Friday, May 29, 2015

Pentinglah kenapa umat islam kene Solat.

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. 

Solat itu tiang agama, sebab tu dia penting dalam kehidupan kita yang semakin mencabar ni. tsk tsk :'(

Dipetik dari FB UKM Confession
confession #16734
5/18/2015 0:08:15 "FAMILY SEBELAH AYAH AKU"

Nenek aku tak solat, arwah atuk aku tak solat, pak long aku tak solat, ayah aku tak solat, mak lang aku tak solat, mak uda aku tak solat, sampai lah ke mak usu aku tak solat( 8 beradik semuanya, sorg dah meninggal). Tu belum masuk keluarga pak long aku, anak bini dia, keluarga mak lang aku, suami ngn anak2 dia. Boleh kata semua tak solat, yang solat pun boleh kira dgn jari jumlahnya.

Mujur ayah aku kahwin dgn mak aku, mak aku terjaga la jugak solatnya auratnya. So adik-beradik aku kiranya yang bernasib baik sbb ada guide dari mak aku. Kalau nak harapkan ayah, memang kitorang semua sama la tak solat.
Disebabkan ada mak aku je yg jaga ibadah, aku dgn adik bradik bukanlah terjaga sgt, sbb mak aku pun kena selalu ingat2kan ayah ttg ibadah. So aku grew up tak berapa kisah bab solat. Yelah, mak je solat, ayah tak solat pun, takde masalah pun. Memang kitorg membesar macam tu. Tambah2 pulak tgk nenek, pkck mkck semua pun tak solat. Aku belajar pasal wudu, niat solat, rukun solat ape sume tu masa SRA je. Mak tak byk luang masa nak ajar sbb dia pun kerja, nak cover duit belanja kitorg semua(ayah aku kerja tp hulur duit sikit je dkt kami). Kiranya aku belajar solat kat sek agama, solat jemaah kat sek tapi kat rumah, hancur lebur 5 waktu aku. Sama la dgn akak dgn adik2 aku. So, bila aku baligh time form 1, aku still tak solat. Mak ada la ajar cara mandi wajib. Aku buat, tapi takde function pon, sbb aku tak solat, tak ngaji(eventhough aku lancar Quran dari darjah 3). Dalam sebulan ada la sekali dua aku solat. Aku still tak solat tapi dah start jinak sikit2 sampai la awal f4. Aku dpt masuk asrama. Bila masuk je asrama, hidup aku turn 360. Aku solat 5 waktu, jemaah pulak setiap masa. Ajaib sbb aku tak rasa terpaksa. Aku belajar lebih pasal aurat. Aku kenal al- mathurat, aku hafal al-mulk. Aku baca Quran siang malam. Aku hafaz balik surah2 yang pernah aku hafaz masa SRA. Aku happy kat situ. Mak pun happy aku berubah. Akak pun dah solat selalu sejak dia masuk asrama. Tapi ayah still macam dulu, nenek aku, pkck mkck aku, still sama.
Aku boleh nampak beza keluarga sebelah ayah dengan keluarga sebelah mak. Belah ayah memang porak peranda, yang ini kahwin 2 senyap2, yg itu mengandung anak luar nikah, yg itu merempit, yg ini kena buang sekolah, yg itu 10 kali masuk lokap, yg ini tak reti balik rumah. Memang family adik-beradik ayah aku 85% hancur. Yang elok sikit family aku dgn family mak usu, tu pun sbb ada mak dgn pak usu aku yg jenis yg solat. Ironik sbb mak usu aku ustazah, tapi dia yg tak solat.

Banding dengan family belah mak, family adik-beradik mak semua okay. Eventhough kebanyakan kurang bab pelajaran, tp akhlak okay. Solat terjaga, segelintir je yg tak strict pasal solat. Tp in general okay.
Kau boleh bayang jadi aku, bayang family sebelah ayah yang memang rupa perangai macam dah melangkah ke neraka. Banding pulak dengan family sebelah mak yg aman, tak bertekak, solat jaga, hormat sedara mara.
""So? Apa yg cuba kau sampaikan? Apa motif kau taip panjang2 ni ha?""

Apa motif aku? Aku nak tunjuk kat korang, nampak tak peranan solat? Tengok balik family ayah aku, dari atuk nenek sampailah ke cucu cicit, hancur habis bab agama.(Moyang aku tak payah cerita la, sbb aku tak kenal pun diorg). Mula2 dari atuk n nenek yg tak ambil berat pasal solat, takde inisiatif nak ajar anak2, anak2 pun takde la nak solat, pastu menurun pulak kat cucu2, pastu ke cicit2. Sampai bila? Sampailah kiamat. Sampai dah tertutup pintu taubat. Sampai sudah la tak solat.

Sehari tinggal 5 waktu solat. Seminggu dah 35 waktu. Sebulan? Setahun? Dua tahun? 50 tahun?
Nenek aku tu dah 70++, ayah aku dah 50++. Berapa byk waktu diorg tinggal? Aku yg muda ni pun bertatih-tatih nak mengqada utk tempoh 3 tahun solat yg aku tinggal. Ni pulak diorang.

Sehari di dunia, berapa lama waktu di akhirat? Tinggal satu waktu, apa balasan kita dapat?

Ambil ikhtibar gais, aku tak kuat nak tarik seluruh family sebelah abah, tapi aku cuba. Kalau korang ada masalah similar macam aku, kita cuba okay. Cuba tarik diorang utk jumpa Allah. Takkan selamanya nak sesatkan diri? Takkan nak buat record 7 keturunan masuk neraka berjemaah?


+*+*+*+**+*+*+*

Confession dari saya..

Tak solat, memang life kita huru hara. Tak tenteram, tak aman tak bahagia! bahagia pun sekejap je. sungguh!!!!!
Tak caya sudah.. itu terpulang sekurangnya saya dah mengaku. Orang tak solat takde 'NUR' kat muka dia.. Allah tarik nikmat yang dia bagi pada kita.. antara kita sedar dengan tak je.

Saya jahil dulu, walaupun saya tahu benda tu DOSA tapi buat juga..
bila lupa Allah, jauh dari Allah memang pilih cara senang.. tanpa sedar cara senang tu la mendorong kita ke arah kegelapan.

Bila solat.. tapi rongak rongak.
Allah bagi ujian kat kita sekecik kecik ujian pun kita tak sedar.. bila dah berjaya sikit mula rasa bangga walaupun memuji Allah dengan ucapan 'Alhamdulillah' tapi masih lagi tak solat..
Dah ditimpa ujian besar baru nak insaf (mujurlah insaf dari tak insaf insaf langsung).

Dosa, mula mula memang kita takut nak buat.. tapi bila sekali dah buat hati tu akan mendorong untuk buat lagi dan lagi.. akhirnya, saya jauh dari Allah. dengar azan tapi tak solat. Aurat pun sambil lewa. Bertudung tapi pakai baju seluar ikut fit badan. bangga lah kan sebab kurus.. *pfftt*

Dosa lain, lalai.. suka bersosial.. pergi tempat tempat maksiat bagai. Lupa Allah, lupa nak solat.. tinggalkan kewajipan sebagai seorang muslim..

Bila ditimpa musibah, sedih.. menangis dan rasa nak mati. Time tu la baru ingat Allah, tapi masih mempersoalkan kenapa kene kat diri sendiri.. tanpa sedar, Allah uji kita sebab dia rindu nak dengar luahan dan tangisan kita, dia uji kita sebab nak bagi yang baik untuk kita.. tapi kita sebok mengadu kat timeline facebook. T___T'

Allah swt, walaupun kita tak nampak.. tapi kita akan rasa. Kita akan rasa Allah tu wujud.. dia tengok kita walau kat mana kita ada. Nyorok la celah mana pun, Allah nampak dan Allah tahu segala galanya. Sebab dari Solat lah hubungan kita dengan Allah utuh. Nak rasa Allah tu wujud? solat la awal waktu.. waktu solat tu korang bayangkan yang ada satu pandangan yang sangat luas depan korang tu waktu korang tengah solat tu.. lama lama akan rasa yang Allah tu wujud.

Ya Allah.. sedih sangat. Lama betul Nabi Muhammad saw dah tinggalkan kita.. sekarang banyak benda keliru pasal agama. Yang lagi sedih dengan kaum sendiri ni, mengaku dah berhijrah tapi masih lagi jahil dan tak belajar agama dengan lebih mendalam. Bertudung, tapi hakikatnya bertelanjang.. :'( Bila ditegur, marah dan tak terima.. 

Saya doakan, semoga ramai kawan-kawan saya semakin insaf dan kembali ke pangkal jalan. Dalami ilmu agama yang Nabi Muhammad tinggalkan untuk kita 1400+ masihi yang lepas. Tutup lah aurat dengan sempurna.. sebab nanti waktu kita di hari pengadilan, amalan dan agama yang boleh menolong kita.. bukan Harry Potter ye. -_-'

Ingat lah, Hidup tanpa agama umpama sebuah perahu di tengah lautan yang tak bertepian.. tiada arah tuju..dan tak tahu arah tuju. Bila ada agama, ia adalah panduan untuk kehidupan kita...

Ok Done, panjang lebar lagi kang.. haha!

P/S : Bila jaga solat, jaga lah Akhlak juga.. apa guna solat 5 waktu tapi masih buat dosa.. no good no good!

Thursday, May 28, 2015

Hadiah untuk Pengantin Baru.

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Hadiah kawen..
Tak diwajibkan pun..
Nak bagi ke tak itu ikut atas hak masing masing kan.

Ada yang beri duit.
Tapi..
macam saya cakap tadi tu.. ikut hak masing masing. Macam masa saya kawen dulu.. banyak gak dapat hadiah. hahahaha. Dan yang paling best tu, hadiah hadiah yang diterima dapat diguna pakai sebaiknya. Kawan baik saya bagi cerek elektrik.. berguna jugak. Ada yang bagi pinggan mangkuk dan cawan. tp kalau dah banyak sangat tak takkan nak guna semua.. penuh pula kat dapor tu nanti. kekekekekeke

tapi bagus jugak untuk newly wedding yang lepas kawen ada rumah sendiri. Semua perkakas dah tak perlu nak beli lagi sebab dah dapat hadiah dari orang..

So bila kita nak guna barang tu, mesti teringat. hah cerek ni kawan saya bagi dulu, periuk nasi ni pakcik sedara saya bagi dulu. hahaha. sentimental value kata orang putih tu. kihkihkih.


Tapi kalau dah tak sempat nak bagi hadiah, datang tunjuk muka kat kenduri tu pun dah cukup kan..

Tak kisah bagi saya, asalkan Majlis tu berjalan lancar dan sempurna je. Ada sesetengah orang tu sampai benci benci boikot boikot sebab orang tu tak dapat datang kenduri kawen dia atau kenduri kawen anak dia. iishh. begitu sekali. Nabi tak ajar kan macamtu.

Haha, tu sajelaaaaaa nak update. kahkahkah!

Monday, May 25, 2015

Smelly No More! ahaa

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


Saya nak Review satu Product. Product untuk ketiak yang berbau.. bachin!
kekekekekeke


Sepanjang guna product ni ok la. Bau ketiak dah kurang.. natural je. takde wangi takde busuk. Biasa kita dah buat buat kerja ketiak pun naik la bau.. kadang kalau kat surau / masjid kan ramai nak solat kalau dah berpeluh takut gak kalau ketiak naik bau. hahahahahahhaahahaaha tapi since guna 'Smelly no more' ni bau badan dah takde. Kalau ketiak macam basah basah tu biasa je tapi takde bau pun. Deodorant ni dibuat dari garam.. jadi lepas mandi tu basahkan ketiak tu sket, kalau tak nanti nak letak jadi kesat.. sapu la banyak banyak. hahahaha sure la tiada lagi bau ketiak.


Kat Farmasi, kalau yang besar tu dalam RM 27, yang kecik RM 17. Haritu husband saya pergi Thailand, diorang jual RM5 je yang kecik. hahahaha gila murahh!


ok la. Selamat mencuba "Smelly No More".

Saturday, May 23, 2015

Resipi Ketam Teluq Masin!

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Saya dapat resipi ni dari blog kak Kathy. Mase tu teringin nak makan ketam, tapi asal ketam je buat sup.. hah boring! nak masak ketam resipi lain tak tau.. tiba tiba jumpa la resipi best macam sedap dari blog akak Kathy tu. Teluq Masin uiii!!

Saya ni hantu Ketam! bhahaha..

ok, dengan izin tuan blog saya copy gambar semua dari blog dia je. hihihihi

Pertama,
Bahan-bahannya :

4 ekor ketam..
3 biji bawang kecik dicincang (kalau tak nak pon takper)
7 biji bawang putih dicincang (ni kalau lebih lagi sedap)
7 biji cili padi (dipotong kecil) kalau nak pedas boleh tambah lagi
1 tin susu cair
Tepung jagung
Daun kari lebih kurang setangkai
5 biji telur masin
Lada sulah/garam/gula


Rebus Teluq Masin.. (beli siap je la kat kedai makan, express katekan! ahahaha!)


Sebelum goreng Ketam tu, kene peram eh gaulkan bersama tepung jagung, lada sula ngan garam. Kerat dua dulu ah.


Goreng sampai hangus oi.. sampai kaler gold tu baru angkat.


Teloq Masin kuning ngan putih asingkan lepastu hancur lodoh kan dia jadi gini.


Putih teloq tu sebijik ja guna..


Masukkan butter 3 sudu besar dalam kuali yang dah panas.


Pastu campak bawang putih ngn bawang merah


Masukkan Daun Kari ngan Cili Padi


Masukkan Teluq Kuning yang dah hancur tadi tu plak..


Pastu teloq Putih hancur plak.


Kacau sekejap pastu masukkan susu cair dalam 5 ke 6 sudu besar.


Pastu masuk lada itam, gula ngan garam.. akak tu kata, garam sikit je sebab da ada telur masin tu kan. Then, kacau sampai buih buih sikit.


Last tu masukkan ketam dan kacau hingga sebati..


Ok, dah boleh makan!! hehehehehe....


Setakat ni saya belum cuba lagi.. terliuq lak. Nak cari ketam, tapi nak try buat kat Udang la. hahaha perghh mesti sodapp!! nyam nyam.

Ok boleh try.

Kita mudah buat dosa.

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Nabi Muhammad s.a.w pesan, umat paling besar pahala dia adalah umat di akhir zaman.
betul lah..
sebab tiap tiap masa senang je buat dosa.

Keluar rumah dah buat dosa.
Duduk rumah pun boleh buat dosa.
Allahuakbar..


Sedih sangat tengok umat Islam akhir zaman ni.
Bagi mereka, mereka rasa perbuatan itu tak jadi dosa dan tak salah.

Bagi lelaki,
tak jaga mata, tak jaga lidah, tak jaga akhlak.
Bagi perempuan,
tak jaga aurat, tak jaga lidah dan tak jaga adab.

Itu belum kata lagi hiburan bersepah sepah..
Maharaja Lawak lah, Mentor la.. itu yang di Televisyen. yang di luar televisyen?
Konsert la, pesta la.. party la.


Bagi remaja, korang rasa pegi GIG tu tak dosa..
(Asalkan jaga pergaulan, jaga solat..?) tp dosa korang kerana pergi ke tempat yang melalaikan..
bercampur lelaki dan perempuan. tak dosa?
Masa kita join gigs tu takde ke berlaga laga badan?? tu tak dosa??


Nanti depan Allah, boleh ke nak jawab macamtu??
Baru Malaikat sebat melolong lolong dalam kubur, ni nak berdepan dengan Allah kata begitu?

Mustahil sangat... zaman moden kita ni, semua dosa dosa manusia jahil dari zaman umat Nabi Adam sampai ke zaman umat Nabi Muhammad saw semua ada. Sebab pentinglah ilmu akhirat yang orang menyindir "dengan agama je boleh hidup ke?" wahh.. gelap hati kamu kata begitu. Sebab agama la kita tak terpesong dari Akidah dan tak buat benda benda yang merosakkan diri.

Shopping Complex, dah merata rata dosa.. dosa mata, dosa nafsu..
Tengok aurat orang, pastu makan di Restoran yang tiada tanda logo Halal.
(example, starbucks. tony romas. etc etc)

Susah kan nak jaga diri dari tak buat dosa..??
Nak kawal dan didik nafsu punya payah la.. nafsu membeli, nafsu makan. Allahuakbar.

Besarnya dugaan kami umat akhir zaman ni..
Besar dugaan, PAHALA pun lagi berganda.. lagi berganda dari umat zaman Nabi dulu. Tapi tulahhh.. macamanaa nak jaga hati dan jaga diri dari tak buat dosa ni?? subhanallahh!

Sedih sangat tengok umat islam yang makin lalai.. makin leka, makin bahagia dengan dunia sekarang ni.. Duit memang penting.. sebab ada duit la boleh beli segala benda kat atas muka bumi ni.. tp sebab duit juga la boleh sesatkan manusia.. Sebab duit, pasangan suami isteri boleh bercerai. sebab duit anak sanggup bunuh mak ayah.. sebab duit kawan boleh jadi lawan.. sedihlah.

Tapii.. Allah swt kan ada.
Jangan pernah putus pegang tali dari DIA. Jangan sekali kali jauhkan diri dari DIA. Sesaat kita lupakan Allah, masa tu la Syaitan Iblis semua cucuk line suruh kita buat benda bukan bukan.. panjang pulak saya menaip hahaha!

Semoga kita semua sentiasa di dalam keredhaan Allah subhanawataa'la. Semoga kita semua mati dalam Husnul Khatimah... dan dijauhkan dari seksa kubur dan seksa api neraka.. 
Amiinn ya rabbal alamin.

Friday, May 8, 2015

Masa berlari pantas..

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. 
  


Pejam celik pejam celik..
Dah masuk 10 bulan da usia anak sulung saya ni..


Masha Allah.. cerdiknya..


Makan?


Everything masuk mulut!
Kene pantau je.. bahayee @_@


10 months milestone,
Makan kat kedai dah tak rasa aman lagi.. lagi lagi kalau lambat suap ke mulut dia. HABIS! satu kedai dia jerit..
Drama King!
Manjaa bukan main, kalau nak tido kene tepok tepok. ewah. ewah.
Berak dah banyak, bau dia takyah la cite.. hmmpp~
Kentut pun kuat..
Tido da lasak.. half side katil tu dia la yang punya! 


Memanjat.
sebab dah pandai berdiri.. sikit lagi la tu nak jalan. (otohotohh mesti kelakar macam kakak Hani awk jalan dulu. hahahaha)

Cakap, belum reti tapi tiap tiap masa

"Babababa.. mamamama.." kalau lapar nak susu ke apa apa baru dengar jelas dia sebut, "Uuuummmmiiiii" wuu.. kembang idong mek hencik! hahahaha
Suka tepuk muka orang kalau sama-sama baring atas katil.
Selalu Walid la kene, tepuk tepuk cucuk cucuk idong.
kene jerit lama lama, cebik bibir.. hahahaa

Pegi jalan mana-mana orang mesti ingat dia 'girl' aiyoohh... peramah pun ye, rajin pulak nak menegur orang kat meja sebelah. adess.


Allah.. 10 bulan tu pun macam-macam dah dugaan, harap harap saya mampu membesarkan Hanif dengan banyak ilmu agama. Saya taknak dia membesar, buat banyak buat dosa.. macam saya dulu dulu.. jahil dan degil.. :'(
Allahuakbar..

Friday, May 1, 2015

P1 Perkhidmatan 'paling' terbaik.

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Sorry,
Kasi mantop sikit tajuk.




Oh. Saya pengguna Internet P1 sejak dari hurm.. tahun 2013, tak silap..
sebab contract 24 bulan dan skarang masih ada baki 2 bulan lagi untuk tamatkan perkhidmatan menggunakan P1 yang memang amat 'terbaik' perkhidmatan dia.


(Puji puji dulu kasi kembang  lubang tut tu)

Dulu masa mula-mula, rasanya la..
dengar orang yang offer ni kata, modem rosak boleh tukar..
tapi
dia tak mention rosak tu macamana..

skali, ditakdirkan modem saya bateri kembong.

Modem kononnya boleh bertahan 6 jam.. tapi korang yang charge kat PC maybe ok la. Saya charge kat plug terus, haa sampai crack modem bateri dah kembong.

Nak tukar tak boleh so kene la ganti dengan harga RM299.
Duit lagi...


Tutup cite pasal modem, kita cite pasal kuota plak.
Kuota baru dia bagi 2GB tak silap.. nanti saya check balik.
Hari-hari memang browsing je la.. sebab takdenye nak tgk tgk Youtube ape sume.
Emails artwork download source tu je la.
Tub tub dapat email, dapat SMS kata.

"You have exceeded the monthly kuota usage, pls...."

Fuhyoo.. cepatnya kuota abes.
Tagline Unlimited Internet Kuota ke mende ntah dia tulis..

Orang cakap, p1 ni banyak menipu.. tahler..
mana-mana perkhidmatan sekarang ni pun banyak je tak jujur.
Pumpang-pumpang citer lebat.. bila dah subscribe, lembab nak mampuih.
Tiap tiap bulan remind kan bill laju je..
kalau nak dekat due tu tak bayar bayar lagi bagi lagi skali email ngn SMS..

Tang duit kang laju je mintak kan!!
service macam hape takde lak nak upgrade.

Haritu, dia upgrade services katanya.. nak dekat berhari tak dapat guna internet.
Pastu ingatkan leh aa kurangkan sket bayaran dalam bill, tambah lagi ada la..
Tambah GST RM 2 lbh.

Ni pun ade lagi gangguan, connection putus putus..

Memang terbaik sangat kan services dia!
Saya tertipu selama hampir 1 tahun lebih.. masuk bulan 7 ni genap aa jadi pengguna selama 24 bulan.

Lepasni nak terminate, taknak ada apa-apa connection lagi dgn P1..
member suruh make sure, black n white.. sebab ada yang dah terminate tapi dorang mintak duit?
Modem saya crack tu surelah kot kene ganti..

Sokey la.. buat la bisnes korang macamni, kalau dalam Islam halal ke bisnes menipu orang ni kan? tapi bangsa lain dorang tak faham halal haram.. Orang Islam je tau kenapa tak boleh makan bende haram.. sebab taknak hidup dalam takde keredhaan tuhan.. bila selalu sangat makan benda benda haram ni hati tu jadi hitam dan busuk.. so kalau nak buat benda benda baik ni, hati tu berat sangat.. tapi kalau buat dosa.. hati tu suka je nak buat.. Orang bukan islam ni tak faham pun, sbb memang kehidupan dorang pun banyak buat benda-benda tak berfaedah.. bila selalu sangat di amalkan memang takkan ada ketenangan la dalam kehidupan. Sentiasa je ada masalah..
Taknak ada masaalah senang,
Sentiasa la jaga hubungan dengan tuhan..(Allah s.w.t)

Nak cari plan Internet yang lain.
Zaman skarang ni sume pakai duit je eh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis