Monday, April 10, 2017

Homemade Ice Cream!




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




Tadaaaa..


Lama dah nak buat project ni, tapi perangai M menular aje.
iishh geram tau!

so malam ni, gigihkan juga buat memandangkan H&M dah baik demam.
so Ummi belanje aiskrim.



Bahan-Bahan dia.


Kurma. Buang biji. Tak kisah nak letak berapa banyak.. saya letak dalam 5 biji dalam ni.


Sebijik Apple Merah dipotong empat segi kecik-kecik dan Yogurt.

Masa blend tu, masukkan air putih sejuk dari Fridge tu. Isi Half lepastu blend sampai halus.

Dah sudah blend masukkan dalam bekas aiskrim ni.
saya beli di Daiso aje. 


Isi penuh-penuh baru puas makan..
hehhee.. rasa yogurt je lebih. kahkah..
takpe esok kita tengok apa rasa dia.

ermm nyum nyum!


Bookmark and Share

Wednesday, April 5, 2017

Dugro 3!




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




Ok, nak review sket proses penyusuan H&M ni.
Saya pernah cerita dulu, H&M ni saya xdapat nak beri full BF tak sampai 6 bulan pun.
Mungkin asbab saya tak tahu nak kawal stress kot masa tu. dua dua anak sebulan je dapat bagi BF. Sedih.. ye, siapa yang tak nak bagi susu ibu susu yang terbaik untuk anak..
Cukup sebulan je susu badan kering sendiri.. Masa Hanif dulu yelah saya takde ilmu, dapat bagi direct pun berapa kali jela.. sampai Maryam lahir, saya dah tahu macamana nak buat. Siap panggil makcik urut minta urut keluarkan susu.. eh macam-macam la cara tapi tetap tak ada rezeki jugak untuk mereka.. 

Jadi lepastu.. saya beri mereka susu LAZZ.
Sampailah satu ketika, suami saya kata susu Dugro ni murah.
900gram sama dengan RM22 macamtu.. susu LAZZ sekotak 500gram tu RM35 (kene beli 6 kotak baru dapat harga ni)

Mula tu nak bagi diorang ni minum, saya campurkan Vico/Ovaltine. Sebab anak saya yang sulung ni cerewet. Dulu pernah susu habis, suami beli Dutch Lady.. campur Vico pun taknak jugak.. mungkin sebab dia da kenal rasa.. Last week, masa shopping barang rumah husband tersilap ambil perisa Dugro ni yang perisa coklat.. Awal dulu test beli perisa buah buahan tu, si abang tak mahu..
adik? dia semua bedal.. haha!


9oz tak cukup tau si abang tu..
So sekarang dah tak perlu nak bawak bekas Vico lagi dah, sebab dua dua da serasi Dugro perisa coklat ni..
Lepas consume susu ni, kencing malam kemain banyak.. penoh pampers kadang sampai bocor tau.
Berak toksah cakap, selera makan pun dah kembali Normal..


Harga pun berpatutan, so kami dapat lah berjimat sebab sebelum ni duit belanja rumah + pampers diorang terpaksa asingkan bahagian susu sebab susu LAZZ tu kene beli melalui supplier.. Jadi lepas diorang ni minum Dugro, kami dah boleh belanja terus da dapat jugak la jimat bahagian susu tu.

1 paket 500 gram tu boleh penuh satu bekas tuppewear Ikea yang tinggi tu..

Tu jela nak cite. kihkih Terima Kasih sudi baca.


Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis