Thursday, November 23, 2017

PAMPERS / DIAPERS STACKER


Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




Meh saya ceritakan sedikit pampers stack ni kegunaannya apa..

Selalu tak, korang beli pampers lepastu nak koyakkan plastik tu kadang terkoyak besar lah, kadang terkoyak kecik.. kalau terkoyak besar plak, berterabuh la pampers pampers nanti jatuh.. tapi kalau kecik plak susah nak tarik dan ambil..

Kemudian, kalau plastik pampers tu kita terlupa nak simpan.. habiss anak anak kita sepahkan pampers di lantai.
hihihi

selalu tak jadi kat korang??

Jadi..

saya belajar cara nak jahit diapers stack ni.. ada banyak design lain tapi dah SOLD.
Ada tiga ni je masih belum terjual..

Line tengah tu korang boleh masukkan pampers dalam tu.

Satu ni, inshaAllah boleh muat dalam 30+ keping pampers.
Jadinya.. ia akan teratur dan senang untuk dicapai.

Boleh gantung tempat tinggi.
Tombol pintu ke, tepi katil ke.




Kalau berminat boleh hubungi saya di nombor tetera tu.

Saya akan update design baru di masa akan datang.



Bookmark and Share

Monday, October 2, 2017

Sewing Tutorial - Part 1




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Naaaaaaaaaaaaahhhh

Hamek!

hihi

Tunggu masa je nak try buat semua ni.. eh, takde la semua. hahahaha








Benda ni yang dah lama nak beli dulu, so jumpa jugak tutorialnya. yahuu










(ho yang ni renyah cara nak buat)

 Klik sini.



Simpan dulu idea idea ni, ada kain cun boleh jalan.


Wish Me Luck!

aha.

Bookmark and Share

Wednesday, September 13, 2017

Resipi Nasi Ayam





Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Sorry korang.. kita banyak malas nak update. lagipun takde benda nak dikongsi.
Ada jugak tips nak share tapi kekangan masa nak update ni kurang.

Anak banyak peel dah.

So today.
saya nak kongsi resipi nasi ayam dari kawan kerja saya dulu..
Ikut resipi dia, fuuhh.. menjadi nasi tu. First attempt saya buat dulu nasi tak jadi. hahahhaha.. 

ok saya share bahan bahannya dulu.

Bahan-bahannya:

👉 Kayu manis, Bunga Lawang dan Bunga Cengkih
👉 Marjerin
👉 Halia, Bawang Merah dan Bawang Putih
👉 Cube ayam
👉 Ayam
👉 Tomato
👉 Cili giling
👉 Beras
👉 Kunyit
👉 Sos Tiram, Sos Tomato dan Sos Cili.

Cara pertama untuk nasi :

🍈 Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
🍈 Tumis Kayu Manis bersama rakan-rakannya dengan menggunakan planta/marjerin dan masukkan bawang yang ditumbuk halus tu.. kacau sekejap.
🍈 Masukkan air dan ayam.
🍈 Masukkan cube ayam dan biarkan mendidih sekejap.
🍏 Bila dah mendidih tu, asingkan ayam dan tapis bawang dan rempah tadi tu.. (saya recyle balik bawang-bawang yg ditumis tu).
🍏 Basuh beras campurkan garam secukup rasa dan sedikit rempah kunyit untuk bagi warna nasi tu kuning kemudian bila air rebusan ayam tu dah sejuk sukat dalam beras tu dan masak la.


Cara kedua untuk sup pula:

🍏 Tumis semula bahan yang ditapis dari rebusan ayam tadi dengan gunakan minyak (saya guna minyak olive)
🍏 Dah tumis tu masukkan air dan pati ayam.
🍏 letak daun sup dan bawang goreng.
🍏 Pilihan sama ada nak isi ayam dalam sup tu atau letak kentang.. terpulang lah pada korang. Bagi saya, saya letak kentang je sebab kami ni 'gila kentang' hahahahhaa


Untuk resipi Ayam pulak.. terpulang bagi korang nak buat cara mana.. saya ikut senang je goreng dah hahahaha.. tapi resipi kawan saya ni, ayam tu dia buh black pepper + sos tiram dan kicap pekat..Perap dahulu kemudian goreng.. jadi lah ayam tu gelap gulita.. ada yang guna oven.. tapi part tu saya belum jumpa resipi lagi. ekekekeke.


Eh sebelum tu, ada lagi..


Sos cili pulak..
Sos cili ni resipi saya lah sebab saya tak suka pedas sangat..

Caranya:

🍏 Hancurkan tomato dan tumbuk bawang putih.
🍏 Panaskan minyak sikit, masukkan bawang putih tumis sampai macam nak kering tu masukkan tomato yang diblend tu kacau.. pastu masukkan satu sudu kecil cili giling..
🍏 Masukkan sikit sos tiram, sos tomato dan sos cili.
🍏 Kalau macam likat tu letak air sikit.


Ok itu saja..
SELAMAT MENCUBA!!



Bookmark and Share

Tuesday, September 12, 2017

Pasta tanpa Preggo




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.






Harini saya nak kongsi Rahsia masak Pasta tanpa gunakan preggo. Ok nak list kan bahan-bahan dia dulu.


Bahan:
  1. Pasta 
  2. Minyak masak
  3. Tepung Gandum
  4. Bawang Putih & Bawang Merah
  5. Tomato / Cili Merah / kedua duanya
  6. Susu Segar / Susu Cair
  7. Cheesedale
  8. Sayur Brocoli (kalau takde letak jela sayur apa apa hahaha)
  9. Air
  10. Garam
  11. Rencah : ayam atau daging, pilihan.


Cara Masak pulak:

  1. Rebuskan pasta dahulu, toskan dan letak tepi sat.
  2. Panaskan kuali, saya biasa guna olive oil kalau masak pasta tapi minyak lain pun sokeh. :D
  3. Masukkan daging atau ayam goreng kejap..pastu masukkan bawang merah yang dah dipotong dadu tumis kejap dan tumis bawang putih yang dah ditumbuk halus juga cili yang dah dihiris.
  4. Letak garam secukup rasa.. agak agak warna dah oren oren tu masukkan tepung gandum satu sudu besar.
  5. Masukkan susu segar sikit kacau rata dan letak Cheesedale.
  6. Kalau macam pekat tambahkan air sikit.. kacau kacau masukkan pasta yang dah direbus tu.
  7. Masukkan Sayur-sayur dan tomato dah dipotong dadu. Kalau rasa macam pekat lagi tambahkan air lagi sebab nanti dia akan kering kalau dah sejuk.
  8. Dah siap boleh hidang dan makan..




Bookmark and Share

Friday, August 25, 2017

Kahwin memang mudah, tapi tak semudah nak kekalkan perkahwinan.




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.






Mashaallah..
Subhanallah..

Zaman sekarang, cabaran dan ujian sangat kuat.. kalau kita lemah, habislah binasa...
:'(


Sedih betul la..
Kahwin cerai macam benda biasa je dikalangan kita sekarang ni.
Apetah lagi artis.. tapi yang bukan artis pun ada jugak turun naik mahkamah.

Allahh..
Saya tak nak komen pasal rumahtangga orang.
tapi apa yang terjadi sekarang ni, buatkan saya takut.. takut jika saya tewas dalam ujian ni.


Nauzubilahiminazalik!!


AIB


Punca banyak punca boleh jadi macamni.
Salah satu nya AIB. Tolonglah jaga AIB sendiri dan AIB pasangan kita.
Luahkan pada yang Esa.. bukan di dinding facebook kita.
Semua tu tak membantu langsung..


Bagi para wanita, katanya sebelum nak rumahtangga nak cari bakal suami yang boleh jadi imam, yang boleh bimbing kita tapi sedar tak bila suami tak izinkan kita post gambar selfie kita kita dah hangin.. bila suami tak izinkan keluar rumah tanpa suami teman kita dah memberontak.. bila suami larang bercantik cantik di luar rumah, marahkan pula suami tu sebab terlalu mengongkong hidup isteri.. tanpa kita sedar dari kongkongan itu lah mengelakkan para isteri dari jadi bahan fitnah..


Cantik untuk suami, tapi apa motif post ke sosial media?

Tak salah nak cantik, tapi jangan berlebih lebihan.
Sama juga suami.. sama sama la kan.


Lelaki zaman sekarang tak semua yang celik agama, sama juga wanita.. tapi bila diberitahu akan kebenaran agama islam itu sendiri ada yang tak boleh terima dan tak mahu ikut..

Tak solat punca keretakkan rumahtangga.

Majoriti kita boleh lihat, Stadium pukul 7 dah penuh umat.. konsert konsert sebelum pukul 7 pun dah penuh umat. jujurnya mana nak solat jika begitu?? Masjid tak penuh pun orangnya.


Aurat.


Nampak je remeh, tapi menjaga aurat tu kan tuntutan agama yang Allah perintahkan ke atas orang perempuan. Tapi perempuan sekarang ambil mudah, baik yang muda yang tua sama je...


Mulut


Mulut banyak kene jaga.. kalau tak mampu nak berkata benda baik lebih baik berdiam diri.. kata kata juga sebuah doa juga.. Jadi belajarlah berkata yang baik baik mulai dari sekarang, jika kita mendoakan yang tak baik pada orang lain takut takut lain hari Allah swt balikkan doa yang tak baik tu ke kita.. nauzubillah la kan.


Sejujurnya.. bukan mudah kan nak kekalkan perkahwinan ni.
Kadang tengok Majlis Kahwin orang lain gah pelamin indah tersergam tapi tak sayang ke kalau perkahwinan tu mampu bertahan setengah tahun atau pun sebulan dua je??

Ape perasaan tengok gambar kahwin yang lawa lawa tu sweet romantik pelok cium tu tapi kekalnya sementara je? sedih tak? malu tak? Masa baru kahwin ditayang hari hari gambar kahwin tu.. tapi bila perkahwinan diuji mula nak cerita keburukan pasangan sendiri..

Tipulah saya tak pernah buat, tapi alhamdulillah ada juga kawan yang menegur.
Berbalik pada Allah swt.. kita minta tolong dia untuk tolong kita.
Kita jaga hubungan kita dengan Allah, inshaAllah Allah jaga pula hubungan kita dengan manusia lain..


Akhir sekali, pesanan saya..

Bersederhanalah dalam kehidupan kita.. sebab kita tak tahu masa depan kita macamana..
Nak sayang orang, jangan sayang berlebih lebihan risau di masa depan kita paling sakit dibuat dia..
Nak pamer bahagia, jangan terlalu sangat takut di masa depan kita jadi merana.
Bersederhana la selalu.


ZUHUD
Satu corak kehidupan insan Mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia sambil berusaha meninggalkan perkara yang tidak baik

TANDA TANDA ZUHUD


  • Tidak terlalu gembira apabila mendapat sesuatu dan tidak pula terlalu sedih apabila kehilangan sesuatu.
  • Sentiasa memandang sama kepada orang yang memuji dan mencela.
  • Sentiasa berasa tenang ketika beribadat dan hati sentiasa terdorong untuk membuat amal makruf,



Saya hanya manusia tak lari dari kesilapan.. wallahuaklam.

Bookmark and Share

Monday, August 7, 2017

Saat itu akan berlalu.. kita pasti akan rindukan mereka.





Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




-------------------------------------------------------------

Bila tengok anak-anak tidur, sedih je ingat apa yang mereka lalui siang tadinya.
Kadang-kadang kena marah, kadang-kadang kena jerkah. Tapi mereka stay cool. Lepas 1 minit, happy semula.

Esoknya, loop yang sama berlaku lagi. Mereka main, menyanyi, berlari, melompat dan sebagainya. Kadang-kadang kita marah lagi, jerkah lagi.

Loop ini berterusan sehinggalah sampai 1 hari, dia tidak lagi menyanyi-nyanyi depan kita.
Tak lama lepas itu, tidak lagi melompat-lompat atas sofa dan katil.

Tak lama lepas itu, tiada lagi berlari-lari 2 beradik dari ruang tamu masuk bilik masuk dapur sampai jatuh bunga kita.

Rupa-rupanya mereka dah besar. Peluk pun tak nak dah. Tak nak dah dicium puas2 seperti dulu. Rimas dah didukung2 seperti dulu. Segan dah nak diajak baring dipangku sambil kita baca-baca.

Tiada lagi memory hancurkan bilik air. Tiada lagi budak kecil habiskan syampu dan shower cream sebotol. Tiada lagi kes berus gigi semua dimasukkan dalam bowl.
Bila masa itu tiba, kita pula yang rindu.

Saya pun sama, kadang-kadang rindu pula moment2 Uwaees sikit-sikit nak letak pipinya dengan pipi saya.
Alhamdulillah dia masih setia minta saya pegang tangannya selalu.
Nanti bila dah sekolah, duduk pula asrama, mesti lagi sunyi kan..
Sumber:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1906501802896124&set=a.1427193250826984.1073741829.100006089680434&type=3&permPage=1  

 
 
Tsk tsk.. sedih pula baca post ni.
Tipulah kalau kata saya tak pernah jerkah anak, tak pernah marah anak, tak pernah pukul anak..
Itu adalah normal.. tapi saya cuba. cuba tak selalu jerkah, tak selalu marah tak selalu pukul..
kerana saya sedar semua perbuatan itu bakal menjauhkan dia dari saya..
Tegur perlu dengan kasih sayang..

Dan saya akan lalui saat ini..
Saat dimana saya akan lihat anak saya membesar, melihat mereka ke sekolah.. melihat mereka bergaul bersama rakan rakan mereka..

Cuma saya doakan.. walau di mana pun mereka berada, semoga hati mereka sentiasa terpaut pada Allah swt.. jika mereka ingatkan Allah swt inshaAllah mereka akan ingat saya dan suami.. biar jauh mana pun mereka pergi, tapi di hati tetap ada saya dan suami.

Pesanan saya pada ibu bapa diluar sana,
Tolonglah luangkan masa dengan anak-anak.. walau sibuk mana pun kita.. carilah masa untuk wujudkan kita dalam kehidupan anak anak kita.. sedih kan tengok berita sekarang, anak sanggup pukul ibu sanggup bunuh ayah.. dari sudut ni, kita hanya salahkan anak semata tapi tak cari dari mana punca semua ni. Dalam kita membesarkan mereka kita adalakalanya alpa dan leka dengan dunia.. mencari rezeki tanpa putus dan tak perasan kita telah menjauhkan diri kita pada mereka semasa mereka kecil. Bila mereka membesar dan melebihkan orang luar dari keluarga sendiri, maka jadi la berita berita tak sedap dengar..


Saya menulis berdasarkan dari penglihatan.

Mari cuba amalkan..


Bookmark and Share

Saturday, July 15, 2017

Red Velvet Cookies!




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




Wahh ini macam sedap.
Rujukan akan datang, rajin boleh cuba hahahaha ;p






Bookmark and Share

Thursday, July 13, 2017

Resume banyak muka surat??


Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




Resume korang dalam format Microsoft Words lagi?
Lepastu, banyak pulak page sampai nak dekat 10?
Template biasa je.. ada tu takde template pun.

Ok,

Kalau tak tau nak design Resume nampak cantik dan kemas serta kurangkan jumlah muka surat.
Saya boleh tolong.

:D

Meh tengok contoh contoh saya dah buat ni.












Yang tahu design tapi takde masa nak design pun boleh..

Saya charge harga RM15 untuk satu design.
Apa yang saya bagi files JPEG, PDF dan convert ke Microsoft Words format.

Mudah untuk korang edit.

Jika berminat, korang boleh email saya di sini : kedinkyst87@gmail.com
Atau boleh wasap saya http://designresume.wasap.my/


TQ!



Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis