Tuesday, November 29, 2016

Suri Rumah pun ada Tantrum




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


 
Uishh bestt jugak la kalau sume benda ni boleh buat kerja sendiri kan.


Serius la, memang letih yakmatt duduk rumah jadi fulltime housewife ni.
Orang kata,... alah duk rumah je pun bukan buat apa kan..

perghh.


i kenot go this word anymore.  


K, Sebenarnya ada satu masa tu duduk rumah pun tak sempat nak rest tau. Bangun pagi dah kene pikir nak masak breakfast apa. Mujur la kalau suami tu jenis buat breakfast sendiri.. lepastu nak hangkut kain baju masuk mesen basuh. Hari-hari lak tu baju menimbun dengan baju anak tu kejap kejap nak tukar.


Rumah bersepah? tu biasa.. lagi-lagi bila ada anak kecik ni. Kita kemas area sini, dia dah sepahkan area lain.. kadang bila jadi letih sangat tu mula lah emosi dan transform jadi harimau ke singa ke takpun hulk jadian.

Suami tak faham, dia tahu balik rumah mesti kene kemas.
Kadang, dalam sehari ni.. dari pagi time budak-budak ni tido laju-laju la buat kerja rumah ni. menyapu, mengemop.. diorang dah bangun habis berselerak.. lantaklah. tengok jam nak petang baru kemas cepat-cepat. Bayangkan hari-hari kene buat gini. Ingat badan tak letih ke??


Dulu saya stress jugak tengok ibu saya yang duk mengasuh anak orang ni, balik kerja rumah bersepah.. mana sempat nak kemas lagi.. Lepas dah ada anak sendiri ni baru saya faham perasaan ibu kenapa rumah sampai tak terurus. So saya cuba manage time saya semampu habis. Bila balik rumah ibu, saya menyapu dan mengemop, kemas dapur dan kain baju semua. Kalau dah tak larat sangat tu memang saya biarkan jela.. lepastu tahan telinga la kene bebel kan.. walhal memang kita nak buat tapi kita tak larat. kahkah.


Tu belum tengok kain baju, yang kotor yang bersih.. semua wife yang kene buat. Baju kotor tergantung sana, tergantung sini.. yang baju bersih nak jemur, nak angkat bila dah kering lepastu kalau ada baju yang perlu digosok kene asingkan untuk gosok pula.


Hat pinggan mangkuk pun sama. Lepas masak kene kemas, dah makan pun kene kemas.

Ustaz, ustazah kata dalam rumahtangga kene ada teamwork kan.
tapi teamwork macamana dah kalau semua kerja pass kat wife.

Belum lagi kisah anak berak, anak nak mandi, anak nak makan.. semua pass ke wife yang kene settelkan.

Barang tak jumpa, panggil wife mintak tolong carikan.

Korang rasa, semua ni isteri boleh tanggung sorang ke? dah kalau semua benda isteri je kene jawab kene pikul.. mau tak meroyan, emosi bagai. Time tu lah mula start garang dengan anak-anak. Padahal memang tak terdetik pun nak layan anak-anak macamtu tau!!!


Ada tu wife yang kerja lagi, i dont know how they manage their time. dengan anak, dengan kerja.. sebab wife ni kesian, dah la dalam family tu husband sorang yang keluar cari nafkah.. sebab wife tahu husband letih kerja dari pagi sampai petang, tapi husband macamana? ada rasa kesian kat wife tak yang seharian bekerja kat rumah dengan layan kerenah anak-anak yang kejap elok kejap tantrum tu?


No wonder banyak percentages surirumah sepenuh masa yang boleh kene tekanan mental..Mana tak nya semua kerja sub ke wife, lagi-lagi wife yang bekerja. half day dah kerja, balik rumah kene kerja di rumah pula.. nak urus anak lagi, sampah dalam rumah lagi, kain baju lagi.
Pelik je kan suami boleh tutup sebelah mata tengok isteri bekerja sorang kat rumah ni.. Mana pergi teamwork nya ntah?


Kalau suami isteri tu kerja jenis berkemampuan takpe boleh upah orang datang kemaskan rumah takpun upah orang gaji. 


Saya melihat sekeliling yang berlaku.. Ada rumahtangga dia redup je, sejuk je mata memandang.. sebabnya mereka suami isteri teamwork sama-sama. Isteri masak, suami tolong basuh pinggang kemas dapur.. Isteri basuh baju, suami tolong sidaikan baju ataupun tolong gosokkan baju.. tengok anak-anak diorang macamana, semuanya berjaya..  sebab didikan yang baik hasil dari mak ayah yang baik, semua tu perlu dipelajari dari rumah mereka sendiri. Anak - anak tengok apa yang ibubapa mereka lakukan, mereka jadikan kita ni sebagai contoh mereka.


Ada tu, sampai isteri lari tinggalkan rumah tinggalkan anak-anak sebab tertekan. Lagi tertekan bila anak-anak buat perangai.. rasa tertekan kalau sampai tahap tak ingat tuhan tu jadilah banyak kes-kes mak dera anak kan. Walhal, kita tau takde seorang mak pun yang nak pukul dan dera anak-anak diorang.. haiwan pun tahu sayangkan anak tau. Tapi yang betul-betul buang anak tu, mungkin Allah dah hilangkan perasaan belas dan kasih sayang dia terhadap anak dia kot.. Nauzubillah mintak dijauhkan la gitu.


Setiap hari bangun dengan azam hari ni aku nak buat dengan lebih baik.
Setiap hari berdoa, mudahkan lah urusan ku ini.. elokkan lah perangai anak-anak ku harini.


Nak bekerja dari rumah pun fikir banyak kali, mana tak baru nak start buat kerja si abang dah nangis nak itu tak boleh buat.. baru nak mula masak, si adik menangis sebab abang tak bagi join dia main. Macamana lah mereka yang berjaya tu boleh manage masa mereka kan? Proud of them!


Honestly, saya rasa wife yang bekerja walaupun penat tapi at least mereka ada masa untuk diri mereka sendiri. Contohnya hari jumaat, rehat panjang kan? boleh kuar gi window shopping lagi.. alone without the kids! ataupun dengan colleague, seronokk kan camtu? lepastu balik rumah dah pening plak hahhaa..

Tu belum cerita kewangan lagi, jadi fully housewife ni tengok orang pakai barang cantik yang baru kita pun nak jugak tapi sebab kita tak mampu kita pejamkan mata jela. Hope ada rezeki masa lain ke kan.. tapi bila keluar kononnya nak beli barang untuk diri sendiri, last-last barang anak je lebih.. hahahahaha.


Actually, saya bukan merungut.. tak. saya bersyukur sangat sebab saya dapat peluang mengasuh dan menjaga anak saya sendiri. Tapi ni cerita untuk bagi orang faham.. kita duduk rumah bukan duduk saja-saja. Banyakk kerja kita nak buat, lagi-lagi datang idea nak deco rumah lah, nak try masak resipi baru lah.. semua tu kita nak buat tapi kadang banyak halangan.. yelah, bukan semua kerja tu senang.. kerja kan tak pernahnya habis. Cuma nak bagitau kat orang je, Hargai lah wife korang yang sanggup korbankan segalanya semata untuk keluarga yang dia sayang ni.. Jangan tanya kenapa wife kite berubah, dulu lemah lembut sekarang garang macam rimau.. sebab LETIH tau takk.. LETIH SEMUA BENDA KITA KENE JAWAB DAN KENE BUAT.

Jadi as wife jugak, bersabarlah.. jangan lah merungut dan membebel sampai buat orang lain terasa seperti beban pula.. Keep our words, jangan sampai Allah terkabulkan kata-kata kita tu plak. Satu hari tu kadang ada masa kita rasa tertekan yang teramat sangat lepastu meletup, kesian kat anak-anak jadi mangsa lepasan bom tu kan.. tapi lepastu menyesal sebab terlepas bom tu kat diorang yang tak faham apa-apa. Jadilah sesi mintak maaf nangis-nangis peluk cium lak tu..

Setiap hari kene peluk cium anak-anak tau walaupun hari tu kita ada termarah dia... Pelukan ni therapi jiwa jugak.. tu sebab husband kene selalu peluk wife sebab wife akan tenang lepas dipeluk..

hehe..

 

Share video Prof. Dr Muhaya ni semoga dapat menjadi inspirasi kepada kita.
InshaAllah.

We Can Do This!! 

 
Bookmark and Share

Wednesday, November 23, 2016

Resipi Kek Batik Cheese.




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


Tadaaa.
Ni banyak kali punya testing hokei.
Baru la jadi sesadap gini.



My friend bagi tips macamana nak bagi lagi sedap Kek Batik kita tu. 


Bahan-bahannya:

  • Biskut Marie
  • Butter
  • Milo / Vico
  • Chocolate favourite korang tak kisah lah cadburry ke, hershey ke.
  • Susu Pekat
  • Cream Cheese
  • Whippy Cream


Cara-caranya:

  1. Patah-patahkan biskut marie, letak tepi.
  2. Panaskan butter dalam periuk dengan menggunakan api yang kecil. Takut cepat hanguss. hahaha banyak kali tau jadi gitu. T_T' so bila butter tu dah cair sepenuhnya, masukkan susu cair. Ni depends korang la nak masukkan milo dulu ke susu cair dulu ke. lepastu kacau-kacau dan masukkan juga coklat Cadburry. (Ni ikut kuantiti korang, kalau nak wat banyak masuklah satu pack chocolate tu.. macam saya buat half-half. Milo pun letak dalam secawan je.)
  3. Tutup api tu pastu kacau je sampai cair. kalau macam likat sangat letak susu cair lagi. Pastu masukkan biskut Marie yang dipatah-patahkan tu.
  4. Masukkan semua tu dalam loyang empat segi atau bulat.. hempek-hempek tekan-tekan takpe biar patah biskut tu pun takpe.. ratakan kek batik tu dalam loyang tu tau.
  5. Untuk letak cheese tu pulak, gunakan half cream cheese tu masuk dalam periuk untuk di mixer kan. Masa mixer tu isi sket whipping cream tu biar sebati semua tu.. jangan lupa letak gula. Brown Sugar kalau ada pon sedap jugak. hehe
  6. Kalau korang nak letak pewarna pun boleh.. hehehe.
  7. Dah sebati tu, letak atas kek batik yang dalam loyang tu ratakan.. dah rata, tarbukan Milo atas dia. Nak tabur chocolate chip ke lain-lain pun boleh ikut sedap korang la kan selera korang. hehehe..
  8. Pastu masukkan dalam peti ais sejam dan da boleh makan..


hehehe.


Selamat Mencuba !!


Bookmark and Share

Monday, November 21, 2016

Tips menangani TANTRUM anak kita.




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Hurrmmmmmmm.
Memang sangat pening lah kalau anak kita Tantrum. Kalau sorang Tantrum pun dah pening dibuatnya ni apetah lagi dua-dua.. Nak-nak lagi Maryam ni punya melalak macam kene dera. haish.

So saya nak update la pasal tips menangani anak ketika anak Tantrum.


Apa itu tantrum pada bayi dan kanak-kanak?

Tantrum adalah LEDAKAN EMOSI pada bayi dan kanak-kanak. Jika diperhatikan dengan teliti, sikap ini terbahagi kepada 3 fasa yang boleh dijangka:
Fasa 1: menjerit
Fasa 2: hentak kaki, berguling atas lantai dan baling barang/toys (kemuncak)
Fasa 3: menangis dan merengek tersedu-sedu


Mommy daddy dinasihatkan tunggu sehingga fasa ketiga sebelum cuba memujuk .. 

Apa yang perlu dibuat semasa fasa 1 & fasa 2?

Mommy daddy cuba abaikan perasaan marah mommy daddy, cakap baik-baik dan sabar, your child tantrum will go away. ðŸ˜‰ Yang paling penting, jangan siram minyak pada api yang marak .. amukan akan jadi lebih lama ðŸ˜‚

Semasa fasa 1 dan 2, anak tidak boleh berfikir secara logik (reasoning is futile), maka jangan bagi ceramah panjang-panjang masa ni. Hanya perlu bagi arahan yang spesifik "sit down", "go to your room", "be quiet".. BUKAN arahan yg samar seperti "be good".




Bagaimana nak deal dengan tantrum?
1. Bila anak tantrum depan orang ramai:

Pasti perasaan malu dengan orang ramai menyelubungi mommy daddy kan? Mesti mommy daddy rasa mak ayah yg bagus adalah mempunyai ANAK YANG WELL-BEHAVED kan? Dan mommy daddy mula rasa org ramai tengah pandang negative kat mommy daddy. OH TIDAK! Jangan sesekali berfikiran begitu, whenever we're negative, we interpret other people perception of us as negative. Maka, berfikiran positif lah mommy daddy ðŸ˜‰

Apa yg yg mommy daddy perlu buat adalah BERTENANG, EXCUSE YOURSELF, TINGGALKAN TEMPAT BUAT SEKETIKA (pergi kereta, pergi keluar, tunjuk burung atau langit atau buat apa saja yang boleh distract anak mommy daddy).

2. Explain awal-awal masa mood dia tengah ok:

Utk elakkan anak tantrum tak dpt toys: "Ok Adam, kita nak pergi keluar jalan-jalan kat Alamanda, hari tu Adam dah beli toy kan, so hari ni no more toys ok? Toys boleh beli once in awhile je"

Atau

Utk elakkan tantrum tak dapat candies and chocolates: "Adam, too much candies and chocolates are really not good for you, Adam still ingat tak your poo poo stuck hari tu? Sakit kan? That's why we cannot eat chocolates all the times ok, kena makan healthy food je mcm nasi, fruits, salmon, chicken. 

3. Seboleh-bolehnya jangan "cair" dengan kehendak anak.

Contoh: anak tantrum sebab nak gula-gula, sebab nak suruh diam, kita beli je.. tiga kali kita beli, dia dah set dalam minda yang "ooo aku jerit-jerit je mesti dapat gula-gula, boleh buat lagi lah taktik ni".. remember mommy daddy, our kids are smart on their on way, maka bentuklah mereka untuk jadi smart dalam cara yang baik. ðŸ˜Œ

4. Selalu ingatkan diri untuk BERTENANG.

Walaupun dalam jiwa dah berapi, rasa malu dan hilang sabar, ingatkan diri "aku takkan ikut perasaan marah ni sebab perasaan ni takkan selesaikan masalah tantrum ni pun" dan ingatkan diri bahawa Allah telah memberi nikmat anak dan mommy daddy bertanggungjawab untuk membesarkan anak dengan cara baik, bukan cara kasar ðŸ˜Š

5. Selepas tamat fasa tantrum kedua, (rujuk gambar APA ITU TANTRUM), offer pelukan (pelukan ibu bapa kepada anak sangat dapat memberi ketenangan).

"Mama tau Adam rasa sedih dan marah, perasaan tu normal. Tapi Adam kena faham yang mengamuk-ngamuk ni tak bagus ok? Come hug mama, apa Adam rasa tadi? cuba share dengan mama".. 

Atau

Jika berada di rumah, baring bersama-sama anak ketika tangisan mereka sudah reda kerana ada kajian mengatakan apabila kita baring, adalah lebih mudah untuk mengawal perasaan emosi marah (untuk mommy dan anak sekali ðŸ˜‰so dua-dua tak marah dah hihi)

6. Mommy daddy sebagai role model.

Maka janganlah selalu mengamuk-ngamuk depan anak, kerana mereka sedang melihat, serap, simpan dan buat..

Orang besar juga ada tantrum, yang penting adalah cara macam mana mommy daddy kawal temper mommy daddy, orang melayu panggil "panas baran".. ðŸ˜Š



Umur berapa selalunya tantrum ni?

Sikap ini NORMAL dari umur 18 bulan sehingga 4 tahun. 

Tantrum is normal but NOT every day especially yang sudah melebihi 4 tahun. Jikalau tantrum makin kerap dan kronik apabila anak mommy daddy meningkat usia, mommy daddy boleh lah bawa berjumpa doktor atau yang pakar untuk rule out psychological issues.


Tantrum terbahagi kepada TIGA jenis:

1. Attention Tantrum - 

(A) berlaku apabila anak anda sedang bermain dengan aman, tiba-tiba terlihat anda bercakap dalam telefon dan terus mula mengamuk kerana inginkan perhatian.

(B) mommy daddy sedang seronok bersembang husband and wife dan anak tiba-tiba menangis nak itu dan nak ini.


2. Tangible Tantrum - 

(A) berlaku apabila keinginannya tidak dipenuhi, contoh nak beli toys atau surprise egg tapi mommy daddy tak belikan.


3. Command Avoidance Tantrum - 

(A) berlaku apabila anak mommy daddy taknak buat apa yang disuruh. Sebagai contoh, mommy daddy suruh mandi, dan mereka mula tantrum. 

(B) mommy daddy minta kemas toys yg bersepah-sepah, mereka mula tantrum.


***


Semoga bertabahlah ibu-ibu sekalian, cepatlahhh tamat fasa tantrum budak budak ni... ummi pun nak transform jadi hulk dah ni rasanya.. tapi biasanya kalau kat rumah sendiri bila dia tantrum tu ummi pekakkan telinga je laaaa... T______________T'



Bookmark and Share

Thursday, November 17, 2016

Kreatif sangattt !!!




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Dari kotak dan kertas yang tak pakai dibuang, if korang kreatif boleh tukar jadi mainan anak-anak korang la.

tapiiii


emak dia pun tak berapa kreatif nak buat macamni.
*
*
*




Ni macam custom je.. cantik semacam.









Alahaiii
bila la nak jadi kreatif macamni.
T___________T'

nak beli tak mampu. sobs sobs.


Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis