Wednesday, December 16, 2015

Mandi Wiladah.


Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




 
*Tiada Motif up gambar ni, saje. sebab rindu korang. aha!*
Mandi Wiladah


Saya dah dua kali beranak baru tahu tentang Mandi Wiladah ni tau.. Rupanya, orang perempuan ni ada 4x mandi wajib. (1) Mandi Wajib selepas habis haid. (2) Mandi Wajib selepas bermesra dengan suami atas katil. (3) Mandi Wajib Wiladah - selepas bersalin. (4) Mandi Wajib Nifas - selepas darah nifas habis.
Hukumnya adalah Wajib. (Nama pun Mandi Wajib) !_!
Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi.
Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).
Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168). Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, jil. 2.
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 1.
3. Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mudtafa al-Bugha, jil. 1.
4. Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan.
 
****
Saya tahu pun selepas dah berminggu baby keluar. Saya pun tanya la kawan-kawan di group whatsApp Majlis Ilmu Sekitar Melaka.. ada yang tak tahu, yang tahu tu terus whatsApps personal ke saya. Bila dah faham.. terus lah saya buat Manji Wajib Wiladah ni..  Maknanya juga, selepas bersalin dah habis pantang kita wajib Mandi Wajib dua kali. Kalau korang tahan nak mandi Wajib Wiladah selepas bersalin pun takpe, lagi afdhal mungkin.. 
Oraite setakat ni je saya kongsikan.. jumpa lagi next entry!
Thanks for reading :D
-------------
UPDATE TERBARU
TIADA MANDI WILADAH jika kelahiran disusuli darah nifas. Yang ada hanya mandi setelah kering darah nifas.
Mandi Wiladah dalam Mazhab Syafie adalah bagi wanita yang tiada darah nifas.
Assalamualaikum, 
Sobahu Khair ya ‪#‎sahabatannurnida‬,
DULU SAYA KELIRU, SEKARANG ALHAMDULILLAH, SAYA DAH KETEMUI HUJAH YANG JELAS.
*****
Ulasan oleh Ustaz Dr. Shauqi Othman, Pensyarah UPM, Serdang.
Memang terdapat sedikit kekeliruan dalam soal mandi wiladah ini. Akibat kekeliruan tersebut, maka terdapat ibu yang melahirkan anak ‘mandi wajib’ dua kali iaitu mandi selepas melahirkan anak (wiladah) dan mandi sekali lagi selepas berhentinya darah nifas. Perlu difahami bahawa tujuan ‘mandi wajib’ adalah untuk membolehkan seseorang itu menunaikan solat setelah berlakunya hadas besar. Oleh yang demikian sekiranya seseorang ibu yang melahirkan anak (wiladah) itu mendapati tidak ada darah nifas yang keluar selepas wiladah, maka baharulah diwajibkan untuk mandi bagi membolehkannya menunaikan solat. Akan tetapi sekiranya selepas melahirkan atau wiladah, terdapatnya darah nifas (iaitu darah yang datang selepas melahirkan anak), maka ibu tersebut tidak diwajibkan mandi wiladah, sebaliknya hendaklah menunggu sehingga kering darah nifas tersebut, baharulah ia mandi wajib untuk membolehkannya menunaikan solat. Mengikut pandangan para fuqaha’ sebagaimana yang telah dinukilkan dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘Ala Mazhab al-Imam al-Shafie, darah nifas yang paling sedikit adalah datang sekali sahaja, manakala kadar maksima ialah sebanyak 60 hari. Namun, secara kebiasaannya, darah nifas keluar selama 40 hari.
******
Ulasan oleh Ustaz Abdul Kadir, dari Jabatan Mufti Perlis.
fb beliau : Bin Sahak
TIDAK ADA Mandi Wajib Ketika Dalam Tempoh Nifas Yg Dinamakan Sbgi Mandi Wiladah.
Seorg wanita yg melahirkan anak, ada 2 keadaan:
1) Slps kelahiran disusuli dgn darah yg dinamakan sbg darah nifas, wanita yg bernifas dinamakan sbg Nufasaa'. Tiada tempoh paling pendek utk darah nifas. Ada darah, dikira nifas. Berhenti darah di kira suci. Manakala tempoh paling lama utk darah nifas ialah selama 40 hari. Inilah pandangan majoriti ulama dn yg lebih rajih. Jika darah berterusan keluar, wajib mandi, tunaikan solat, wajib puasa ramadhan dan seumpamanya.
2) Selepas kelahiran tiada darah yg keluar. Justeru pandangan dlm mazhab alSyafie, wajib mandi kerana kelahiran atau wiladah. Mandi Wiladah dlm mazhab alSyafie ini bg wanita yg tiada darah nifas. Adpun bg yg bernifas mereka tidak perlu mandi kononnya mandi wiladah. Mereka hanya wajib mandi stlh kering darah nifas atau stlh sempurna bernifas selama 40 hari.
*******Wallahuallam*********
Maksudnya, masa tempoh berpantang tu ada sesetengahnya darah dah cepat kering. Dalam 40 hari tu korang punya darah dah kering selepas hari ke 30 ke korang mandi lah Mandi Wajib Wiladah untuk korang suci dan boleh beribadah.. selepas dari tu tiba-tiba darah keluar tapi masih lagi dalam hari berpantang, bila kering darah tu baru lah korang Mandi Wajib Nifas. Itu yang saya faham la..

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis