Wednesday, November 23, 2016

Resipi Kek Batik Cheese.




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


Tadaaa.
Ni banyak kali punya testing hokei.
Baru la jadi sesadap gini.



My friend bagi tips macamana nak bagi lagi sedap Kek Batik kita tu. 


Bahan-bahannya:

  • Biskut Marie
  • Butter
  • Milo / Vico
  • Chocolate favourite korang tak kisah lah cadburry ke, hershey ke.
  • Susu Pekat
  • Cream Cheese
  • Whippy Cream


Cara-caranya:

  1. Patah-patahkan biskut marie, letak tepi.
  2. Panaskan butter dalam periuk dengan menggunakan api yang kecil. Takut cepat hanguss. hahaha banyak kali tau jadi gitu. T_T' so bila butter tu dah cair sepenuhnya, masukkan susu cair. Ni depends korang la nak masukkan milo dulu ke susu cair dulu ke. lepastu kacau-kacau dan masukkan juga coklat Cadburry. (Ni ikut kuantiti korang, kalau nak wat banyak masuklah satu pack chocolate tu.. macam saya buat half-half. Milo pun letak dalam secawan je.)
  3. Tutup api tu pastu kacau je sampai cair. kalau macam likat sangat letak susu cair lagi. Pastu masukkan biskut Marie yang dipatah-patahkan tu.
  4. Masukkan semua tu dalam loyang empat segi atau bulat.. hempek-hempek tekan-tekan takpe biar patah biskut tu pun takpe.. ratakan kek batik tu dalam loyang tu tau.
  5. Untuk letak cheese tu pulak, gunakan half cream cheese tu masuk dalam periuk untuk di mixer kan. Masa mixer tu isi sket whipping cream tu biar sebati semua tu.. jangan lupa letak gula. Brown Sugar kalau ada pon sedap jugak. hehe
  6. Kalau korang nak letak pewarna pun boleh.. hehehe.
  7. Dah sebati tu, letak atas kek batik yang dalam loyang tu ratakan.. dah rata, tarbukan Milo atas dia. Nak tabur chocolate chip ke lain-lain pun boleh ikut sedap korang la kan selera korang. hehehe..
  8. Pastu masukkan dalam peti ais sejam dan da boleh makan..


hehehe.


Selamat Mencuba !!


Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis