Monday, December 19, 2016

7 Hari Mencintaiku.




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.







Rasa-rasa, ramai tak sabar nak tengok episod akhir cerita ni kan?
Termasuklah sayaaaa. heee

Syukri Yahaya, Siti Saleha dan semua pelakon dalam cerita ni memang "Terbaik" bawak watak mereka.. Lagi-lagi Aman Graseka. hehehe.. bergegor camera tu, camera pun takutt hahaha.

Okla,
nak review moral story yang saya dapat dari cerita ni. Ni random la.. kalau korang nak tambah bleh komen kat entry ni nanti.


  • Jangan pandang hina kat orang lain walaupun dia miskin, jahil, takde kerja.. jangan. jangan menghina sesama manusia.. Sejahat-jahat manusia yang dihina tu sampai masa dia berubah lebih baik dari kita tau.


  • Jaga lisan, sebab lisan ni boleh jadi punca manusia berbalah.. tengok Mak Leha, Mia ngan Ila.. Mulut tak reti jaga.. tak pasal dapat dosa free. Perli-perli ni tak elok weh.. bukan buat orang tu sedar walau perangai dia buruk pun tapi lagi menjauh ada la.. biasanya jenis perli-perli ni orang macam mak ngan nenek kita dulu.. suke je memerli.. end up apa? kita sakit hati kan? and tak suka plus benci sebab mulut orang ni suka dok memerli aje. Pastu dosa sebar fitnah lagi.. iish. bahaya mulut ni boleh membunuh hati!


  • Jadi suami yang tegas! contohnya Pak Samad.. tegas dalam menegakkan kebenaran.. dan memahami keadaan orang lain. Dia je yang perasan perubahan dan riak muka anak dia kalau ada masalah.

  • Jadi suami kene bersabar. Ambil ihktibar Pak Andak dan Khuzairi. Pak Andak, dalam keadaan hidup yang serba kekurangan tapi tak pernah merungut!! Mak Andak tak betul pun masih dia layan baik, Buntat yang terencat gitu pun dia tetap layan macam kanak-kanak biasa. Muliaa nya hati Pak Andak tu kan? Bersyukur Mak Andak walaupun diuji kehilangan anak kesayangan tapi dikurniakan Allah suami yang masih setia di sisi dan bersabar dengan kerenahnya. Khuzairi pun sama, boleh bersabar walaupun Mia duk caci hina dia.. 

  • Jadi anak yang tetap pendirian dan taat pada ibu. Khuzairi seorang yang taat pada Mak Leha walhal Mak Leha bukan ibu kandung dia pun. Punya la dia hormat macam mak sendiri. Tinggi martabat Mak Leha Khuzairi tu letak, lebih tinggi dari Mia. Hopefully, anak-anak lelaki saya juga begini. amin.

  • Orang kaya, tak semuanya mulia. Tengok family Sophie dan Mama Mia. cuma mungkin Ayah Mia lain la kan sebab dia masih berpijak di bumi nyata.. mujur ada Ummi Roziah.. masih jaga agama walaupun dah hidup senang.. Lain macam Mama Mia ngn Pakcik Mia.. dok fikir duit je hari-hari. Halal haram pun tak amik kisah sampai sanggup jual maruah anak sendiri. Bapak Mertua Khalil pun sama.. Dah tua pun tak sedar diri sebab dibutakan mata dengan kemewahan dan harta.. Risau takut mati tak sempat bertaubat kan. Kesudahan jadi lah gila bapak Sophie tu, Khalil lak mati dengan dosa membunuh yang dia pikul. MashaAllah

  • Cacat fizikal tak bererti tak mampu berfikir dengan akal. Contohnya Buntat, dalam istimewa nya dia dikeji dimarah si Mia tapi tetap sayangkan Mia sebab Mia kan makwe Abang Doktor dia.. Dalam keadaan sakit tu pun masih mahu selamatkan Mia. Jiwanya besar! hatinya mulia.


  • Jadi Perempuan biar mahal! contoh Mia, orang kampung tengok dia gadis bandar.. liar tetiap malam gi clubbing tapi masih bertahan jaga maruah dan kesucian diri. (Saya tak kata korang HALAL gi clubbing.. bercampur lelaki perempuan pun dah haram kan itu pun dah dosa tapi jangan ditambah lagi dosa berzina pulak) Walau apa pun perkara yang kita lakukan, kene jaga kesucian diri.. maruah diri.. At last, Ila yang nampak baik tu pulak yang dah mengandung..


  • Kita rasa kita ni baik, tapi sebenarnya kita lah yang tak baik.. Khuzairi contohnya, ya watak dia baik.. tapi sebaik-baik dia, dia tak mampu nak menolak benda yang dia taknak atau tak suka. lepastu, taknak bagi peluang kedua.. sedangkan dia tengok sendiri Pak Samad dah maafkan Helmi.. Lepastu, Mak Leha lak dia rasa keluarga dia dah cukup lengkap didikan agama.. tapi tak sedar, cara dia sebenarnya merosakkan anak kesayangan dia sendiri.

  • Duit, harta, pangkat dan nama tak ada guna lagi dah bila kita dah takde kat dunia.. duit yang banyak pun takkan mampu kembalikan kebahagiaan kita.. tak mampu kembalikan orang-orang yang kita sayang.

  • Pabila kita jatuh tertunduk, bangkit semula. Carilah pencipta kita.. walau miskin kita, kehilangan orang-orang yang kita sayang tapi kita masih ada Allah! Mia, tersedar selepas kematian Buntat dan disusuli kehilangan Ummi Roziah dan Mama dia.. dia mula insaf, cari jalan kembali.. mula nak solat. Mujur Sophie dah insaf masa tu dapat tolong bimbing dia sikit-sikit. Biar aa orang perli kau kata dah susah baru nak ingat tuhan.. sekurangnya, kau masih ingatkan tuhan kau dari kau wat dunno je kan? bak kata orang puteh, "Better late than never" gitu.

  • Hidup jangan sombong tinggi melangit.. kita takkan tau waktu bila kita akan jatuh tersungkur.

  • Mak ayah sayangkan anak jangan terlalu manjakan sangat.. dok bela je apa dia buat, betul ka salah ke.. Dalam cite ni, nampak sangat Mak Leha ni lebihkan Helmi.. apa helmi buat sumenya betul.. Mujur Khuzairi tu tak jenis sentap and sayangkan Helmi ngan Nad macam adik sendiri. 


Ok, tu jela kot yang saya boleh kongsikan. Jalan cerita Drama ni memang terbaik.. sama macam cerita "Patahnya sebelah sayap.." kalau dua Drama ni tercalon Anugerah Screen tak tau la mana satu nak pilih kan.. sebab dua-dua bawak kesan mendalam pada para penonton semua.. korang rasa tak kesan tu? rasa laahh rasakanlahh..


Bookmark and Share

Tuesday, November 29, 2016

Suri Rumah pun ada Tantrum




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


 
Uishh bestt jugak la kalau sume benda ni boleh buat kerja sendiri kan.


Serius la, memang letih yakmatt duduk rumah jadi fulltime housewife ni.
Orang kata,... alah duk rumah je pun bukan buat apa kan..

perghh.


i kenot go this word anymore.  


K, Sebenarnya ada satu masa tu duduk rumah pun tak sempat nak rest tau. Bangun pagi dah kene pikir nak masak breakfast apa. Mujur la kalau suami tu jenis buat breakfast sendiri.. lepastu nak hangkut kain baju masuk mesen basuh. Hari-hari lak tu baju menimbun dengan baju anak tu kejap kejap nak tukar.


Rumah bersepah? tu biasa.. lagi-lagi bila ada anak kecik ni. Kita kemas area sini, dia dah sepahkan area lain.. kadang bila jadi letih sangat tu mula lah emosi dan transform jadi harimau ke singa ke takpun hulk jadian.

Suami tak faham, dia tahu balik rumah mesti kene kemas.
Kadang, dalam sehari ni.. dari pagi time budak-budak ni tido laju-laju la buat kerja rumah ni. menyapu, mengemop.. diorang dah bangun habis berselerak.. lantaklah. tengok jam nak petang baru kemas cepat-cepat. Bayangkan hari-hari kene buat gini. Ingat badan tak letih ke??


Dulu saya stress jugak tengok ibu saya yang duk mengasuh anak orang ni, balik kerja rumah bersepah.. mana sempat nak kemas lagi.. Lepas dah ada anak sendiri ni baru saya faham perasaan ibu kenapa rumah sampai tak terurus. So saya cuba manage time saya semampu habis. Bila balik rumah ibu, saya menyapu dan mengemop, kemas dapur dan kain baju semua. Kalau dah tak larat sangat tu memang saya biarkan jela.. lepastu tahan telinga la kene bebel kan.. walhal memang kita nak buat tapi kita tak larat. kahkah.


Tu belum tengok kain baju, yang kotor yang bersih.. semua wife yang kene buat. Baju kotor tergantung sana, tergantung sini.. yang baju bersih nak jemur, nak angkat bila dah kering lepastu kalau ada baju yang perlu digosok kene asingkan untuk gosok pula.


Hat pinggan mangkuk pun sama. Lepas masak kene kemas, dah makan pun kene kemas.

Ustaz, ustazah kata dalam rumahtangga kene ada teamwork kan.
tapi teamwork macamana dah kalau semua kerja pass kat wife.

Belum lagi kisah anak berak, anak nak mandi, anak nak makan.. semua pass ke wife yang kene settelkan.

Barang tak jumpa, panggil wife mintak tolong carikan.

Korang rasa, semua ni isteri boleh tanggung sorang ke? dah kalau semua benda isteri je kene jawab kene pikul.. mau tak meroyan, emosi bagai. Time tu lah mula start garang dengan anak-anak. Padahal memang tak terdetik pun nak layan anak-anak macamtu tau!!!


Ada tu wife yang kerja lagi, i dont know how they manage their time. dengan anak, dengan kerja.. sebab wife ni kesian, dah la dalam family tu husband sorang yang keluar cari nafkah.. sebab wife tahu husband letih kerja dari pagi sampai petang, tapi husband macamana? ada rasa kesian kat wife tak yang seharian bekerja kat rumah dengan layan kerenah anak-anak yang kejap elok kejap tantrum tu?


No wonder banyak percentages surirumah sepenuh masa yang boleh kene tekanan mental..Mana tak nya semua kerja sub ke wife, lagi-lagi wife yang bekerja. half day dah kerja, balik rumah kene kerja di rumah pula.. nak urus anak lagi, sampah dalam rumah lagi, kain baju lagi.
Pelik je kan suami boleh tutup sebelah mata tengok isteri bekerja sorang kat rumah ni.. Mana pergi teamwork nya ntah?


Kalau suami isteri tu kerja jenis berkemampuan takpe boleh upah orang datang kemaskan rumah takpun upah orang gaji. 


Saya melihat sekeliling yang berlaku.. Ada rumahtangga dia redup je, sejuk je mata memandang.. sebabnya mereka suami isteri teamwork sama-sama. Isteri masak, suami tolong basuh pinggang kemas dapur.. Isteri basuh baju, suami tolong sidaikan baju ataupun tolong gosokkan baju.. tengok anak-anak diorang macamana, semuanya berjaya..  sebab didikan yang baik hasil dari mak ayah yang baik, semua tu perlu dipelajari dari rumah mereka sendiri. Anak - anak tengok apa yang ibubapa mereka lakukan, mereka jadikan kita ni sebagai contoh mereka.


Ada tu, sampai isteri lari tinggalkan rumah tinggalkan anak-anak sebab tertekan. Lagi tertekan bila anak-anak buat perangai.. rasa tertekan kalau sampai tahap tak ingat tuhan tu jadilah banyak kes-kes mak dera anak kan. Walhal, kita tau takde seorang mak pun yang nak pukul dan dera anak-anak diorang.. haiwan pun tahu sayangkan anak tau. Tapi yang betul-betul buang anak tu, mungkin Allah dah hilangkan perasaan belas dan kasih sayang dia terhadap anak dia kot.. Nauzubillah mintak dijauhkan la gitu.


Setiap hari bangun dengan azam hari ni aku nak buat dengan lebih baik.
Setiap hari berdoa, mudahkan lah urusan ku ini.. elokkan lah perangai anak-anak ku harini.


Nak bekerja dari rumah pun fikir banyak kali, mana tak baru nak start buat kerja si abang dah nangis nak itu tak boleh buat.. baru nak mula masak, si adik menangis sebab abang tak bagi join dia main. Macamana lah mereka yang berjaya tu boleh manage masa mereka kan? Proud of them!


Honestly, saya rasa wife yang bekerja walaupun penat tapi at least mereka ada masa untuk diri mereka sendiri. Contohnya hari jumaat, rehat panjang kan? boleh kuar gi window shopping lagi.. alone without the kids! ataupun dengan colleague, seronokk kan camtu? lepastu balik rumah dah pening plak hahhaa..

Tu belum cerita kewangan lagi, jadi fully housewife ni tengok orang pakai barang cantik yang baru kita pun nak jugak tapi sebab kita tak mampu kita pejamkan mata jela. Hope ada rezeki masa lain ke kan.. tapi bila keluar kononnya nak beli barang untuk diri sendiri, last-last barang anak je lebih.. hahahahaha.


Actually, saya bukan merungut.. tak. saya bersyukur sangat sebab saya dapat peluang mengasuh dan menjaga anak saya sendiri. Tapi ni cerita untuk bagi orang faham.. kita duduk rumah bukan duduk saja-saja. Banyakk kerja kita nak buat, lagi-lagi datang idea nak deco rumah lah, nak try masak resipi baru lah.. semua tu kita nak buat tapi kadang banyak halangan.. yelah, bukan semua kerja tu senang.. kerja kan tak pernahnya habis. Cuma nak bagitau kat orang je, Hargai lah wife korang yang sanggup korbankan segalanya semata untuk keluarga yang dia sayang ni.. Jangan tanya kenapa wife kite berubah, dulu lemah lembut sekarang garang macam rimau.. sebab LETIH tau takk.. LETIH SEMUA BENDA KITA KENE JAWAB DAN KENE BUAT.

Jadi as wife jugak, bersabarlah.. jangan lah merungut dan membebel sampai buat orang lain terasa seperti beban pula.. Keep our words, jangan sampai Allah terkabulkan kata-kata kita tu plak. Satu hari tu kadang ada masa kita rasa tertekan yang teramat sangat lepastu meletup, kesian kat anak-anak jadi mangsa lepasan bom tu kan.. tapi lepastu menyesal sebab terlepas bom tu kat diorang yang tak faham apa-apa. Jadilah sesi mintak maaf nangis-nangis peluk cium lak tu..

Setiap hari kene peluk cium anak-anak tau walaupun hari tu kita ada termarah dia... Pelukan ni therapi jiwa jugak.. tu sebab husband kene selalu peluk wife sebab wife akan tenang lepas dipeluk..

hehe..

 

Share video Prof. Dr Muhaya ni semoga dapat menjadi inspirasi kepada kita.
InshaAllah.

We Can Do This!! 

 
Bookmark and Share

Wednesday, November 23, 2016

Resipi Kek Batik Cheese.




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


Tadaaa.
Ni banyak kali punya testing hokei.
Baru la jadi sesadap gini.



My friend bagi tips macamana nak bagi lagi sedap Kek Batik kita tu. 


Bahan-bahannya:

  • Biskut Marie
  • Butter
  • Milo / Vico
  • Chocolate favourite korang tak kisah lah cadburry ke, hershey ke.
  • Susu Pekat
  • Cream Cheese
  • Whippy Cream


Cara-caranya:

  1. Patah-patahkan biskut marie, letak tepi.
  2. Panaskan butter dalam periuk dengan menggunakan api yang kecil. Takut cepat hanguss. hahaha banyak kali tau jadi gitu. T_T' so bila butter tu dah cair sepenuhnya, masukkan susu cair. Ni depends korang la nak masukkan milo dulu ke susu cair dulu ke. lepastu kacau-kacau dan masukkan juga coklat Cadburry. (Ni ikut kuantiti korang, kalau nak wat banyak masuklah satu pack chocolate tu.. macam saya buat half-half. Milo pun letak dalam secawan je.)
  3. Tutup api tu pastu kacau je sampai cair. kalau macam likat sangat letak susu cair lagi. Pastu masukkan biskut Marie yang dipatah-patahkan tu.
  4. Masukkan semua tu dalam loyang empat segi atau bulat.. hempek-hempek tekan-tekan takpe biar patah biskut tu pun takpe.. ratakan kek batik tu dalam loyang tu tau.
  5. Untuk letak cheese tu pulak, gunakan half cream cheese tu masuk dalam periuk untuk di mixer kan. Masa mixer tu isi sket whipping cream tu biar sebati semua tu.. jangan lupa letak gula. Brown Sugar kalau ada pon sedap jugak. hehe
  6. Kalau korang nak letak pewarna pun boleh.. hehehe.
  7. Dah sebati tu, letak atas kek batik yang dalam loyang tu ratakan.. dah rata, tarbukan Milo atas dia. Nak tabur chocolate chip ke lain-lain pun boleh ikut sedap korang la kan selera korang. hehehe..
  8. Pastu masukkan dalam peti ais sejam dan da boleh makan..


hehehe.


Selamat Mencuba !!


Bookmark and Share

Monday, November 21, 2016

Tips menangani TANTRUM anak kita.




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Hurrmmmmmmm.
Memang sangat pening lah kalau anak kita Tantrum. Kalau sorang Tantrum pun dah pening dibuatnya ni apetah lagi dua-dua.. Nak-nak lagi Maryam ni punya melalak macam kene dera. haish.

So saya nak update la pasal tips menangani anak ketika anak Tantrum.


Apa itu tantrum pada bayi dan kanak-kanak?

Tantrum adalah LEDAKAN EMOSI pada bayi dan kanak-kanak. Jika diperhatikan dengan teliti, sikap ini terbahagi kepada 3 fasa yang boleh dijangka:
Fasa 1: menjerit
Fasa 2: hentak kaki, berguling atas lantai dan baling barang/toys (kemuncak)
Fasa 3: menangis dan merengek tersedu-sedu


Mommy daddy dinasihatkan tunggu sehingga fasa ketiga sebelum cuba memujuk .. 

Apa yang perlu dibuat semasa fasa 1 & fasa 2?

Mommy daddy cuba abaikan perasaan marah mommy daddy, cakap baik-baik dan sabar, your child tantrum will go away. ðŸ˜‰ Yang paling penting, jangan siram minyak pada api yang marak .. amukan akan jadi lebih lama ðŸ˜‚

Semasa fasa 1 dan 2, anak tidak boleh berfikir secara logik (reasoning is futile), maka jangan bagi ceramah panjang-panjang masa ni. Hanya perlu bagi arahan yang spesifik "sit down", "go to your room", "be quiet".. BUKAN arahan yg samar seperti "be good".




Bagaimana nak deal dengan tantrum?
1. Bila anak tantrum depan orang ramai:

Pasti perasaan malu dengan orang ramai menyelubungi mommy daddy kan? Mesti mommy daddy rasa mak ayah yg bagus adalah mempunyai ANAK YANG WELL-BEHAVED kan? Dan mommy daddy mula rasa org ramai tengah pandang negative kat mommy daddy. OH TIDAK! Jangan sesekali berfikiran begitu, whenever we're negative, we interpret other people perception of us as negative. Maka, berfikiran positif lah mommy daddy ðŸ˜‰

Apa yg yg mommy daddy perlu buat adalah BERTENANG, EXCUSE YOURSELF, TINGGALKAN TEMPAT BUAT SEKETIKA (pergi kereta, pergi keluar, tunjuk burung atau langit atau buat apa saja yang boleh distract anak mommy daddy).

2. Explain awal-awal masa mood dia tengah ok:

Utk elakkan anak tantrum tak dpt toys: "Ok Adam, kita nak pergi keluar jalan-jalan kat Alamanda, hari tu Adam dah beli toy kan, so hari ni no more toys ok? Toys boleh beli once in awhile je"

Atau

Utk elakkan tantrum tak dapat candies and chocolates: "Adam, too much candies and chocolates are really not good for you, Adam still ingat tak your poo poo stuck hari tu? Sakit kan? That's why we cannot eat chocolates all the times ok, kena makan healthy food je mcm nasi, fruits, salmon, chicken. 

3. Seboleh-bolehnya jangan "cair" dengan kehendak anak.

Contoh: anak tantrum sebab nak gula-gula, sebab nak suruh diam, kita beli je.. tiga kali kita beli, dia dah set dalam minda yang "ooo aku jerit-jerit je mesti dapat gula-gula, boleh buat lagi lah taktik ni".. remember mommy daddy, our kids are smart on their on way, maka bentuklah mereka untuk jadi smart dalam cara yang baik. ðŸ˜Œ

4. Selalu ingatkan diri untuk BERTENANG.

Walaupun dalam jiwa dah berapi, rasa malu dan hilang sabar, ingatkan diri "aku takkan ikut perasaan marah ni sebab perasaan ni takkan selesaikan masalah tantrum ni pun" dan ingatkan diri bahawa Allah telah memberi nikmat anak dan mommy daddy bertanggungjawab untuk membesarkan anak dengan cara baik, bukan cara kasar ðŸ˜Š

5. Selepas tamat fasa tantrum kedua, (rujuk gambar APA ITU TANTRUM), offer pelukan (pelukan ibu bapa kepada anak sangat dapat memberi ketenangan).

"Mama tau Adam rasa sedih dan marah, perasaan tu normal. Tapi Adam kena faham yang mengamuk-ngamuk ni tak bagus ok? Come hug mama, apa Adam rasa tadi? cuba share dengan mama".. 

Atau

Jika berada di rumah, baring bersama-sama anak ketika tangisan mereka sudah reda kerana ada kajian mengatakan apabila kita baring, adalah lebih mudah untuk mengawal perasaan emosi marah (untuk mommy dan anak sekali ðŸ˜‰so dua-dua tak marah dah hihi)

6. Mommy daddy sebagai role model.

Maka janganlah selalu mengamuk-ngamuk depan anak, kerana mereka sedang melihat, serap, simpan dan buat..

Orang besar juga ada tantrum, yang penting adalah cara macam mana mommy daddy kawal temper mommy daddy, orang melayu panggil "panas baran".. ðŸ˜Š



Umur berapa selalunya tantrum ni?

Sikap ini NORMAL dari umur 18 bulan sehingga 4 tahun. 

Tantrum is normal but NOT every day especially yang sudah melebihi 4 tahun. Jikalau tantrum makin kerap dan kronik apabila anak mommy daddy meningkat usia, mommy daddy boleh lah bawa berjumpa doktor atau yang pakar untuk rule out psychological issues.


Tantrum terbahagi kepada TIGA jenis:

1. Attention Tantrum - 

(A) berlaku apabila anak anda sedang bermain dengan aman, tiba-tiba terlihat anda bercakap dalam telefon dan terus mula mengamuk kerana inginkan perhatian.

(B) mommy daddy sedang seronok bersembang husband and wife dan anak tiba-tiba menangis nak itu dan nak ini.


2. Tangible Tantrum - 

(A) berlaku apabila keinginannya tidak dipenuhi, contoh nak beli toys atau surprise egg tapi mommy daddy tak belikan.


3. Command Avoidance Tantrum - 

(A) berlaku apabila anak mommy daddy taknak buat apa yang disuruh. Sebagai contoh, mommy daddy suruh mandi, dan mereka mula tantrum. 

(B) mommy daddy minta kemas toys yg bersepah-sepah, mereka mula tantrum.


***


Semoga bertabahlah ibu-ibu sekalian, cepatlahhh tamat fasa tantrum budak budak ni... ummi pun nak transform jadi hulk dah ni rasanya.. tapi biasanya kalau kat rumah sendiri bila dia tantrum tu ummi pekakkan telinga je laaaa... T______________T'



Bookmark and Share

Thursday, November 17, 2016

Kreatif sangattt !!!




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Dari kotak dan kertas yang tak pakai dibuang, if korang kreatif boleh tukar jadi mainan anak-anak korang la.

tapiiii


emak dia pun tak berapa kreatif nak buat macamni.
*
*
*




Ni macam custom je.. cantik semacam.









Alahaiii
bila la nak jadi kreatif macamni.
T___________T'

nak beli tak mampu. sobs sobs.


Bookmark and Share

Tuesday, October 25, 2016

Tutorial jahit PantyLiner




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Hai.
Maaflah lama betul tak kesiaran. ngehngeh

Owh ya.
Semenjak my mum punya mesen jahit dah siap baiki.. teruja betul saya menjahit sana menjahit sini.
Nanti dah siap project saya tu baru saya release.

Ni sibuk cari tutorial menjahit je.
so harini saya nak share tutorial menjahit Pantyliner.
kalau dah pandai buat easy la, tak payah gi beli.












Masalah bila dah reti menjahit ni pulak, kena gi cari material yang sesuai plak.
hahahahha


Bookmark and Share

Thursday, September 29, 2016

Mencari kebahagiaan di dalam rumahtangga.




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




Hmm. Macamana nak mulakan ni ye. Ok.. maafkan saya jika penulisan saya ini bakal menyinggung hati-hati atau buat kalian terasa.. Benar! Jika perbuatan kita harian tidak dimulakan dengan nama Allah swt, nescaya banyaklah masalah yang timbul.. salah satunya hal penceraian ni lah.





Setiap manusia ni tak sempurna walaupun dilahirkan sempurna cukup sifat fizikal. Tapi HATI kita lain.. tak sama setiap orang. Dan HATI ini perlu dijaga dengan kalimah lillahita’ala. Kerana HATI kita ni hanya dipegang oleh ALLAH SWT dan HATI kita ni mudah berbolak balik sifatnya.


Setiap perkahwinan ni memang akan diuji. Bukan kahwin je diuji, masa bercinta dulu pun diuji jugak kan? Ada yang berkawan lama bertahun tapi tak jadi kahwin ataupun kahwin tempuh perkahwinan tu sekejap je. Jangan rasa, bila kita dah kahwin kita dah boleh happy ever after dan relaks relaks sebab dah menang.. ok tu silap!! Menang memang menang, masa korang kawen akad nikah tu lah kemenangan korang tu sebab syaitan masa tu dah kecewa, dah kalah sebab korang berjaya kahwin. Tapi tu tak bermakna, lepas kahwin tu korang boleh feeling bahagia sepanjang masa. Upload gambar honeymoon. Upload gambar romantic makan tepi pantai candle light dinner. Update status bahagia dikurniakan suami / isteri caring, penyayang dan etc etc. 

Tak perlu. Sila lah simpan rapi segala kebahagian yang kita dah miliki ni. Sekali sekala orang boleh terima, tapi kalau tiap-tiap masa? Ambil iktibar kisah Bard Pitt dan Angelina, setiap media paparkan kemesraan mereka.. keintiman perkahwinan mereka.. hakikatnya, kebahagiaan mereka dipaparkan pada sebuah gambar / video hakikatnya bahagia ke mereka? bila berpisah.. semua keburukkan masing-masing diceritakan.


Harini kita sayang dia, esok lusa kita tak tahu masih sayang atau benci. Jangan kita jaja kebencian kita pada mereka pula bila dah benci.


Semua ni milik Allah swt. MILIK ALLAH TAHU!


Kalau Allah swt nak ambil, bila-bila masa dia boleh ambil.. 




Kita semua ada masa silam, tak kira lah masa silam kita ni dulu bewarna ke gelap ke tapi ia sudah lepas.. dan kita perlu focus kepada masa depan. 

Manusia ni, walau baik macamana pun dia memang tak boleh lari dari buat silap.. so kalau orang lain ada buat salah dengan kita.. kita maafkan dia. Kalau boleh, kalau tak boleh pon cuba je dulu sebab perbuatan dia yang patut kita marah bukannya diri dia. If kita one day terbuat silap, kita sendiri pun taknak lakukan kesilapan tu kan?


Kehidupan selepas kahwin ni la sebenarnya cabaran dan dugaan paling besar sekali.. Banyak cabang dugaan lepas kita kahwin.. banyak. Itu bergantung pada ujian masing-masing la, ada yang diuji seawal perkahwinan diorang, ada yang diuji semasa pertengahan dan ada yang diuji waktu mereka tua perkahwinan mereka. Kita takleh lari dari ujian.. kita perlu tempuhi semua ujian tu.. dan caranya adalah SOLAT!!


Solat lah kamu walau di mana kamu berada.. mohon la pertolongan kepada Allah swt, kerana Allah swt sahaja yang mampu menolong kita.

Tapi, ada orang solat tak tinggal penuh lima waktu tapi masih lagi doa dia tak dimakbulkan jugak..

Kene checklist diri la kalau gitu, ada la sebab kenapa Allah swt tak makbulkan doa kita.. kalau bagi lelaki, kenapa doa tak makbul lagi? Check la sumber rezeki yang kamu cari..halal ke tidak, shubhah ke tidak. check diri kamu dengan ibu bapa kamu, dengan isteri dan anak-anak kamu. Kalau bagi wanita, check aurat kamu terjaga sempurna tak? Check lidah kamu, ada berkata sesuatu yang menyakiti hati orang tak? Check diri kamu pada suami kamu.. dan macam-macam lagi lah. Hal kecik pun lama-lama boleh jadi besar.


Kadang kita tak sedar kita dah buat silap. Sebab nafsu dan ego kita sama-sama tinggi.. sama rasa kita betul setiap masa.. sama rasa bila kita ditegur, kita marah dengan teguran tu.. (macam aku la nii) tapi bila duduk sendirian cuba fikir balik apa yang kata-kata orang beri pada kita.. kita mungkin tak sedar perbuatan kita pada mereka.. dan mungkin itu adalah teguran dari Allah swt yang disampaikan kepada kita melalui pengantara.




Zaman sekarang ni, zaman dimana semua dosa manusia ni berlambak dan senang cakap memang senang la nak buat dosa. Zaman dulu mungkin ada, Cuma tak sebanyak zaman kita ni.. bezanya, zaman nenek moyang kita dulu mereka tak bekerja dan kerjanya di rumah aja.. layan suami dan anak-anak. Kemas rumah, basuh baju.. zaman sekarang dah berlainan. Para isteri dibenarkan suami untuk bekerja.. maybe akan ada extra job untuk isteri la bila bekerja balik kene prepare hal kat rumah. Untung kalau ada pasangan tu saling sama-sama membantu dan yang paling tak untung salah sorang je banyak buat kerja yang sorang lagi mengarah je.. bila jadi situasi begini, salah satu pihak mula lah mengungkit dan bercerita tanpa disedari telah membuka seluas langit aib pasangan sendiri pada orang lain..





Bila tengok page facebook KRT, banyak luahan pasangan berkahwin yang mengalami masalah dalam perkahwinan mereka. Banyak dan macam-macam cerita. . Punca UTAMA perkahwinan tak bahagia adalah SOLAT.. Kalau kita solat dah, lepastu kene la cari ILMU. Ilmu Allah ni luas… mana-mana boleh cari. Sekarang kan senang, boleh dengar kat Youtube kalau tengah drive balik kerja tu dengar la. Benda ni bukan satu pihak je kene buat, dua-dua pihak kena sama-sama buat. Solat berjemaah bersama kalau boleh.. tapi seharusnya para isteri menyuruh suami mereka berjemaah di Masjid itu lebih baik.. kalau lain waktu solat lah bersama-sama. Bila solat bersama ni, akan lahir satu perasaan kasih sayang antara suami isteri tu.. Suami rajin la bawa isteri bila lapang pergi Majlis-majlis ilmu.. (dulu saya ikut, tapi sekarang sibuk dengan anak dah T_T' jadi suami balik kene sampaikan la ilmu yang dia dapat tu ke isteri dia)


Bagi yang bermasalah dalam rumahtangga mereka.. cuba cari jalan penyelesaian dulu sebelum ambil keputusan untuk berpisah.. Salah satu penyelesaian yang boleh dicuba adalah berbuat baik kepada pasangan korang.. cuba beri layanan sebaik mungkin pada mereka seperti buatkan air minuman ke, cakap lembut-lembut ke.

Oh senangnya saya berkata. Huhu.. ya memang senang, tapi saya dah alaminya. Saya tahu memang susah nak buat susah sebab hati tengah sakit, benci meluap-luap tapi cuba lakukan demi Allah subhanaawata'ala ataupun demi anak-anak kita. Tapi dalam masa yang sama, jaga la baik hubungan kita dengan Allah swt tu. Bila kita jaga hubungan kita dengan pencipta kita ni Allah swt akan jaga pula hubungan kita sesama manusia lain..



Jaga hubungan bukan erti kita solat bila masuk waktu.. kene jaga lah apa yang Allah suruh kita buat dan tinggalkan apa yang Allah tak bagi buat.
Kita berharap pasangan kita tu mahu berubah tapi sedangkan kita sendiri tak mahu berubah dahulu..


Tengok zaman sekarang, bagaimana runtuhnya akhlak anak muda.. jenayah merata-rata. Semuanya berpunca dari manusia telah tinggalkan agama. Tinggalkan perintah Allah swt.. Tinggalkan solat.. tak pentingkan Allah swt dalam kehidupan. Kucar kacir duniawi ni sekarang.. MASHAALLAH!!


Yang beragama pula menonggang agama, gunakan agama untuk penuhi kehendak diri masing-masing.


SERIUS NI, KITA PERLU KEMBALI KEPADA PENCIPTA KITA.. KITA PERLU BALIK KEPANGKAL JALAN.. JALAN YANG DIREDHAI ALLAH SWT. JALAN MENUJU SYURGA ALLAH SWT.

Carilah ilmu Allah swt.. Follow Al-Quran dan Sunnah.. inshaAllah akan dapat petunjuk.


***

Belajarlah bersyukur, cuba baca kisah di bawah ni..



Arwah bapak sayang arwah mak. Kami tahu. Kami sangat faham. 
Tetapi dengan cara dia yang tersendiri. Cara kebanyakan lelaki Melayu. Tak perlu diucapkan - Yang penting aku sayang kau. Tak perlu nak menunjuk. Tak pernah sekali pun dalam sedar kami, arwah bapak belikan bunga atau hadiah untuk hari jadi atau ulangtahun perkahwinan. Yang kami ingat kalau ada duit lebih bapak akan bawa kami makan luar. Bukan makan mewah2 pun. Paling hebat meehoon hailam dan laicheekang dan kadang-kadang tengok wayang kungfu cina. Genre kegemaran bapak. Atau sekali sekala kalau rezeki lebih lagi, bapak akan bawa kami makan pasembor di kedai mamak dalam bilik makan yang ada aircond. Kami rasa sungguh kaya ketika tu sebab dapat makan di tempat sejuk. Walaupun hanya makan pasembor dan milo ais. Apa yang bapak buat tu walaupun kecil, Mak nampak sangat gembira. Mungkin sebab kami sekeluarga dapat bersama. Kegembiraan kami adalah kegembiraan mak walaupun hakikatnya mungkin itu hadiah istimewa bapak untuk mak. Kami juga tahu arwah bapak sayang mak sangat2 selepas arwah mak pergi lebih awal dari dia. Walaupun bapak cuba menyakinkan kami dia Ok selepas mak tiada, kami tahu bapak 'menderita' dan sangat merindui mak. Cincin kahwin mak tak penah lekang di jari kelingking bapak. Arwah bapak sayang mak dengan cara dia yang tersendiri yang kalau ditafsirkan pada zaman budak2 sekarang tak romantik langsung. Teruk. Kayu. Manifestasi sayang generasi sekarang adalah hadiah candle light dinner pada hari ulang tahun perkahwinan. Hadiah bunga dan chocolate pada hari jadi. Bukti kasih sayang generasi sekarang perlu dimeterialkan. Lagi besar nilai material berkenaan, lagi besar nilai kasih sayang. Dan apabila ada artis yang hadiahkan percutian ke London dengan tiket penerbangan bisnes class sebagai tanda ucapan terima kasih kepada isteri yang melahirkan anak sulung, beratus ribu like diterima dari nitizen. Tak kurang yang tag suami masing2. Perlukah...? Saya rasa kita wanita perlu lebih rasional dalam hal-hal sebegini. Saya tak salahkan Haniszalikha sebab memuatnaikkan kegembiraan dia sekeluarga bercuti di London. Saya sendiri suka tengok keluarga bahagia ni. Suami kacak, isteri cantik, anak cantik dan kaya! Tetapi bila kita melihat kebahagian dan rezeki orang lain sebagai satu 'hukuman' pada kita yang tidak mampu sekalipun bercuti dengan suami, itu sudah tidak kena. Lebih tidak kena lagi apa bila kita tag nama pasangan kita. Mungkin anda anggap sebagai gurauan suamin isteri, tetapi gurauan ini pastinya menggores perasaan pasangan anda yang selepas 3 hari gaji masuk dah tidak berbaki lagi duit yang ada. Jangan salah faham. Saya bukan nak membela kaum lelaki melayu yang kayu dan tak romantik. Tetapi saya rasa kita perlu lebih rasional. Kebahagian rumah tangga dan tingginya kasih sayang suami bukan diukur pada berapa karat berlian yang dia bagi. Jangan terlalu materialistik kawan2. Dalam zaman sekarang yang mana mencari lelaki baik sesukar mencari gulau enau yang 100% asli, kalau dapat suami yang sanggup teman kita ke pasar pun dah cukup bertuah. Dalam kita mengeluh suami tak bawa kita makan angin, kawan kita mungkin tengah berperang dengan penderaan emosi dan mental sebab suami bermain kayu tiga. Belajar bersyukur. Betul...cakap senang dari nak buat. Mulut kata syukur dan redho tapi hati penuh sengketa. Tapi, tenangkah kalau sepanjang masa kita hidup dengan pasangan, yang kita ungkitkan ialah apa yang dia tak bagi berbanding dengan apa yang dia dah bagi? 
-Sumber FB.



**Maaf panjang pulak menaip maklumler anak sedang lena tido hahaha, terima kasih lah gigih membaca :’p **


Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis