Thursday, January 15, 2015

Berubah.

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Setiap manusia yang melakukan kejahatan dan berdosa kepada Allah swt hendaklah kembali ke pangkal jalan dan segeralah bertaubat.
Betul. Nak berhenti melakukan sesuatu yang kita suka memang susah sangat kan.. Lagi lagi bila benda tu adalah dosa besar pada kita.


Saya dengar ada satu nasihat dari Ikim.fm. Ustaz ni kata, untuk seseorang yang hendak berubah dan kembali ke pangkal jalan segeralah meninggalkan perkara perkara yang mungkin akan mengembalikan dirinya kembali untuk berbuat dosa.



Terutamanya kawan-kawan.
Tinggalkan lah kawan-kawan yang mungkin akan mengajak kamu untuk melakukan dosa.
Tinggalkan kawan-kawan yang sering mengigati kamu untuk melakukan dosa.

Jika pekerjaan kamu juga mendorong kamu untuk berbuat dosa..
berhentilah dari kerja tersebut.. banyak lagi rezeki Allah nak bagi. Luas rezeki Allah ni. biar sikit asalkan dapat keredhaan dan halallan taiyibah.

Dugaan setiap manusia tak sama.. bila kita niat untuk berubah jadi baik, in sha allah. Allah akan tolong dan berikan kita kawan-kawan yang baik.. Contohnya, ada seorang hamba Allah ni yang ingin berubah bertudung. Walaupun niatnya bertudung dah betul, tapi masih lagi berkawan dengan kawan-kawan lama dia.. Jika dia mempunyai semangat yang kuat untuk berubah dan beristiqamah. Alhamdulillah. Pasti tiap dugaan yang datang dia mampu harungi. Jika lemah, tak mungkin dia dapat istiqamah.. syaitan takkan berputus asa untuk menyesatkan kita jadi kita juga takkan berputus asa untuk ke syurga allah yang hakiki la juga. Ada lagi tu masa sakit terlantar di hospital, sewaktu sakit berjanji mahu berubah.. berjanji untuk bertaubat.. sebaliknya bila Allah telah kembalikan kesihatannya, saya lihat hanya sementara sahaja perubahan dia. Makin lama saya lihat semakin beliau bangga menunjukan setiap dosa yang dia lakukan. Allahuakbar.. saya tak mampu menegur lagi sebaliknya biar Allah sahaja la yang balas.. Jika niatnya dilakukan dengan perbuatannya. saya dapat rasa istiqamah dia akan kekal.. kerana beliau masih lagi memilih untuk berkawan dengan mereka-mereka yang jahil. 


Bukan tak boleh berkawan.. Tak perlu untuk putus kawan terus. Slow-slow tinggalkan mereka.. rajinkan diri untuk ke Majlis Ilmu dan mengukuhkan iman, in sha allah, kita mampu menolak ajakan kawan-kawan yang jahil ini untuk berbuat dosa malah mampu berdakwah lagi kepada mereka.


Tahu tak kalian, Allah swt takkan memaafkan mereka-mereka yang sengaja menunjukkan dosa yang mereka lakukan dengan bangga.. sengaja upload gambar dedah aurat, sengaja upload gambar ber party.. dengan bangga lagi. Jika sekecil zahrah hati tu taknak berubah dan bertaubat, memang tiadalah kemaafan dari Allah subhanawa taala.

MELAINKAN JIKA MEREKA BERTAUBAT.

saya tak pandai hadis lagi. hahaha. Jika tahu saya selitkan di entry ini.

Aib kita yang busuk dan kotor ni Allah swt tutup rapat-rapat sebab nak beri kita peluang untuk kembali kepada dia dan bertaubat.. tapi jika aib yang Allah tutupkan tu sengaja diheboh heboh kan.. jadi bagaimana peluang korang untuk berubah ?? Adakah jika korang dah ditanam baru nak berubah ? Sorry it's too late.. kerana kiamat bagi seseorang itu adalah sewaktu kematian mereka.
wallahualam.


Jadi, sebelum bumi hancur.. sementara pintu taubat masih luas terbuka.. kembali la kita ke pada Tuhan kita yang satu. Allah yang maha besar. Allahuakbar!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis