Thursday, February 26, 2015

Apa guna pakai baju.

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Buat para ibu, isteri, kakak, adik-adik perempuan serta para suami dan ayah yang sayangkan isteri dan anak-anak perempuanya, Rasulullah s.a.w telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya. Nauzubillah! Moga Allah melindungi kita semua.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971) Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)

*copy image dari google*

Kakak Memakai Baju Adik 8 Tahun

Perbincangan kita kali ini akan tertumpu kepada golongan kedua yang disebut dalam hadis di atas. Apakah yang dimaksudkan dengan berpakaian tetapi telanjang? Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa ada beberapa makna. Antaranya ialah perempuan itu menutup sebahagian auratnya dan membuka sebahagian yang lain atau memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan bentuk badannya.

Di dalam kitab al-Muntaqa (Syarah al-Muwatta’ Imam Malik) pula, ditambah dengan pengertian memakai pakaian tetapi terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Betapa ramainya para kakak pada hari ini yang berumur 28 tahun memakai baju adiknya yang berumur 8 tahun. Memakai baju dengan trend “see through”, kononnya mengikut peredaran zaman. Walaupun ada inner, tetapi ia tetap menampakkan bentuk badan. Ada yang merasakan sudah cukup sempurna apabila menutuk rambut, sedangkan tubuh badan terserlah dengan pakaian ketat.

Wahai kaum Hawa, peringatan ini adalah kerana sayangkan kalian, Rasulullah s.a.w. tersangat sayang kepada umatnya. Baginda terlalu ingin melihat umatnya melangkahkan kaki ke syurga yang penuh dengan nikmat yang kekal selamanya.

Baginda juga menjelaskan bahawa para wanita ini sentiasa berlenggang-lenggok ketika berjalan sehingga menyebabkan orang lain yang melihatnya tergoda. Inilah cara berjalan para pelacur pada zaman jahiliah. Inilah cara mereka memperkenalkan diri dan menarik perhatian para pelanggan.
Syeikh Abdul Majid al-Zindani, seorang ulama Yaman menerangkan tentang kalimah ‘mumilat’ yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis ini adalah isim fa’il dengan makna seseorang yang menyebabkan orang lain menjadi senget. Apabila melihat perempuan ini berjalan, ada lelaki yang akan menatapnya dengan penuh ghairah sehingga tersenget badannya ke arah pergerakan perempuan tersebut. Fesyen rambutnya seperti bonggol unta yang kelihatan terhuyung-hayang ketika berjalan.

Kesan Negatif

1. Menyusahkan para isteri
Golongan wanita yang berpakaian tetapi telanjang sebenarnya antara penyebab pelbagai masalah rumah tangga yang berlaku. Para suami mula membandingkan wanita tersebut dengan isterinya. Ada juga isteri yang mula menaruh syak wasangka apabila mendapati ada rakan sekerja suaminya yang berpakaian sedemikian rupa. Apabila virus-virus ini mula merebak dalam rumah tangga, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar.

**Tak memasal kan si isteri tuduh tuduh si suami walhal si suami tak buat pun. Tapi kalau ada pun suami yang duduk melayan, tak ke isteri juga menderita... kecewa sebab suami termakan pujuk rayu perempuan sebegitu. :'(


2. Gangguan seksual terhadap golongan lelaki
Ini adalah satu bentuk gangguan yang menghilangkan tumpuan orang lelaki. Dalam hadis tersebut menyatakan: ”Sehingga senget orang lelaki yang melihatnya,” iaitu senget fizikal dan senget akalnya apabila berhadapan dengan nafsu yang membara akibat bahana golongan wanita tersebut.

**Tahu tak sebab golongan perempuan macamni la kaum lelaki susah nak jaga mata. Bila dia tengok bukan dosa dia je masuk dengan dosa dosa korang yang pakai seksi tu skali tau.


3. Mendedahkan diri kepada pelbagai bahaya
Senario hari ini memperlihatkan betapa banyaknya kes rogol dan pengkhianatan kepada golongan wanita. Salah satu faktornya adalah apabila golongan lelaki tergoda melihat tawaran hebat serta promosi percuma wanita yang tidak bermaruah ini. Adakalanya wanita seksi ini tidak menjadi mangsa tetapi nafsu dilampiaskan kepada insan-insan lain yang tidak berdosa seperti gadis lain, kanak-kanak bahkan ada yang menjadikan anak sebagai mangsa.


4. Tidak menghidu bau syurga
Golongan berpakaian tetapi telanjang ini tidak dapat menghidu bau syurga apatah lagi memasukinya.


Sukar untuk Berubah.

Ramai wanita yang menyedari kesilapan ini. Bahkan betapa ramai suami yang berasa bersalah melihat keadaan isterinya yang setiap hari ke tempat kerja dalam keadaan berpakaian tetapi telanjang. Sukarnya mengubah penampilan diri. Tambahan pula apabila ada yang suka menyindir melihat perubahan positif yang cuba diusahakan.

Dalam situasi ini, ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan sahabat. Sahabat yang baik seperti penjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wangiannya. 

Bersahabat dengan kawan yang jahat pula seperti berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak terkena percikan api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada badannya.

Carilah sahabat yang menjual minyak wangi, walalupun anda tidak membelinya tetapi anda pasti menjadi wangi kerana dapat mencubanya secara percuma setiap hari.


Artikel oleh Ustaz Syed Nurhisham – Solusi Isu #21
Di ambil dari blog http://www.islamituindah.my/berpakaian-tetapi-telanjang.

Wednesday, February 25, 2015

We are what they are.

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


*****

Kita sebagai mak abah seharusnya memberikan didikan yang secukupnya untuk anak-anak.. bukannya keperluan yang melebihi dari pendidikan. Anak-anak kita seharusnya diterapkan dengan didikan agama supaya bila mereka besar nanti mereka pandai menilai kebaikan dan keburukkan.


Ibu bapa memang guru pertama buat anak anak.

Walaupun bekerja sekalipun, kita sebagai parents tak patut meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada penjaga kerana tanggungjawab tersebut seharusnya digalas oleh mak dan ayah.

Bila berlaku kes,

anak nakal di sekolah..
anak ponteng sekolah..
anak hisap rokok..
anak lepak di kedai kedai makan..
anak gi clubbing..


dimana silapnya itu ??


walaupun keperluan memang perlu untuk diberikan, didikan agama jangan diketepikan.

Penulisan ini bukan saje untuk para pembaca sendiri walhal kepada diri saya yang menulis ini juga. Tugas saya, menjaga, membesarkan dan mendidik anak anak. 


Saya hanya ingin memberi kesedaran kepada mak ayah di luar sana. Kita ni adalah manusia yang dipilih untuk hidup di akhir zaman, di akhir zaman ni pula segala kemungkaran yang pernah berlaku pada zaman Nabi Nabi kita terdahulu telah terkumpul dan berlaku serentak pada zaman sekarang. Jika keimanan dalam diri tidak cukup tinggi masakan saje senang dipetik syaitan untuk melakukan kemungkaran ?

Oleh itu, segeralah berubah kepada kebaikan demi masa depan anak anak kita. Kerana mereka adalah saham kita di akhirat kelak..

Contohnya, ibu bapa yang terjerumus dengan dosa dan selalu melakukan maksiat pada hati dan niat mereka tak mahu anak-anak mereka ikut jejak mereka lalu dihantar anak anak mereka ke mana mana sekolah Tahfiz sedangkan si ibu dan ayah ini masih lagi bergelumang dengan dosa, itu Allah saja la yang boleh menjadikan sesuatu yang buruk menjadi baik.. jika mungkin suatu hari nanti anak anak itu yang mampu tarik ibu bapa mereka menjadi baik TAPI posibility anak anak itu mudah terpengaruh tu tinggi la jika mak ayah mereka langsung taknak berubah.


DOA.

Doa tu kan senjata umat islam.
Ibu dan ayah doa lah banyak banyak pada Allah supaya Allah menjaga iman dan akidah anak anak kita. Jangan diserahkan semuanya bila mereka dah dewasa. Orang tua tua kan suka cakap macamni.
"Dia da besar panjang.. pandai pandai lah dia pk baik ke buruk..."
persoalannya, adakah si dewasa ni memilih untuk buat kebaikan ??
Kalau pilihan yang dibuat tu pilihan yang mungkar macamana??

Kalau ade parents yang sedar, mungkin mereka nampak silap pada diri mereka tapi sebaliknya ramai parents yang akan marah balik anak anak diorang.. bila jadi macamni, siapa yang dalam dilema. contohnya macam budak perempuan yang dah terlanjur dan mengandung tu?? awak nak salahkan siapa?? baby dalam perut tu ke?? tak bolehh.. 
bagi ruang pada mereka, terima mereka seadanya sebabnya mereka dah tersilap pilih jalan. Saya terdengar dari ikim.fm, jika anak anak yang bertaubat ibu bapa juga harus bertaubat.. jika isteri bertaubat suami juga harus bertaubat kerana disebalik dosa anak terselit dosa ibu dan ayah dan disebalik dosa isteri terselit juga dosa suami. Jadi sentiasalah berdoa ke hadrat ilahi.. mintak anak anak kita dijauhi dari segala anasir jahat dan hasutan syaitan dan iblis ni.


  Kita sebenarnya hidup Allah beri dua pilihan, pilihan untuk menjadi baik dan pilihan untuk menjadi jahat..
Jika pilihan kita untuk menjadi baik, in sha allah yang maha kuasa allah azwaja'ala akan membantu kita dan sentiasa memberikan dorongan dan jalan kita ke arah kebaikan.
Jika pilihan kita untuk buat dosa dan dikelilingi maksiat, Allah takkan bantu lagi teruk dia taknak pandang pun kita langsung.

Nauzubillahiminal zalik!

Minta kita semua dijauhkan.
amin.

Wednesday, February 18, 2015

Nak Review Pampers Hanif sket.

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. 


Ok. Kita nak Review sket pasal Pampers baru yang dak Hanif cuba pakai sekarang ni..
Mulanya, kita pakaikan Hanif Dripers waktu New Born dulu. Lepastu, waktu tu ekonomi walid dia macam so so je kan.. lama-lama tukar la pampers dia ke Jenama yang murah-murah. Petpet la. BabyDry la.. Huggies ummi tak sure pulak penah pakaikan Hanif ke tak.. Setakat ni yang ok dengan Hanif MamiPoko la..

Tapi..

Memandangkan si Hanif ni kencing bergelen-gelen. MamiPoko pun macam tak mampu nak tampung. Ajeee bocorrr jela. keje ummi nak kene tukar cadar kejap kejap. eh letih tau anip!


Pastu..

Ummi ngn walid jenjalan beli barang hanif kat Econsave Melaka tu. Ade amoi auntie ni promotekan pamper jenama Merries ni hah.. see the pict below meh.


Mukadimah depannya.

Mukadimah belakangnya..

 
Oh ye.. jangan terkejut laaa Hanif 7 bulan pakai Pampers Size L. Baby boy kan kuat susuuuu...

Tapi trytest la beli jugakk.. Harga dia agak sakit sikit laa.. yg 54 pieces ni pun harga dia RM54. Semputtt makjemahh kan? Lampin ummi pun tak sampai harga begitu ye nip. -_-'

Bila pakai waktu malam tu..

Fuhh..

memang menakjubkan sangattt! (Alahaii takde plak rajin nak amek gambar demo..) tapi percayalahh. penyerapan dia memang serap sampai ke dalam. Walaupun bergelen gelen dak nip ni tencing pun tetap tak bocor. Macam MamiPoko tu even dah kembung tu bila si hanif menyiarap lapisan yang basah tu keluarlah air dia tu kan.

Jadi. Ummi terpaksa laaa belikan hanif pamper murah satu ngn pampers mahal ni satu. Waktu waktu genting je guna seperti tidur malam atau berjalan jalan.. hoo jangan kate laa, duduk dalam stroller pun seluar dia basah belah depan. aishhh. ahsem tau takk.

Tengokla pun jenama no 1 kat Jepun.. arigatooo~ hehe

Milestone hanif pun makin berkembang.. antaranya, sibuk nak mencapai dan gengam. Paling boleh hilang sabar tu orang nak dodoikan dia tido dia gi cakarnye muke kite.. ehhh sabojelaa. kang suh tido sendiri kang melalak sepenuh hati. hahahaha

ok laa. see you guys later!
Alhamdulillah.

Tuesday, February 17, 2015

Dajjal Laknatullah!

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. 
DAJJAL


Semua umat Islam yang beriman tahu dan kenal siapa makhluk ini. Ni sebahagian tentang si Dajjal Laknatullah yang saya nak sharekan ni.
  • Dajjal merupakan seorang manusia yang telah ditangguhkan ajalnya. Dia diberi kelebihan oleh allah s.w.t untuk menguji keimanan manusia.
  • Makanan orang-orang beriman ketika dajjal keluar nanti hanyalah tasbih (Subhanallah), Tahmid (Alhamdulillah), Tahlil (La Ilaha Ilallah) dan Takbir (Allahuakbar).
  • Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, kenyangkah?" "Tidak, Manusia akhir zaman berzikir hanya sebagai cara untuk terus bersabar dengan lapar."
  • Kita keneberpuasa sunat selalu sebab waktu Dajjal keluar nanti, kita boleh bertahan dengannya kerana dia memonopoli semua makanan atas muka bumi ini.
  • Kelebihan Allah bagi pada si Dajjal ni:
  1. Boleh menyuburkan tanaman.
  2. Boleh turunkan hujan.
  3. Menghidupkan yang mati.
  • Macamana Dajjal nak keliling dunia cuma dalam masa 40 hari? sempat ke?
    • "Pergerakkan Dajjal tu bagaikan hujan yang ditiup angin"
  • Dajjal akan menjadi ketua dekat dunia ni. Semua pemerintah nanti akan ada di bawahnya. Bila dia da kuasai semua, dia akan mengaku yang dia tu tuhan.
  • Nanti, Dajjal akan suruh semua orang mengaku yang dia tu tuhan. Siapa yang mengaku akan jatuh kafir, tapi dapat kemewahan dunia. Siapa taknak mengaku, dia akan derita.
Hari pertama Dajjal dekat dunia = setahun.
Hari ke dua = sebulan
Hari ke tiga = seminggu
Hari ke empat hari ke 40 = hari-hari biasa.
  • Dajjal ni penipu besar. Antara pengikutnya yang ramai adalah dikalangan kaum wanita dan kanak-kanak kerana mereka mudah terpedaya.
  • Sabda Nabi S.A.W: ketika Dajjal keluar, ikatlah anak dan isterimu di tiang pada rumah. Ini untuk mengelakkan mereka keluar dan terpedaya denganya.
  • "Jika Dajjal keluar ketika aku masih hidup, aku akan bersama-sama dengan kamu untuk menentangnya". - Nabi Muhammad S.A.W
  • Dajjal akan menghidupkan semula mak kita yang dah meninggal untuk meyakinkan kita yang dia tu tuhan sedangkan yang hidup itu hanyalah jelmaan syaitan!
  • "Jika kamu berjumpa dengan Dajjal, bacakanlah 10 ayat pertama dari Surah Al-Kahfi." *Nabi dah pesan jom amalkan!
  • Semua pelusuk dunia akan diterokai oleh Dajjal kecuali 2 tempat dia tak dapat masuk iaitu Makkah dan Madinah kerana dikawal ketat oleh Para Malaikat.
  • Waktu Dajjal keluar nanti masing - masing kene lindungi diri sendiri. Takde siapa boleh tolong dah kerana waktu tu seorang ibu pun tak boleh nak tolong anak dia.
  • "Kalau kita menyorok dalam air, selamat ke tidak dari Dajjal?" kata Syeikh Zainul Asri. Penguasaan Dajjal tu di darat, laut dan udara. Tak boleh lari.
  • "Dajjal takut dengan azan. Kalau dia buat benteng dan waktu tu tengah azan akan musnah benteng dia tu" - Syeikh Zainul Asri.
  • Dajjal akan buat matanya dan akan muncul perkataan 'Ka Fa Ra' dekat dahi dia setelah dia mengaku yang dia adalah tuhan.
  • Dajjal akan keluar bawa neraka dan syurga. Neraka yang dimaksudkan adalah kesengsaraan dan syurga adalah kebahagiaan. Neraka Dajjal sebenarnya adalah syurga dan syurga Dajjal adalah hakikatnya Neraka.
  • Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa A.S selepas Dajjal berjaya tawan dunia selama 40 hari setelah dia keluar nanti.
  • "Amalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi maka kamu akan terselamat daripada Dajjal."

  • "Yang paling aku takut melanda umatku di akhir zaman ialah huru hara yang dibawa oleh Dajjal." -Nabi Muhammad S.A.W
  • Orang yang malas nak ambil tahu pasal Dajjal ni, mereka tak tahu betapa huru haranya yang akan dibawa oleh Dajjal nanti.

Itu lah sedikit sebanyak tentang Dajjal yang perlu kita tahu.. Ustaz ada cerita lagi pasal Yakjuj dan Makjuj.. Dinding yang mengurung YJ&MJ ni dah berlubang, tempat dia berada di Gorgia.. Rusia tempat MH17 kita tu terhempas. Katanya lagi YJ & MJ ni akan minum air dari Galilee Sea. 

Ni selingan dari Google Image untuk Galilee Sea. *Link*

Orang Yahudi pun ratanya beramal untuk hari kiamat kerana? korang tahu tak pokok yang boleh sorokkan orang orang yahudi ni ? ha.. pokok-pokok ni pun diorang dah tanam banyakk dah kat Israel. Sedangkan mereka yang jahil ni pun bersiap sedia untuk hari kiamat, kenapa tak kita ? siap sedia dengan amal ibadah.. mana yang salah selama ni kita buat cepatlah berubah dan bertaubat. Insaflah segera.. allahuakbar..

Ni selingan dari Google Image untuk Pokok tu tapi diorang bagi nama pokok ni Trees for Israel. *Link*

Segeralah beramal dan kembali ke jalan yang benar.. Subhanallah takut sungguh apa bakal jadi. Ya Allah.. selamatkanlah kami dari terpedaya dengan fitnah besar Dajjal ini. Amin ya rabbal alamin.

Friday, February 13, 2015

TGNA!

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.






Lautan manusia berserban mengelilingi Jenazah Tok Guru Nik Aziz.


Allahuakbar..
bertuah sungguh Arwah dijemput oleh Allah pada hari jumaat, kita macamana la kan ??

Hilang lah seorang pemimpin berjiwa Zuhud. bersederhana dalah kehidupan.. meletakkan Allah di tempat paling tinggi. 


Yang ni baru boleh kata Rakyat Didahulukan.. sebab Arwah sendiri pun beratur untuk mengundi tak perlukan ESKOT or BODYGUARD.

Tuesday, February 10, 2015

His first shoe

Bissmillahirahmanirrahim. 

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. 


 
Saya beli kasut Hanif kat kedai D.I.Y je. Tak la costing sampai puluh puluh ringgit. Rm 12.50 jee tauu.. sukaaa tgk Hanif pakai kasut, comel jeee.. Alahaii anak.

ok bye!

Wednesday, February 4, 2015

My Life Change 360 degree.

Bissmillahirahmanirrahim. 

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


Hihi.

Tak dinafikan, seronok jadi Ibu lagi lagi tak bekerja ni, hari hari ngadap muka anak.

Anak!
Anak!
Anak!
Anak!
Anak!
Anak!


Kadang-kadang, STRESS ugakkk.... uwaaaaaaa


Bila anak tido, senang kita nak kemas rumah, basuh baju, gosok baju, cuci baju, lipat baju, gosok baju (boleh kira berapa banyak baju nak dikerjakan?) Anak dah bangun, tengah buat kerja pun tergendala nak layankan dia jee..

Ehekk ehekkkkk.

Buat tak tau jadi tone lain.

Uweeeeeeeekkkkkk! gitu.

Aish..

Bila dah jawat jawatan ni, macam-macam nak kene ingat. Kalau nak keluar, kene ingat diapers anak la, air panas anak la, susu anak la, kadang-kadang sampai terlupa barang-barang kita sendiri.

T__T


Macamana laaa nak jadi SuperMama niii..


Rumah bersepah kene marah.
Tak masak kene marah.


Rupanya jadi Suri Rumah ni lagi banyak kerja nak dikerjakan...


Nak wat Freelance pun kadang-kadang tak menyempat. Skarang ni laa sempat, sebab si kecik ni tengah mood baikk.. mungkin perut kenyang kot. haha!


Kadang-kadang nak kene define kan dia menangis tu.. Kalau nangis, check diapers, ok tak berak pun, kalau nangis lagi, nak susu kot.. buat susu. Dah susu nangis lagi.. nak tidoo ? agaknye la. Kadang-kadang ada je yang tak kena walaupun semua ni dah buat... syaitan pulak hasut "Ada aku baling budak ni kannngg!" Allahuakbar. Mujur la ZIKIR ni makanan Hati. Serabut serabut cuba lah berzikir. In sha allah kita tenang..


Kadang-kadang pulak, hati ni sakit bila orang lain dukung.. ada je kata, "Dia ni berak keee?" Padahal baru tukar diapers. Eeeeiish sabojelaaa. ~.~'

Hahahaha


Tapi PAHALA. In Sha Allah, bertuah wanita yang jadi ibu ni kan?

Doa Ummi, biar Iman dalam diri Hanif kekal sampai bila-bila. Hanif, biar ummi jadi no 1 dalam hati awak ok. Sayang hanif.. oh walid pun sayang juga.


*Ok bye Hanif dah menangis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis