Thursday, May 28, 2015

Hadiah untuk Pengantin Baru.

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Hadiah kawen..
Tak diwajibkan pun..
Nak bagi ke tak itu ikut atas hak masing masing kan.

Ada yang beri duit.
Tapi..
macam saya cakap tadi tu.. ikut hak masing masing. Macam masa saya kawen dulu.. banyak gak dapat hadiah. hahahaha. Dan yang paling best tu, hadiah hadiah yang diterima dapat diguna pakai sebaiknya. Kawan baik saya bagi cerek elektrik.. berguna jugak. Ada yang bagi pinggan mangkuk dan cawan. tp kalau dah banyak sangat tak takkan nak guna semua.. penuh pula kat dapor tu nanti. kekekekekeke

tapi bagus jugak untuk newly wedding yang lepas kawen ada rumah sendiri. Semua perkakas dah tak perlu nak beli lagi sebab dah dapat hadiah dari orang..

So bila kita nak guna barang tu, mesti teringat. hah cerek ni kawan saya bagi dulu, periuk nasi ni pakcik sedara saya bagi dulu. hahaha. sentimental value kata orang putih tu. kihkihkih.


Tapi kalau dah tak sempat nak bagi hadiah, datang tunjuk muka kat kenduri tu pun dah cukup kan..

Tak kisah bagi saya, asalkan Majlis tu berjalan lancar dan sempurna je. Ada sesetengah orang tu sampai benci benci boikot boikot sebab orang tu tak dapat datang kenduri kawen dia atau kenduri kawen anak dia. iishh. begitu sekali. Nabi tak ajar kan macamtu.

Haha, tu sajelaaaaaa nak update. kahkahkah!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis