Monday, March 13, 2017

My Life as a FULLTIME Housewife!




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


Alhamdulillah.. setiap rahmat kurniaan Allah swt.
Yep. Fulltime Housewife.

Indah kan bunyinya..


Hakikatnyaa.. hanya mereka yang lalui saja yang tahu.
Kalau yang bekerja pun sama juga letihnya.. and bagi saya rasa lagi extra la letih balik kerja kene uruskan rumah dan anak-anak pulak. TAPI yang bekerja tu ada reward untuk diri sendiri tiap hujung bulan kan? hehe

Kalau anak masih kecik lagi super EXTRA penat tau tak.

Masa dia Baby tu yela seronok laa kita nak keje ape pun. Dia baring je, golek sana golek sini.
main je toys dia tu.. tapi bila dah besar dah melasak.. ya ampunn.. penat mengemas benda yang dia punggah tu je.


Ok nak cerita dari awal pagi sampai la ke malam.

H&M ni memang bangun awal, masa kecik baby tu automatically semua baby pun bangun pagi kan? bila nak solat subuh tu diorang dah bangun muke selebet tengok saya solat dan saya jadikan kebiasaan kejut mereka bangun pagi. So that senang nak suruh tido petang.. ala orang kata ape tu "Take A Nap" gitu la. hehe

Then, bila Hanif makin lasak dan saya pun manjang la sakit badan bagai.

So tak kejut la siap join tido skali.. lepastu nak masak lunch stress semua kelaparan.
T__________T'


Mengeluh jela kejenya.. astaghrafirullah.. penat la.. kalau korang alami korang faham la penat dia macamana.. kadang baru nak landing baring, dia mintak susu la, pampers ada taik la. Ya Rabbi, takde time kita nak rehat sekejap ada je point dia nak suruh kita itu dan ini. (Ini bukan sejenis mengeluh, tapi nak bagitau memang peringkat kanak-kanak usia macamtu memang suka buat perangai macamni kan.. betul tak?)

So, saya planning balik kejut dorang bangun subuh balik.. penat camne pun cuci muka bangun buat breakfast untuk husband pegi kerja dan bagi dorang makan mandikan siap-siap..
Sambil tu kain baju masuk mesen basuh la cuci..




Ok ni perihal mesen basuh baju pulak..
Bilik air ketiga rumah ni jarang digunakan so saya mintak husband letakkan mesen basuh..
semua barang-barang dalam rumah ni memang dah sedia ada.. lama tapi masih boleh pakai,
Bersyukur la jugak walaupun da season. hehe

tapi season pun manual isi air tau, sebab paip tak tukar lagi. Lepastu bilik air ni kat tingkat atas pulak tu
T_____T


Nampak dia punya manual..
so memang gigih sikit la, masa masak kat bawah ni duk layan mesen ni kat atas.
masa isi air tu buka la penutup dia.. nanti dia bunyi bila air da sampai level.

Bayangkan hari hari macamni turun naik tangga.
TAPI BADAN TAK KURUS JUGAK MACAM DULU T____________T
sadissssssssssss tau ngak!

So pagi-pagi basuh baju tu.. saya layan la tilam kejap. sementara budak budak ni buat keje dia dalam bilik ni.. Ada sekali tu, masa saya mandi diorang bekerja tau tak.. dipunggahnya kain baju dalam almari.. kosong almari tu dikejekan.. ehsss sabar jelah tau! tapi kalau dah boring tu, kita bangun tido tu tengok dua dua da kat sebelah kita. TIDO! alahai  nikmat kan bila dorang tido.. kita ada TIME untuk diri kita.. Mase tu laju la kemas rumah,sidai baju, sapu lantai, mop lantai semua.. keluarkan lauk dari fridge untuk masak tengahari.

Then, bila diorang dah bangun kemas katil ajak diorang turun bawah.
(kadang turun bawah pun ada drama..isk)


Bilik ni pun nak tengok kemas seminit pun payah.. seminit je tau. Kalau siang, boleh la sebab lepas dorang dah turun bawah memang tak naik atas melainkan masa saya sidai baju kat balconi tu dorang bekerja la sama mengemas balik. hahhahaha


Bila kat bawah, saya pasanglah video mengaji ke kartun ke. Sambil tu saya berperang plak masak untuk lunch.. Ada time stress bila kita kat dapur si abang ni membuli adik.. da jadi la drama, adik pulak melalak peluk kaki kita.. kalau biar dia masuk dapur habis barang kat dapur dia kejekan. layanjela kan janji diam. Setel masak bagi dorang makan.. Dah kenyang tu dorang main-main kalau ngantok tido.. tak ngantok, nan hado la nak tido. hahaha

Jadi time lepas lunch sampai petang tu ada masa FREE sikit nak update blog ke, buat deco ke.
Tapi tak sehari hari dapat peluang macamni hokei.
Kalau time adik tu buat hal, merengekk aje nak kita duk depan dia je. Kadang sampai stress jadinya, asal bangun nak solat pon dia melalak menjerit bagai..

Tah kenapa lah jadi macamtu.. kadang hilang sabar saya dibuatnya.

Bila petang baru la bertungkus lumus sikit kemas mainan diorang tu.. ajak la skali. ayat power selalu saya pakai.. "kemas.. kemas.. kemas.. kemas.." tu je repeat sampai Hanif pun ikut sama cakap kemas kemas tu. tapi dia kemas mana dia rasa nak kemas jela.. pandai plak pilih yang sikit yang banyak tu kita plak yang kene bhahahhahahahaaha

Bila husband balik, makan sama-sama. Naik atas mandi la wangi-wangi.. ready untuk Maghrib.
Rutin malam lepak kt bilik je.. macam dulu, saya bagi dia tengok Ipad.. tapi bila fikirkan tantrum dia mengganas kalau bagi Ipad so saya dah tak bagi langsung dah sekarang. Dah siang hari hadap kat Pc sampai malam pun nak bagi lagi ke? Kadang dia da jadi ketagih benda alah tu.. 

Masa malam tu gunalah seeloknya.. layan diorang main sama-sama.. ada time bila saya banyak sangat main phone nanti si kecik Maryam tu tarik tangan saya.. ada kadang diorang buat hal la semata nak curi perhatian saya.. campak phone ha hambik layan la sampai mengkikik ketawa. Bila diorang ni bangun awal, senang tido awal.. lepas isya' tu dah tido.. kadang nak ajak tido pun banyak la drama bersiri diorang ni buat.. hahahahaha


Itulahh rutin harian saya. Malam tu la lipat baju, gosok baju.. tapi biasa lipat baju tu tengok time la bila diorang ni da tido baru lipat kalau tak..hurm... kalau gosok baju tu ok lagi, dia main la hanger tu sementara kita tengah gosok ni. Oh part dia kacau kita gosok baju ni pun ada.. masa mula mula tu dia sebok nak pegang Iron ni.. kita marah kata panas.. dia buat jugak. dan satu hari, saya tak marah tapi saya cakap.. "panas.. panas.. panas.." repeat banyak banyak. Dia pegang, terkejut la kan panas dan tangan sakit.. masa tu saya bagitau.

"Ummi dah cakap kan panas, nak jugak pegang.. sakit tak?" Sambil gosok tangan dia.

Sekarang diorang dah faham.. kalau kata panas, jangan sentuh. haha

Banyak la jugak benda saya praktikkan dengan merepeat perkataan yang buat diorang belajar dan faham, bila kene dan takkan buat lagi.. Alhamdulillah, bukan nak puji anak sendiri tau tapi ramai sedara kata kat saya..

(MashaAllah) "Eh, baik betul la anak kau ni..", "Alahai, pandai nye dengar kata pulak tu.."


*Padahal diorang tak tau kalau bebudak ni buat hal.. ya rabbiii tuhan je tau stress nye macamana..*

HAHAHAHAHA!


Saya cuba sebaik mungkin untuk jadi yang terbaik, kadang kita sedih la sebab tak dapat buat yang terbaik untuk mereka, sebab kita nak melentur anak biar dari kecik.. beri contoh dan tauladan yang baik sementara tu kita juga perlulah sama-sama berubah jadi baik kan..

Walhal saya tau, kadang ianya sangat sangat sukar untuk dilakukan!
sebab kita tak sempurna, tapi tak salah mencuba kan..


So, macamana rutin harian Fulltime Housewife korang pulak? hehe
Boleh la kongsi.. mana tau ada yang saya boleh ambil dan praktikkan pada rutin saya pula. hehe




Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis