Friday, August 25, 2017

Kahwin memang mudah, tapi tak semudah nak kekalkan perkahwinan.




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.






Mashaallah..
Subhanallah..

Zaman sekarang, cabaran dan ujian sangat kuat.. kalau kita lemah, habislah binasa...
:'(


Sedih betul la..
Kahwin cerai macam benda biasa je dikalangan kita sekarang ni.
Apetah lagi artis.. tapi yang bukan artis pun ada jugak turun naik mahkamah.

Allahh..
Saya tak nak komen pasal rumahtangga orang.
tapi apa yang terjadi sekarang ni, buatkan saya takut.. takut jika saya tewas dalam ujian ni.


Nauzubilahiminazalik!!


AIB


Punca banyak punca boleh jadi macamni.
Salah satu nya AIB. Tolonglah jaga AIB sendiri dan AIB pasangan kita.
Luahkan pada yang Esa.. bukan di dinding facebook kita.
Semua tu tak membantu langsung..


Bagi para wanita, katanya sebelum nak rumahtangga nak cari bakal suami yang boleh jadi imam, yang boleh bimbing kita tapi sedar tak bila suami tak izinkan kita post gambar selfie kita kita dah hangin.. bila suami tak izinkan keluar rumah tanpa suami teman kita dah memberontak.. bila suami larang bercantik cantik di luar rumah, marahkan pula suami tu sebab terlalu mengongkong hidup isteri.. tanpa kita sedar dari kongkongan itu lah mengelakkan para isteri dari jadi bahan fitnah..


Cantik untuk suami, tapi apa motif post ke sosial media?

Tak salah nak cantik, tapi jangan berlebih lebihan.
Sama juga suami.. sama sama la kan.


Lelaki zaman sekarang tak semua yang celik agama, sama juga wanita.. tapi bila diberitahu akan kebenaran agama islam itu sendiri ada yang tak boleh terima dan tak mahu ikut..

Tak solat punca keretakkan rumahtangga.

Majoriti kita boleh lihat, Stadium pukul 7 dah penuh umat.. konsert konsert sebelum pukul 7 pun dah penuh umat. jujurnya mana nak solat jika begitu?? Masjid tak penuh pun orangnya.


Aurat.


Nampak je remeh, tapi menjaga aurat tu kan tuntutan agama yang Allah perintahkan ke atas orang perempuan. Tapi perempuan sekarang ambil mudah, baik yang muda yang tua sama je...


Mulut


Mulut banyak kene jaga.. kalau tak mampu nak berkata benda baik lebih baik berdiam diri.. kata kata juga sebuah doa juga.. Jadi belajarlah berkata yang baik baik mulai dari sekarang, jika kita mendoakan yang tak baik pada orang lain takut takut lain hari Allah swt balikkan doa yang tak baik tu ke kita.. nauzubillah la kan.


Sejujurnya.. bukan mudah kan nak kekalkan perkahwinan ni.
Kadang tengok Majlis Kahwin orang lain gah pelamin indah tersergam tapi tak sayang ke kalau perkahwinan tu mampu bertahan setengah tahun atau pun sebulan dua je??

Ape perasaan tengok gambar kahwin yang lawa lawa tu sweet romantik pelok cium tu tapi kekalnya sementara je? sedih tak? malu tak? Masa baru kahwin ditayang hari hari gambar kahwin tu.. tapi bila perkahwinan diuji mula nak cerita keburukan pasangan sendiri..

Tipulah saya tak pernah buat, tapi alhamdulillah ada juga kawan yang menegur.
Berbalik pada Allah swt.. kita minta tolong dia untuk tolong kita.
Kita jaga hubungan kita dengan Allah, inshaAllah Allah jaga pula hubungan kita dengan manusia lain..


Akhir sekali, pesanan saya..

Bersederhanalah dalam kehidupan kita.. sebab kita tak tahu masa depan kita macamana..
Nak sayang orang, jangan sayang berlebih lebihan risau di masa depan kita paling sakit dibuat dia..
Nak pamer bahagia, jangan terlalu sangat takut di masa depan kita jadi merana.
Bersederhana la selalu.


ZUHUD
Satu corak kehidupan insan Mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia sambil berusaha meninggalkan perkara yang tidak baik

TANDA TANDA ZUHUD


  • Tidak terlalu gembira apabila mendapat sesuatu dan tidak pula terlalu sedih apabila kehilangan sesuatu.
  • Sentiasa memandang sama kepada orang yang memuji dan mencela.
  • Sentiasa berasa tenang ketika beribadat dan hati sentiasa terdorong untuk membuat amal makruf,



Saya hanya manusia tak lari dari kesilapan.. wallahuaklam.

Bookmark and Share

Monday, August 7, 2017

Saat itu akan berlalu.. kita pasti akan rindukan mereka.





Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.




-------------------------------------------------------------

Bila tengok anak-anak tidur, sedih je ingat apa yang mereka lalui siang tadinya.
Kadang-kadang kena marah, kadang-kadang kena jerkah. Tapi mereka stay cool. Lepas 1 minit, happy semula.

Esoknya, loop yang sama berlaku lagi. Mereka main, menyanyi, berlari, melompat dan sebagainya. Kadang-kadang kita marah lagi, jerkah lagi.

Loop ini berterusan sehinggalah sampai 1 hari, dia tidak lagi menyanyi-nyanyi depan kita.
Tak lama lepas itu, tidak lagi melompat-lompat atas sofa dan katil.

Tak lama lepas itu, tiada lagi berlari-lari 2 beradik dari ruang tamu masuk bilik masuk dapur sampai jatuh bunga kita.

Rupa-rupanya mereka dah besar. Peluk pun tak nak dah. Tak nak dah dicium puas2 seperti dulu. Rimas dah didukung2 seperti dulu. Segan dah nak diajak baring dipangku sambil kita baca-baca.

Tiada lagi memory hancurkan bilik air. Tiada lagi budak kecil habiskan syampu dan shower cream sebotol. Tiada lagi kes berus gigi semua dimasukkan dalam bowl.
Bila masa itu tiba, kita pula yang rindu.

Saya pun sama, kadang-kadang rindu pula moment2 Uwaees sikit-sikit nak letak pipinya dengan pipi saya.
Alhamdulillah dia masih setia minta saya pegang tangannya selalu.
Nanti bila dah sekolah, duduk pula asrama, mesti lagi sunyi kan..
Sumber:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1906501802896124&set=a.1427193250826984.1073741829.100006089680434&type=3&permPage=1  

 
 
Tsk tsk.. sedih pula baca post ni.
Tipulah kalau kata saya tak pernah jerkah anak, tak pernah marah anak, tak pernah pukul anak..
Itu adalah normal.. tapi saya cuba. cuba tak selalu jerkah, tak selalu marah tak selalu pukul..
kerana saya sedar semua perbuatan itu bakal menjauhkan dia dari saya..
Tegur perlu dengan kasih sayang..

Dan saya akan lalui saat ini..
Saat dimana saya akan lihat anak saya membesar, melihat mereka ke sekolah.. melihat mereka bergaul bersama rakan rakan mereka..

Cuma saya doakan.. walau di mana pun mereka berada, semoga hati mereka sentiasa terpaut pada Allah swt.. jika mereka ingatkan Allah swt inshaAllah mereka akan ingat saya dan suami.. biar jauh mana pun mereka pergi, tapi di hati tetap ada saya dan suami.

Pesanan saya pada ibu bapa diluar sana,
Tolonglah luangkan masa dengan anak-anak.. walau sibuk mana pun kita.. carilah masa untuk wujudkan kita dalam kehidupan anak anak kita.. sedih kan tengok berita sekarang, anak sanggup pukul ibu sanggup bunuh ayah.. dari sudut ni, kita hanya salahkan anak semata tapi tak cari dari mana punca semua ni. Dalam kita membesarkan mereka kita adalakalanya alpa dan leka dengan dunia.. mencari rezeki tanpa putus dan tak perasan kita telah menjauhkan diri kita pada mereka semasa mereka kecil. Bila mereka membesar dan melebihkan orang luar dari keluarga sendiri, maka jadi la berita berita tak sedap dengar..


Saya menulis berdasarkan dari penglihatan.

Mari cuba amalkan..


Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis