Tuesday, August 16, 2016

Siakap goreng Berlada.




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


 
 
 
 
BAHAN -BAHAN :

1 ekor ikan siakap
2 sdm tepung jagung
Garam
Serbuk kunyit
Mnyak utk mgoreng
~cuci siakap dgn air asam jawa...kmudian bilas bersih...tos air....lumurkan dgn garam, serbuk kunyit dan tpung jgung...lumurkan sampai rata
~panaskan minyak...goreng siakap smpai masak..ketepikan dahulu.



BAHAN A

1 ulas bawang besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Halia
Serai (dititik)
~blander semua bahan kecuali serai...ktepikan dulu



BAHAN B

lada besar
Cili api(Ikut slera...nak pedas ke tidak)
~tumbuk kasar bahan B...ketepikn dulu



BAHAN C

sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap pekat (1/2 sudu mkn)
Garam (jika perlu sahaja)
Ajinamoto (abaikan jika tidak perlu)
Minyak utk mnumis
Sdikit air


~panaskan sedikit minyak...masukan serai dan bahan A...tumis smpai naik bau...masukan bahan B...tumis skejap...masukan sdikit air..masukan bahan C....kacau rata....tunggu mdidih....siap
Tuangkan atas ikan siakap yg telah dgoreng tadi..




+ Selamat Mencuba +
Semoga mood kerajinan memasak ku semakin hari semakin bertambah.
Anak kenyang, ummi bahagia.
cewahh kau~


Bookmark and Share

Saturday, August 13, 2016

Adat vs Agama




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


 
gambar arwah atok saya.
 
 
Sejujurnya, tak semua orang melayu dulu-dulu ni yang lebih pentingkan adat dari agama.
tapi majoritinya ramai yang duk ikut adat sebab tu la lahirnya pepatah "Biar mati anak jangan mati adat"
 
wallahi.
kita sebenarnya perlu balik ke pangkal jalan.
balik kepada pencipta.
Alhamdulillah, ramai juga yang sedar dan ubah cara mereka..
saya nak kongsikan ni yang saya baru baca tentang adat orang melayu semasa kematian.
 
 
 

1. Mendengar berita kematian:


Melayu : Alfatihah
Islam : Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

2. Usung jenazah


Melayu :
Baca al fatihah sambil usung jenazah. Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di Sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.

Islam :
Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.

3. Tanam jenazah


Melayu :
– Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
– Tabur bunga
– Tabur batu

Islam :
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.

4. Kubur jenazah


Melayu :
– Kubur dihias bagai pengantin
– Kubur ada bangunan
– Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
– Ada pakej upah baca Al Quran
– Batu nisan 2
– Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
– Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
– Perlu beri wang kepada penggali kubur
– Perlu sediakan wang sekurang kurangnya $ 1000…MasyaAllah.

Islam :
– Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
– Kubur tiada bangunan
– Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
– Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan
– Batu nisan 1
– Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
– Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat islam.

5. Kenduri arwah


Melayu :
Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.

Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.

Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*

Islam :
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.

    Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu ( jenazah lelaki )
    Allahummafirlaha warhamha waafihi wa’fuanha ( Jenazah wanita)

Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

6. Talqin


Melayu :
Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.

Islam :
Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.

Berlapang dada , renungkankah…Melayu sekadar bangsa dan islam itu akidah kita..


Jadikan pesan Nabi SAW dlm hadis sebagai panduan:-


    “Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak
    (HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

Ingat tau, rumah terakhir kita yang kekal kat sana. Jangan la sebab adat sanggup biarkan anak mati.
sebab adat, sanggup kita ingkar perintah Allah, sanggup masuk neraka?
iish.. taknak!! api dunia pun tak tahan apetah lagi api neraka..

Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis