Tuesday, September 6, 2016

Fitnah Akhir Zaman.




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.





Semenjak kebelakangan ni banyak benda viral kat dalam mukabuku tu.

Saya pun tak tahu nak mula dari mana post ni. hahahaha.


Pertama, 
Isu Uqasah Senrose amek keputusan untuk buka tudung.

Kedua,
Isu pakcik marah budak umur 4 tahun. Ramai pula orang duk share. Salahkan pakcik tu sebab marahkan budak 4 tahun tu.

Ketiga,
Safiey Ilias kembali menjadi maknyah.


Seriusla, masyarakat kita ni da sakit. sakit sangat.
apa perlu kita buat? kembali ke Pencipta kita.. bukan sedap-sedap hentam orang yang buat salah, orang yang masih jahil, atau orang yang sedang ingin berubah.

Bertanggungjawab dengan setiap benda yang kita share dalam social media tu.
Dosa orang tu satu hal, dosa kita pun tercatit sama.. ingat benda ni kecik ke?
kita tengok orang tu buat salah, kita tengok orang tu buat dosa jadi pada kita ni apa? maksum? macam nabi tak pernah buat salah tak pernah buat dosa ke?

Sama je kita dua kali lima dengan mereka.
Cermin diri kita dulu sebelum kita sedap nak hukum kesalah orang lain.
Sebabnya aib kita Allah sedang jaga.. setiap dosa yang kita buat tak kantoi kan.
walaupun sekecil zarah.
tapi bila orang lain buat wah kita sedap menghukum macam kita ni tak pernah wat dosa dan tak akan buat dosa.

Jaga diri kita, jaga iman kita.
akhir zaman ni macam-macam boleh jadi.. sekelip mata boleh jadi.
kuasa media social ni kan.
benda baik, hal-hal agama tak pulak jadi viral macamni.
kalau bab dosa orang, salah orang laju je kita nak hentam..

Sejujurnya,
kita semua ni sakit.
ubat dia, kembali kepada tuhan kita yang satu.
ikut Al-Quran ikut Sunnah Nabi..
itu je peninggalan Nabi pada kita kalau kita nak selamat dunia dan akhirat.

InshaAllah.



Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis