Monday, April 13, 2015

Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Baitul Qurro - 5hb April 2015

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


View gambar dari pemandangan Hubby saya.. Dapat duduk depan depan UAI tu. hihi


Saya duduk bahagian dalam, malam tu hujan renyai renyai, Alhamdulillah, semasa ceramah UAI, hujan pun berhenti. Hanif pun ada peminat dia.. tapi part renyah tu iiskk ummi pun rimas jadinya! hahahaa



Alhamdulillah, anak ummi ni dengan semua orang dia ok.. hihi

Ini sedikit perkongsian yang Ummi sempat catat semasa Kuliah UAI haritu.
(baru nak update blog... iiskk T_T)

+*+*+*+*+*+*+

Allah bagi kita 2 perkara kat atas dunia ni..
Iaitu Nikmat dan Rahmat.

* Nikmat : Nikmat ni menyeluruh.. semua orang Allah bagi tak kira la sapa sapa.. Kafir pun dapat jugak Nikmat ni.

* Rahmat : Rahmat pula Allah bagi pada Orang Islam yang beriman kepadaNya sahaja.

Sebab tu kita kalau mintak, kita kene mintak dua dua.. Nikmat dan Rahmat. Jika nak lebih Rahmat, luangkan masa untuk ke Majlis Ilmu. Sekali seminggu pun tak apa. Asalkan kita dapat Rahmat dari Allah..




Majoriti umat akhir zaman ni, tak tahu atau tak faham banyak ilmu akhirat.


"Mengaji biar ada terasa sebab bila kita terasa cenderung untuk berubah.."


Surah Al-Fatihah adalah salah satu gedung dalam gedung-gedung Allah. Ia dikenali dengan Surah jampi. (Dalam solat kene baca) salah satu surah dari Ruqyah. Berubat menggunakan ayat ayat Al-Quran adalah harus..
**Tips orang dah kawen, tiap kali buat air untuk suami bacakan Al-Fatihah dan tiupkan dalam air supaya suami ingat kat kita selalu.. amalkan untuk anak anak juga, tapi tiup kat ubun ubun dia.



Pujian semua adalah milik Allah bukan milik kita so kita HARUS rasa malu bila dipuji.



Makhluk di mukabumi sebelum Nabi Adam dicampakkan di atas mukabumi ni adalah:
- Jin
- Dinosour



Kita ni adalah manusia yang sehina hinanya sebab diciptakan dari air yang hina iaitu air mani.

3 Manusia yang tak diciptakan dari air mani adalah:
* Nabi Adam A.S 
* Nabi Is A.S
* Hawa (Siti Hawa) - diciptakan dari tulang rusuk Nabi Adam.

Sebab kenapa Allah jadikan kita dari air mani supaya kita tak jadi sombong atas mukabumi ni.


Tapi ratanya, manusia bila ada kuasa, ada pangkat ada money mulalah nak sombong.. yang rupa paras cantik tu mula lah nak menunjuk.. sedangkan dalam Islam, yang cantik tu harus ditutup.. kerana yang tertutup itu indah.


Itu sajalah setakat ni, semoga kita berjumpa lagi di entry yang lain. Assalamualaikum.
*peace*

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis