Friday, March 27, 2015

Saya seorang Freelancer, dan sedang mencari job design. =)

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. 


Ini adalah sebahagian dari kerja freelance saya.

Work from home.

Since last time saya bekerja di Danau Digital sebagai Graphic Designer. Resign sebab habis contract and tak dapat sambung, jawatan dah penuh. T_T

Since then,
preggy anak pertama sampai la sekarang.
duduk rumah jela.
selain buat paperprops untuk majlis kawen or tunang.

Kalau ada siapa siapa yang nak hire saya untuk buat design Kad kawen ke, logo ke, banner ke, atau apa apa keperluan untuk kerja design mendesign ni, boleh la emailkan ke saya.

kedinkyst87@gmail.com

"hire' tu kerja saya hanya di rumah saja tauuu..
Anak adalah keutamaan pertama saya.

Sekejap pun dah rindu nak tinggalkan dia.
apetah lagi kerja setengah hari oiii..... T_T'

Harga?
boleh runding..
saya amek tak murah sangat dan tak mahal sangat. biasa biasa je. ikut kemampuan korang la.


Nak tengok artwork artwork saya boleh singgah di website saya ni.

Terima Kasih daun keladi.
Nanti jumpa lagi.

p/s : part of design saja.. kalau printing charge lain pulak lah. hee tq!

Wednesday, March 11, 2015

Tudung.

Bissmillahirahmanirrahim. 

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

 

Pelik pelik la manusia zaman sekarang ni.
Ada je benda nak dijadikan isu sensitif.

Tapi bagi saya.
Bukankah pemakaian TUDUNG ni memang dah ditetapkan sejak azali?
Inikan perintah ALLAH SWT?

Tapi,
baguslah Media canang canang.
sekurangnya, adalah yang terbuka hati nak tutup mana mana yang terdedah tu.

Tapi ada pula segelintir,
yang tutup hanya sekadar tutup tapi yang lain ditunjuk lagi.

As example,
seluar lagging.
baju fit / baju lengan pendek.
skirt / jubah yang jarang or kain lembut gila sampai kita jalan pun boleh nampak bentuk vontot tu.


Aurat yang patut di cover adalah aurat yang kita tutup ni yang langsung bile lelaki lain tengok dia takde nafsu.
Katakanlah, kat luar tengah jalan jalan korang terserempak ngan perempuan yang cover aurat dia dari kepala sampai ke kaki siap berniqab. ada ke lelaki yang tengok terus boleh naik shahwat? lagi lagi lelaki mata keranjang, memang dorang jeling sebelah mata je. sebab takde effect melainkan korang berjalan terserempak ngn perempuan yang seksi sampai nak tersembul buah dada dia. Confirm si lelaki tu usha siap panggil panggil lagi, siap mintak no tipon lagi..

Kalau ada yang bertudung tapi masih diusha, korang tengok la pemakaian korang..
ketat ke?
tersembul ke?
nampak bentuk ke?

itu yang patut diperbetulkan.

Lagi satu,
dah buat kebaikan tak perlu dikecoh kecoh.
Buat senyap je.
Macam korang buat dosa, pergi club malam malam tapi korang sorok sorok.
(Mustahil jugak, orang sekarang pegi club pun dok tayang gambar.. apatah lagi bila buat baik?)


Sementara peluang untuk bertaubat ni masih terbuka.
Mana mana yang tak betul tu betul betul kan ler..
sebab kita berdosa hari ni, esok lusa takkan kita masih berdosa?
Syurga pun bukan untuk orang yang Maksum semata mata, tapi untuk pendosa yang bertaubat.
sebab kita ni bukan Para Anbia, kita manusia biasa yang mudah berbuat dosa.. lepas lepas tu cecepat la taubat..Jangan tangguh tangguh, tiba tiba mati tak sempat taubat sendiri menyesal.

sadakallahuazim.

Wednesday, March 4, 2015

Berhati hati di laman Internet.

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


Berhati hati la berkongsi gambar atau cerita di Internet ni.


Mungkin bagi kita ianya sekadar gurauan, perkongsian untuk tauladan (mungkin), kegembiraan dan sebagainyalah.
Tapi, tanpa korang sedar Internet ni pun salah satu agenda Yahudi untuk sesatkan kita umat Muhammad yang beragama islam ni di akhir zaman ni.


Salah satunya adalah AIB.

Seperti gambar.

Kelakarlah, artis yang baru bertudung di viral kan malah macam jadi trend. Mulalah jual tudung jenama artis artis berkenaan. Padahal bertudung dan menutup aurat tu kan PERINTAH ALLAH YANG DAH TERMAKTUB TERTULIS DALAM AL-QURAN pun. Macam korang ni mendewa dewakan sangat lah diorang ni. Yang kita ni bertutup pun belum tentu sempurna.

Perempuan perempuan yang dahulunya Jahil. Bila dah insaf tu cepat cepat lah DELETE gambar gambar korang masa jahilliah dulu tu. Sebab nak elakkan FITNAH. Contohkan artis artis Malaysia kesayangan korang ni hah.. yang sekarang dah insaf bertutup litup sekalipun tiba tiba tersebar lagi gambar gambar seksi diorang.

Salah satu cara Yahudi nak sesatkan kita laa tu.

Satunya, bila kita dah mati masuk liang lahad malaikat tanya soalan soalan apa kita buat kat dunia ni. Itupun belum tentu dapat jawab ke tak.. tub tub manusia yang masih hidup ni masih lagi tengok dan kongsi gambar gambar korang yang tak tutup aurat tu. Walaupun sebelum mati korang sempat berubah..

Tu belum masuk bab berhutang.

Orang yahudi ni kan tahu, orang islam yang berhutang kalau mati tak langsaikan hutang hutang dia pun bakal diseksa di kubur nanti. Nauzubillah.

Diorang lagi tahu kelemahan orang islam ni, tapi yang sedih orang islam bangga plak buat dosa.
Subhanallah.



Share perkara baik dan berfaedah tak salah pun cuma tengok la keadaan.
Kalau share cerita kita je 24 jam pun masalah juga.. share kucing kita je pun orang tak suka gak tengok. hahaa.
Cuma beragak jugalah. janganlah terlalu kerap.
Gambar gambar kita seksi dahulu kala tu pun kalau taknak orang jadikan fitnah cepat cepatla buang. takut nanti mati kene soal kene pukul dalam kubur.

Sekarang kat dunia boleh la cakap besar, nanti depan malaikat boleh ke jawab semua tu??
haaa.

Tuesday, March 3, 2015

Betapa hinanya manusia di sisi Allah.

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. 

Betul.
Allah juga tak pandang Rasulullah kerana ibadah dia.. tapi kerana akhlak baginda yang sangat sangat mulia dan terpuji itu..

Orang sekarang ni, bukan je tak berakhlak.. cetek ilmu agama. sombong dan angkuh lagi tak mahu terima teguran.


Cari salah orang je.


Kadang, ada manusia yang banyak menyebarkan ilmu agama tapi tak pula mengamalkannya.
korang tahu tak..
Orang yang mula mula sekali akan dicampakkan ke dalam api neraka adalah mereka yang tahu tentang sesuatu ilmu tersebut tapi tidak mengamalkannya...cthnya guru agama. mereka menyampaikan ilmu tapi jika ilmu yang disampaikan tak pula mereka amalkan.. jaga jaga lah.

Sayang seribu kali sayang.
Orang Malaysia ni kalau bab mengondem, mengutuk dan membuka aib orang paling tiptop.
mengeji dan mengeluarkan kata kata yang tak elok.
Islam tak ajar pun macamtu.


Sedih betul la dengan Masyarakat kita ni. Jahililah dan terpengaruh sangat dengan teknologi buatan Yahudi ni. Banggakan sesuatu.. terlalu memuji seseorang. Taksub dengan manusia.. kalau taksub dengan pencipta ke fahamlah jugak.. tapi Allah tu Maha Esa, kalau taksub dengan pencipta pun kita bakal jadi orang paling berakhlak atas muka bumi ni.. sama macam akhlak Rasulullah kita.

Guna la seelok eloknya. Kita ada Tuhan.. jangan lah langgar suruhannya. Bila kita betul betul jaga hubungan kita dengan pencipta kita (Allah swt) in sha allah Allah akan jaga juga hubungan kita sesama manusia.. Sentiasalah belajar.. mencari ilmu akhirat. kita hidup pun tak lama.. korang ingat dunia kita ni bertahan lama lagi ke?? Tolonglah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan..


Zaman Nabi Nabi kita dulu memang takde bende bende macamni.. sebab tu peluang nak buat dosa tu kecik..Zaman kita ni, keluar rumah dah bersepah sepah dosa.. sebab tu pahala umat Muhammad akhir zaman ni besar. Tu pun korang taknak kejar ke?? dari duk cari salah orang je.. kononnya nak menegur.. tapi orang tu taknak terima. bila taknak terima buat pula surat terbuka.. lepastu, ada pulak medium yang menyampaikan dan menyebarkan surat layang tersebut. Masing masing dengan ayat dan cacian mereka bila mereka tak sukakan sesuatu / seseorang tu. Yang mengkritik akan sentiasa mengkritik.. tak fikir ke perasaan orang yang dikritik tu?

(ye saya pernah alami perasaan dikritik teruk gara-gara upload gambar Aaron Aziz sujud di tepi jalan dulu)

Walhal dengan seluruh pelusuk hidup si pengkritik itu pula dihebahkan..diceritakan, diaibkan.
Allahuakbar.. berakhlak kah itu?

Cukup terseksa Rasulullah saw sedih dan menangis mengenangkan umat nya dia akhir zaman ini. Mudah terdorong dengan dosa dan maksiat. Sampai bila kita nak teruskan tradisi ni eh??



So, dari kita asyik bergosip mencari follower ramai ramai tu baiklah berhijrah perbaiki diri dari yang hina, buruk huduh tu kepada yang baik, suci dan murni.

Apa apa yang kita miliki semua ni pun pinjaman semata mata. Tak ada yang kekal abadi melainkan di syurga dan neraka. Saya juga seorang Isteri dan Ibu. Saya faham perasaan yang terlalu sayangkan suami dan anak.. kerana dahulu saya selalu mempamerkan apa yang saya miliki tanpa saya sedar Allah lagi maha melihat. Jadikanlah mereka mereka yang Allah pinjam ni seperti Permata di dasar lautan yang dalam. Cantik dan berkilau.. ia dijaga rapi hinggakan tiada orang pun tahu. Sama seperti keluarga kita.. untuk apa dijaja kesemua kebahagiaan kita sedangkan ada masanya kita lebih sengsara dari bahagia.


Pernah saya dengar satu kisah, dimana seorang lelaki ini telah memetik buah di sebuah dusun. Kerana rasa bersalah tidak meminta izin kepada tuan tanah, beliau berjumpa dan meminta maaf kerana telah mengambil buah tersebut tanpa izin. Tuan tanah itu pun memberikannya syarat untuk memafkan perbuatan si lelaki itu dengan 5 tahun bekerja di dusun tersebut.. 
Setelah 5 tahun berlalu, si lelaki tersebut bertemu si Tuan tanah itu tentang syaratnya itu.. tuan tanah tu pun bagi syarat baru, iaitu mengahwini anak perempuan tuan tanah tersebut. Tetapi, tuan tanah tersebut memberi tahu lelaki itu bahawa anak perempuannya seorang yang buta, pekak, bisu malah tiada kaki dan tangan.
Oleh kerana si lelaki itu ingin menebus kesalahannya 5 tahun yang lepas, si lelaki itu menerimanya.
Pada malam pertama mereka sah diijabkabulkan, si lelaki tersebut terkejut melihat isterinya lalu dia keluar dari biliknya dan segera mendapatkan si tuan tanah yang telah menjadi ayah mertua nya..dia menyatakan bahawa perempuan di dalam bilik tersebut adalah bukan isterinya, perempuan itu sangatlah cantik kerana dari apa yang diberitahu oleh ayah mertuanya bahawa isterinya seorang yang cacat, buta, pekak dan bisu.
Lalu bapa mertua tersebut pun menjawab, betul la perempuan itu adalah isterimu yang sah. Sepanjang anaknya dibesarkan, anak dia tak pernah melihat perkara maksiat, telinganya tak pernah mendengar yang buruk buruk dan mulutnya tak pernah berkata yang bukan bukan malah tidak pernah sekalipun mengumpat. Kaki dan tangannya juga tidak pernah digunakan untuk perkara yang mungkar..
Kerana dari kesetiaan si pemuda itu bekerja dengannya selama 5 tahun, dia berhasrat untuk menantukan si lelaki itu kerana sifat jujur dan amanahnya.
Akhirnya si lelaki itu dan isterinya hidup bahagia dalam syariat islam yang indah.


Moral dari cerita ni, tak perlu semua yang cantik yang kita ada untuk ditunjuk tunjuk. Kita perlu jujur dan amanah dalam kehidupan kita.. bila buat baik, janganlah mengharapkan balasan.


Fahamilah maksud ayat ini.
Kita dah terlalu lama jauh terpesong dari Islam, dan lebih parah memudah mudahkan ibadah.
Keluar rumah dengan tudung dan t-shirt lengan pendek perkara normal, sedangkan dalam Surah An-Nisa Allah dah perintahkan kaum hawa supaya menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.


Dari buku 100 Pesanan Terakhir Rasulullah. (saya share kan 5 je ni hahaa)

  • Sentiasalah sebut nama Allah daripada Makhluk lain.
    • sentiasalah basahi bibir dengan zikir kerana zikir tu adalah makanan asas bagi hati dan roh.
  • Menyebut akhirat daripada urusan dunia.
  • Sebut dan ingat mati dari kehidupan dunia.
  • Elak memperkatakan kebaikan diri dan keluarga.
    • untuk elak dari timbul riak, sombong dan angkuh.
  • Elak daripada memperkatakan aib / memburukkan orang lain.



Ok tu je ha.. tak sangka panjang lebau pulak entry ni. Mulanya sebab nak cari Fynn Jamal nak tengok gambar gambar Juna, maklumlah masa preggy dulu dah selalu mengadap muka Juna sampaikan Hanif pun mata bulat pipi bulat ada lesung pipi lagi. Masha allah indah betul ciptaan Tuhan ni kan.. tapi diakhiri dengan Surat Layang dari bulan 10 tahun 2014. Hahaha baru tahu kisah pula... hurm. apepun kembali lah kita ke pangkal jalan, jalan yang lurus dan benar.. jalan menuju ke syurga Allah. Fisabilillah. Allahuakbar!

*udah udah la tengok buruk kat orang, diri kita ni kita betul betul kan la mana yg tak betul tu kan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis