Thursday, January 1, 2015

Selamat Tahun Baru 2015 !

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. 
 
Hihihi
Ok tak ?


Hahaha saya testing je.. saya belum sampai ke tahap ini rasanya. Mengaji pun belum habis lagi. Tapi serius! seseorang yang berpurdah / niqab automatically mata diorang jadi cantik. Subhanallah.

Harini dah masuk 2hb Januari 2015. Permulaan buku baru dalam hidup saya.. sepanjang 2014, saya lalui banyak kenagan pahit dari yang manis. Pengalaman ini la yang mengajar saya untuk berubah dan menjadi yang lebih baik lagi di masa akan datang. In sha allah, saya akan cuba lah contohi sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad S.A.W. Salah satu yang saya rasa berat nak ikuti nya adalah Rasulullah saw tak pernah membalas dendam kepada mereka yang buat jahat kepada beliau. Saya cuba untuk membuang perasaan dendam dan benci sesama manusia kerana Rasulullah sendiri pun memaafkan umatnya inikan pula saya?? Siapa saya untuk jatuhkan dosa kepada manusia.. saya hanya manusia biasa. Tewas dengan hasutan syaitan! WAKE UP! Don't let Shaitan win your heart! Syaitan memang keji dan jahat sejahat jahat nya.. kerana saya cuba untuk tidak berbicara kerana saya risau dan takut apabila saya berbicara tidak menggunakan akal sebaliknya menggunakan hati. lalu saya akan menyakiti hati sesama manusia.. saya redha setiap dugaan ke atas saya kerana semua itu adalah kehendak Allah swt. Allah lah yang telah membenarkan semua perkara terjadi kepada saya. Dan alhamdulillah.. Allah swt memberikan ganjaran yang sangat tak ternilai. Alhamdulillah.. syukran ya rabb.


So.


2015?
Semoga hubungan saya dengan Allah menjadi lebih baik dan takkan terputus sampai bila-bila.
Keluarga saya, kekal abadi hingga jannah.
Dilindungi dari segala anasir jahat dan malapetaka.
Semoga menjadi Muslimin dan Muslimat yang diredhai Allah subhanawata'ala.

Amin ya rabbal alamin

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis