Monday, March 27, 2017

What's in H&M's bag?




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Well, I call it as a MakeUp Bag.. sebab lepas mandikan diorang saya akan apply semua ni kat diorang.



Ni dah tukar kecik da, kalau dulu.. besar sikit sebab letak lotion la, bedak la.. segala bagai hahaha 
Lotion ada tapi jarang la guna nak tido tu pakai.. bedak pun malas nak pakai. hehe

Ok, meh saya nak review sikit barang-barang baby yang saya guna untuk anak-anak saya.
Actually, banyak lagi tapi yang banyak tu malas nak tepek da saya just guna untuk yang penting ajela.



1. Krim Zambud.

Kenapa saya simpan Krim ni? sebab krim ni macam-macam kegunaan.
Masa saya kecik dulu pun Ibu saya gunakan krim ni kat saya..
Krim ni, in case anak kita jatuh ada benjul dan lebam.. just apply je krim ni kat tempat yang lebam dan benjul tu.. inshaAllah lepastu nanti dia surut slow-slow. So far, krim ni mujarab kat mereka.. saya pun guna juga kadang.. dan Kalau H&M kene gigit nyamuk pun saya sapu jugak.

Oh Krim tu kak sedara beli kat Thailand kot dia bagi Ibu.. Ibu jarang guna saya ambil la sebab yang krim lama dah habis. hihihi ;P



2. VapoRub

Actually, last guna Krim ni masa Hanif 2 bulan kot.. sebab terbaca somewhere kononnya Krim ni tak elok untuk baby.. Then, masa Hanif demam batuk teruk haritu. Doc suggest untuk sapu Krim ni kat dada dia untuk clearkan penafasan dia yang tersumbat tu. Alhamdulillah, masa dia nak tido tu sapu lena dia tido sampai pagi.. kalau hidung tersumbang pun boleh la sapu kat dada dan dahi sikit.



3. Minyak Yuyi Cap Limau

Minyak ni femes kan turun temurun.. Masa Hanif je dulu guna, tapi kat Maryam tak guna pun sebab pernah guna sekali lepas mandi da lap-lap badan pastu sapu lah minyak ni.. tiba tiba kulit perut dia merah.. dia menangis kepanasan.. so saya assume minyak ni tak sesuai untuk kulit dia.. dua kali jugak pernah try.. dua dua tu dia panas. even saya letak sikit je.

*tu tinggal sikit bukan sebab guna, tapi sebab tumpah.. hahaha tapi memang simpan dalam bag tu sebab Walid dia perut angin mintak minyak ni kadang..*


4. Minyak Herba Asmak

Ok, minyak ni pun best. Bau herba sedap.. saya apply kat Maryam kadang dia lendir lendir dengar nafas tu.. Memang mujarab jugak ubat ni.. lagi-lagi kalau dia ada selsema or batuk yg baru nak start kene tu.. sapu tu kerap kali. Malam dah ok dah. Alhamdulillah.



5. Minyak Mestika

Minyak ni MIL saya bagi.. dari Hanif lagi dia bagi.. baik untuk kembung perut. Sampai sekarang pun masih lagi sapu kat dada dan perut Hanif lepas mandi.



6. Krim Klinik

Krim ni dapat kat Klinik masa Hanif demam dulu.. sebab bagitau Doc, Maryam ni kene macam gatal-gatal.. kalau sapu krim lain kat tempat tu esok tu kene kat tempat lain.. macam bintat-bintat tu. Doc cakap kulit Maryam ni sensitif.. so dia bagi krim ni tak tau la nama apa.. lepas sapu tu hilang dah takde lagi gatal-gatal bintat yang beralih alih ni. Saya just stand by je la krim tu dalam bag ni in case ada kene gigitan lain lak kan.



7. Minyak Baby Oil

Minyak ni pun da habis da hahha kene refill lupa je.
Minyak ni saya sapu kat rambut diorang lepas mandi.. lembut je cantik berkilat rambut diorang.



8. Magnolia

Minyak ni mahei tau sebotol. Jarang guna in case kalau ada jatuh or luka sikit. Sapu kat tempat luka tu nanti inshaAllah luka tu cepat kering.



9. Sikat

Sikattt.. sikat ni ada dua. Satu sikat biasa ngn sikat kutu.. Kadang kan, kalau tengok dia terkeruk keruk kepala tu, masa mandi lepas shampoo kan kepala tu sikat la guna sikat kutu tu kot kot ada sangkut seko dua kutu.. Masa mandi lepas shampo tu ada la kutu tu kadang.. 




10. Sudocream

Ok ni patutnya yang first, tapi tertinggal gambar ni hahaha
Krim ni pun bagus.. untuk gatal dan ruam. Selalu kat ontot tu kene ruam sebab pampers atau berak-berak.. lepas cuci, keringkan bahagian tu sapu la. Kalau ruam tu tebal, saya sapu banyak sikit.. then lepastu kulit dia da elok da.. Ada jugak krim lain yang elok yang kawan-kawan saya guna. Krim Bepathern.. Sudocream ni saya dah guna dari Hanif lagi.. memang berkesan. Habis je refill dan memang ada je simpan dalam bag makeup diorang ni. hehehe


Ha ok, itu sajalah yang saya dapat review.. kalau ada apa-apa lagi yang elok dan best saya akan review lagi.. 

Thanks for reading!

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis