Monday, June 29, 2015

Tribute to a cat named : CIKO

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


Seumur hidup saya, saya tak pernah ada kucing sebaik Ciko. Sebab...?
Dulu saya fobia kucing. saya tak suka bila kucing tu datang kat kaki. meleseh, pastu dok mencakar.
scary gila..
tapi since kenal husband, lama-lama timbul rasa kesayangan kepada haiwan bernama kucing ni.

(tapi still lagi pilih kucing aaa, kalau yg dok garang tu mmg tak la nak belai)

Da banyak gak la kucing kucing yang husband bela. Tapi Ciko ni saya suka peluk sebab gemok! sama macam Rambo. hihi..
Then, suatu hari dia hilang.. balik ke rumah dengan keadaan kaki yang luka. dah hantar ke klinik dia hilang semula dan luka balik.. sampai satu masa, kami buang dia.. (memang tak sampai hati, tapi waktu tu tak mampu dah nak hantar VET)

Kami cari balik kat tempat masa kitorang buang dia tu, tapi dia takde.. berbulan jugak dia hilang. hingga..

Suatu hari, di waktu pagi yang hening.. terdengar sayup sayup suara Ciko dan tiba tiba dia keluar dari bawah kereta kakak ipar. Kitorang terkejut dan rasa bersyukur sangat sangat sebab rasa bersalah dalam diri tu sebab buang ciko dalam keadaan dia luka. Sekurangnya dia tak mati dalam keadaan terseksa macamtu. :'(

Terus saya bawak hantar ke klinik veterinar.. kitorang try hantar kat Veterinar tempat lain plak.

Waktu ni masa awal-awal dulu. Luka teruk sampai nampak tulang. Gila scary..
saya dah la geli darah. ni pun tengok buat buat tak nampak je gambar ni. haha.
Gigih husband ubatkan dia tiap-tiap pagi. sebab nak tebus dosa tak jaga Ciko dulu.


Sampai luka dia makin lama makin kering tapi tak jugak tutup luka tu. Akhirnya, Doctor Vet tu bagi cadangan untuk kemiri kan dan buat surgery sket.. Tarik kulit lebihan dia tutup luka tu then jahit.
Lepas dari operate tu, alhamdulillah luka Ciko makin sembuh.. badan Ciko pun makin berisi.


Ni last gambar dia, saje bawak dia siar-siar depan rumah.. tapi dia tak suka rumput ni sebab ketot ketot kot. hahahaha.

Bulu dia pun da nak tumbuh sikit sikit..

Lepastu, dia demam.
So tak kasi dia masuk dalam rumah..
dia suka lepak atas katil tu. Anep plak tak boleh la dengar suara Ciko ni.. dikejarnya si Ciko.
sebab takut jangkit kat anep, waktu tu pun anep tak sihat.
banyak kali halau Ciko keluar.. :(

"bukan saje je tau tak kasi kau masuk Ciko... T_T"

Dua hari baba saya cari Ciko tak jumpa jumpa. Selalu panggil nama je dia balik.
Jiran saya bagitau, nampak macam ada bangkai kucing putih kat tepi jalan atas tu.
saya pun tukar baju, pegi tengok.. cam dari jauh memang sah Ciko. Ya Allah.. sedihnye waktu tu. 



Gambar terakhir Ciko yang husband captured. Masa ni dah alihkan kat atas divider tengah jalan tu.
Tak sempat nak hantar Ciko mandi, siap cakap ngn dia lepas baik demam nanti nak hantar gi Pet Nursery hantar mandi..

Tapi

Tak sempat..

Allah swt lebih sayangkan kau Ciko.

29 Jun 2015 - Perginya seekor kucing yang tak pernah mencakar, apetah lagi mengigit orang. Makan tak pernah memilih, semua dia sebat.. cuma kadang kadang annoying dia suke ngendeng kat orang. hihi dapat dak anep main hempap je terus tak berani dengan anep. hihi..

"Tidak ada binatang yg mati lalu terus masuk kedalam Syurga menurut pendapat yg sahih.

Disebut ulama'-ulama' tafsir dlm Surah Al-Inshiqaq, binatang-binatang juga akan dibangkitkan di Padang Mahsyar. Kemudian, diadili oleh Allah SWT supaya manusia melihat keadilan Allah SWT, lalu binatang tersebut menjadi tanah.

Walaubagaimanapun, turut ada pendapat yg lemah mengatakan ada beberapa binatang yg masuk kedalam Syurga.

Tapi yg pastinya memang ada banyak binatang didalam Syurga seperti yg disebut didalam beberapa hadis Rasulullah SAW."

Ciko, semoga kita jumpa kat sana nanti ye.

Thursday, June 25, 2015

Buah hati kene sondol. sobsssssssssssss!

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Tarikh kejadian : 21hb Jun 2015.

 

Myvi saya beli Tahun 2013.
Alhamdulillah.
setakat langgar langgar kecik tu biasa la..
calar balar tu.. normal.

Dijadikan cerita,
Tarikh tu, myvi saya kene sondol dengan kete Myvi jgk.. tsk tsk.
Driver tu kata dia tertekan minyak.. (apedaaa)


Kemek sikit pun..
kemek jugak hati saya..
yang calar balar pun tak de duit nak cat balik atau nak wax balik.
T_T'


Patah bumper belakang..

Tapi
Masa kejadian tu, mujur Driver Myvi tu tak lari. hehe.
benti tepi, tengok tengok.. kereta dia pun kemek depan.
terus pegi bengkel kawan suami saya.. belek belek costing around rm300+
Driver tu bagi duit dan case close.

hehe.
at least, takdelahh terluka sangat hati ni. tapi tak tau la bila nak pegi betulkan nyaa. haaaaahahaha

Sekurangnya, orang bertanggungjawab dengan perbuatan dia.
Driver tu mintak maaf, dan bayar ganti rugi.
Kitorang pun takdela nak marah marah lagi. Ikutkan harga betul baiki tu nak dekat RM400
tapi sebab driver tu jujur dan rasa serba salah dia suami mintak RM300 je kat dia.

Pentingnya hidup ada agama ni.
Bersabar dengan ujian, mesti ada hikmah..

tapi myvi saya tetap dihati! takkan diganti.. inshaAllah. hehehe

Saturday, June 20, 2015

Ondeh Ondeh Kueh Melaka.

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. 

------------------------------------------------------------

Bulan bulan puasa ni sepatutnya kita tingkatkan amalan dan ibadah, ni tak.. meniaga nak untung je.
Tuari, beli kuih badak berendam.. tak tau la bape, husband yang beli. skali makan rasa nak muntah, bukan sebab basi sebab tepung lebih banyak dari inti dia.. 
kuang jaq tak?
eee rasa macam, "aku tak halalkan kang duit aku baru tau"
tapi.. biarlah Allah je yang balas..

so saya nak share sikit macamana nak buat kuih ondeh ondeh. emmnyam nyam.

Bahan-bahan nya.

*Tepung Beras
*Pewarna (biasa guna hijau, merah pun ade skarang)
*Gula Melaka
*Daun Pandan
*Kelapa Parut
*Garam

Cara-cara dia gini.

Mula mula tepung tu korang uli uli la campur dengan pewarna hijau tu.
Agak agak lembut la. keras sangat kang nanti masak liat plak jadinya.


Gula Melaka tu potong kekecik macamni.


Dah siap uli tepung, masukkan gula Melaka tu dalam tepung pastu gelek gelek kasi bulat cecomel loteh.

Masa korang uli tu jerang la air siap-siap.. so nanti takyah nak tunggu lagi.
gelek-gelek je terus masuk dalam air.


Letak daun pandan dalam air didih ni.. nanti bau wangi, nak letak banyak sket pon takpe.
Ikut suke korang lah. hahaha


Bila dia da timbul ke atas tu maknanya dah masak la tu..
angkat la satu satu..


Masukkan dalam kelapa parut yang dah di gaul dengan garam.
pastu korang ratakanlah kelapa tu.


Letak dalam pinggan jadi la begini.

"Ondeh ondeh kueh melaka..." lagu budak budak skola nyanyi dulu. hahahaha


Ok, tu jela.. jumpa lagi!
dan Selamat Berpuasa dan Berbuka..

*Jangan ponteng puasa! ingat Allah tak nampak ke.. ko sorok la celah mana pon Allah tetap tahu.

(Nak cite Myvi saya kene sondol dgn kete, tak tau la dia tengah makan sorok sorok dalam kerete ke apa.. sampai tersondol kereta saya..See Allah tu nampak apa kita buat, Janganlah nak tipu-tipu Allah.. kalau ada excuse takpe. macam saya la. HAHAHA!)

Sunday, June 14, 2015

Designer is not a FREE JOB!

Bissmillahirahmanirrahim.

 Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


Hai.

Dah makan? eh.. dah solat? gi la dulu.. jap gi sambung bace ye. hehe



*tajuk omputeh, isi bahase melayu.. hampeh*
hahaha!
English saya hancuss.. ekekeke.



Ok, berbalik pada Tajuk. Saya belajar Graphic since 2008 kt Kolej Komuniti Jasin. Kenal Software Adobe masa tu ngan lecturer En Helmi. Suka sangat masuk kelas diaa.. satu satu dia tunjuk apa kegunaan tools-tools dalam Photoshop.. antara yang lain lain, photoshop saya terer sket. hahaha

Lepas graduate, saya kerja kat company advertising Warisan HN. Masa kerja situ la ada sorang Senior Graphic Designer nama dia Abg Dafi yang terer kat Adobe Illustrator. Saya blaja sket sket dari dia.. tapi yang klako dia ni ngajo laju kot.. saya tulis nota jgk tapi still tanye dia hahahaha.

Kerja nak dekat setahun, plan nak sambung balik la. macam tak tahan keje kuli ni. asyik kene kerah je. Nak-nak kalau dapat job dari K******* ni. Bagi lambat tapi nak cepat je.

Sambung la kat Utem, amek course Sains Computer (Media Interactive). Kat sini la start kenal coding. C++,  HTML, PHP, Java dan seanteronya.. malangnya, jiwa saya bukan pada coding yang buat buat pon tetap jgk tak ingat lepastu ada error cari tak jumpa kusut macam orang gila. tsk tsk tsk..

Kat Utem, banyak buat benda benda interactive.. kene banyak mahir software Dreamweaver, Flash, ngn Autodesk Maya. So Graphic kat sini tak banyak ditekankan blaja pon basic je. Lebih pada coding je course ni.  

Mase sem 2 ada sorang lecturer nama dia Cik Sera, dia ajar Autodesk Maya.. best sangat tau masuk kelas dia sebab dia pun tunjuk satu satu tools kat maya tu. camne nak buat modelling 3D kita nampak smooth.. camne nak masukkan bones sume sume tu la. tapi cita cita saya nak jadi 3D animator pun terbantut. hahahaha... sebab............ hurm. takyah la cakap, saya bukannye kental nak jadi 3D Animator.. kekekeke. kene berkampung kat ofis kalau nak hasilkan 3D Animation ni. 
INGAT SENANG KE??

Graduate je, cari la keje as Graphic Designer.. around Melaka memang gaji tak munasabahahahah. saya nak kerja luar dari Melaka, saya tak sampai hati nak tinggalkan mak ayah. Maklumler anak tunggal! haha biarlaa orang nak cakap pe, mak ayah saya hidup sekali je seumur hidup saya...


Macam-macam dah kerenah dah jumpa, kerenah bos kerenah customer.
Kerenah bos lagi jahanam rasanya.. dia fikir buat design ni cepat, senang dan mudah ke??


Nak provide satu design pun makan masa, apetah lagi nak provide 1 job dengan 3 design berlainan. Nak cari Idea lagi.. macam macam. Dan sebab tu saya katakan, Designer is NOT A FREE JOB! Awak upah orang design untuk awak sebenarnya awak bayar MASA dia untuk buat design tu. So kalau nak hire orang designkan sesuatu bagilah job tu awal-awal ke. Bukan harini bagi harini nak.. kalau awak nak cepat cepat kita buat design macamni jela.

hihi
Mesti la tak mau kan??
Ada tu, yang bagi lambat nak cepat dan banyak pulak dia nak ubah, tukar gambar lah tukar tulisan la..
banyak songehnye!


Segelintir orang pandang, buat keje graphic ni senang ke. Korang try la buat sendiri..tengok macamana perasaan..
So apepon pekerjaan, hormat la. Semua kerja bukan senang walaupun nampak macam senang.

Buat kerja design ni bukan free free, at least berapa pun bayarlah. Bukanya apa, nak design kene guna komputer, komputer kene guna elektrik, elektrik tu kene bayo. ekekke.. pastu masa nak buat lagi. bukan buka-buka PC je terus siap satu design..

Ok, janji buat kerja tu ikhlas kerana Allah taala, sebab bila kita ikhlas rezeki kita HALAL, bila HALAL hidup kita BERKAT dan DIREDHAI ALLAH SWT. Aminnnnn..

*Semoga kita mati dalam iman juga*

Sunday, June 7, 2015

Johnson's baby oil

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

*abaikan jari ahkak kasar sangat. ahahaha maklomler*

Baru tau kebaikan salah satu minyak johnson's ni.

Dulu masa Hanif kecik, ade kakak ni cakap. mase tu, kat rumah hanif selalu kene gigit nyamuk.
sweet sangat anep ni asik kene gigit je ngan nyamuk.

Akak tu suh la buh minyak johson's je

Buh mopiko pon xlut.. lambat sangat nak baik.

ha terus, tiap kali anep kene gigit ape-apa jenis serangga je sapu je minyak ni.. cepat je hilang.
Bukan kat anep je, kat kulit kita ni pun boleh.
Nak nak kene gigit semut merah tu, gatal kemain lagi kan..
cecepat sapu banyak banyak..
gatal tu ada lagi tapi lepas beberapa minit tu bintat semut tu pun da takde.

taaadaa..
hehe

ok tu jela nak update pon. bhahaha

Wednesday, June 3, 2015

Farid Sanullah - Dont Forget Allah

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. 
Lagu ni..
Lagu ni tertusuk tajam sehingga ke luluh hati.. Ya Allah. alpa nya aku dahulu.
sanggup melupakan kau.
Ampunkan aku.
T_T'

"Can't you see, he's promise to you..
Can't you see his promise is true
Hold on to the rope of Allah
Don't lose hope in Allah..
If you remember Allah in prosperity He'll not forsake you in adversity
Be mindfull of Allah He'll guide you to all that is GOOD"


Saya rasa sebak tiap kali nyanyi lagu ni sorang sorang.

Serius, tusuk dalam sangat.

#jominsaf!

Monday, June 1, 2015

Online Shopping yang boleh dipercayai.

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. 
LAZADA.COM.MY
Salah satu website Online Shopping yang korang boleh percayaii! hahahaha
sebab, saya dah dua tiga kali buat pembelian di website ini.  
Ni pembeliaan pertama saya.
Beli untuk hantaran masa kawen dulu.
Masa first time beli, takut jugak mula mula tu. Yelah, harga beratus kan benda ni. Then, kat lazada plak price dia low sikit dari yang saya survey di luar tu.
Tawakaal laa klik Add to chart and proceed to payment.
Dapat la email bagitau beli barang ni..buat payment and etc etc.
Esok tu..
Skynet hantar (tak ingat la skynet ke poslaju)
Wahh laju ok! buka buka tengok.. puas hati.. dan saya happy !!!
Kemudian,
saja gatal jari usha usha handbag pulak.
Nak beli yang jenis backpag, ade yang kulit tapi macam tak berkenan di hati. so saya pilih macam kat gambar bawah ni.. senang, sume sumbat.. pampers hanif, tuala etc etc.
(dah takde da la nak melawa lagi hahaha)

Orang kata, orang pompuan ni takleh ada duit lebih sikit dalam akaun tu.. mulalah gatal jari lagi.
Usha pulak cadar katil.. kononya nak 'reward to myself'' la. lagipun bosan je asek tengok cadar sama je repeat. kihkihkih (oke la ade jgk cadar iskk!)

Usha-usha saya pilih yang ni.
Sebab dia ada Quilt Cover. yang tebal tu.. imaginary saya, masa beli tu dapat laaa yg tebal.


Tub tub abang skynet hantar naik motor jeee bhai~
Lahh kecik je.. exited buka tengok quilt cover nya nipis je. T____T' nasib tak kene bebel dengan suami tapi dia pesan lepasni tak yah beli lagi simpan je duit tu nak guna time emergency. haha


Jadi, saya masukkan selimut lain dalam quilt cover tu kan ada zip, tapi tak kemas la sebab selimut tu macam kecik sikit dari quilt cover tu. hahahhahaha

Exited tauu ingat dapat quilt cover yang tebal! ahaaa..

Mujur cadar ni cantik..

So lepasni, beli cadar jela.. takyah berangan nak dapat quilt cover tebal tebal kalau beli online. ingat dia nak pos guna helicopter ke? hahahahahahahahahahaahaha.


So far, saya sangat berpuas hati bershopping kat website lazada ni.
tapi nak beli tu kene tengok la barang apa yang kita nak beli kan..
supaya tak la mengharap dengan tinggi macam saya ni. wakakakakaka!!

Selamat shopping la korang kat sini. www.lazada.com.my!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis