosa macam-macam. Solat lintang pukang lah.. Party la, maksiat la. kaki perempuan lah. Tak, sebelum kahwin la korang kene berubah! serius..

Oh awak tak boleh kata.

"hurm, nanti kahwin la aku berubah.."

No. Nak berubah tak boleh tangguh tangguh. Bila kata nak berubah, buat! bukan tangguh.. nak tangguh sampai bila ?  Bila niat nak berubah, kene la mula cari kawan-kawan yang baik. Cari ilmu agama.. pergi Masjid, bergaul dengan orang-orang alim. As for me pun, belum sempurna lagi ibadah. banyak juga nak belajar balik.. subhanallah. sedih betul.. :'(



Solat

Solat tu tiang agama. Kita selalu pandang bende ni temeh.. simple. alahh kejap la. tapi ini tiang agama. satu runtuh, tak sempurna ibadah kita. Bila kita solat dengan sempurna, awal waktu.. tak pernah miss. in sha allah, kita akan cenderung untuk melakukan kebaikan.. antaranya menutup aurat. Apa guna nya, kita mengaku solat setiap waktu tapi mendedahkan aurat kita pada lelaki untuk ditatap. Ada satu video ceramah, ustaz kata ibadah tak sempurna walaupun kita solat tak pernah miss. Sia - sia je la solat tapi ibadah lain tak buat. Mendedahkan aurat tu pun dikira DOSA BESAR.

Ye, percayalah.. sebab saya dulu pun begini. bertudung sedangkan yang lain terdedah. t-shirt lengan pendek. sendat, nampak bentuk.. yelah slim kan waktu tu , semua nak ditunjuknya.. bila kita diganggu lelaki. kata pulak lelaki tu gatal sedangkan kita yang menunjukkan bentuk badan kita pada mereka. apa guna ?

Then, bila saya mula menutup aurat dengan sempurna. Alhamdulillah, saya jarang lagi diganggu lelaki mata keranjang. tp adalah segelintir.. itu mesti jenis yang munafik la agaknya. astaghfirullah.

itu belum yang berpurdah dan berburqa. mesti tak berani punya mereka nak tegur. wallahualam.



Perbuatan

Hurm.. saya pun susah nak buang tabiat mencarut. yelah, dulu kan kuat mencarut. sikit punya hal dah carut berbakul-bakul.. sekarang, dah tercarut baru nak istighfar. haha! my bad :'(

Tapi.
kalau ciri islam yang sejati, bila amalan mereka banyak dan terasa connection dia pada pencipta (Allah swt) kuat, seseorang tu akan jadi baik. kalau dulu kuat menipu, bila mereka jaga amalan in sha allah sekarang jadi seorang yang jujur. mana kita tau kan ? kita bukan boleh nak judge orang.. tu semua kerja Allah.. dia je yang boleh tentukan seseorang tu untuk ke syurga ke or ke neraka. Kita ni, cuma buat amalan tambahkan pahala untuk kita ke syurga.

Masalah kita zaman moden ni.. (padahal dah akhir zaman) sebab kita rasa sangat sangat lah yang kita buat ni semua betul. hurm.. contohnya,

Saya rasa, pergi tengok wayang dulu normal. bukan nye buat maksiat cuma tengok wayang.. dosa apa.. Allahu. padahal tak tahu, tengok wayang tu la permulaan nak buat dosa sebab syaitan akan sentiasa menghasut kita..

So sebelum kita fikir and rasa perbuatan kita tu betul, elok lah refer pada Ustaz or buku ilmiah agama. Kadang tak semua kita rasa betul tu totally betul.. paling teruk, ianya DOSA BESAR yang kita anggap perkara biasa. nauzubillah T_T'



Makanan

Makanan ni pun part of ourself. kan ada istilah "We are what we eat". Bahaya la, kalau makan makanan yang tak halal susah nak beribadah.. susah nak menghafal.. Jadi sekarang, bila nak beli cikedis ke air ke apa-apa kene la belek tengok Expired Date dengan Logo Halal.

Bagi saya, jika makanan yang ada logo halal tapi ingredient ada benda haram itu tanggungjawab pihak Jakim la kan. Tapi kita pun, kalau dah confirm makanan tu ada benda haram kita stop la beli and makan. Boikot la katakan..

Boikot biar lah kekal.



So manusia bila ada pegangan in sha allah kita akan tenang je. damai je.. Bila drive saya buka channel Radio Ikim.fm.. sebab banyak ilmu yang saya lupa / saya tak tahu saya dapat tahu. Ni saya bagi frequency Radio Ikim.fm untuk setiap negeri.


Ok la sampai sini je saya coretan saya. sebelum saya klik Publish saya share satu video dari Ustaz Kazim..




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis