Tuesday, September 12, 2017

Pasta tanpa Preggo




Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.






Harini saya nak kongsi Rahsia masak Pasta tanpa gunakan preggo. Ok nak list kan bahan-bahan dia dulu.


Bahan:
  1. Pasta 
  2. Minyak masak
  3. Tepung Gandum
  4. Bawang Putih & Bawang Merah
  5. Tomato / Cili Merah / kedua duanya
  6. Susu Segar / Susu Cair
  7. Cheesedale
  8. Sayur Brocoli (kalau takde letak jela sayur apa apa hahaha)
  9. Air
  10. Garam
  11. Rencah : ayam atau daging, pilihan.


Cara Masak pulak:

  1. Rebuskan pasta dahulu, toskan dan letak tepi sat.
  2. Panaskan kuali, saya biasa guna olive oil kalau masak pasta tapi minyak lain pun sokeh. :D
  3. Masukkan daging atau ayam goreng kejap..pastu masukkan bawang merah yang dah dipotong dadu tumis kejap dan tumis bawang putih yang dah ditumbuk halus juga cili yang dah dihiris.
  4. Letak garam secukup rasa.. agak agak warna dah oren oren tu masukkan tepung gandum satu sudu besar.
  5. Masukkan susu segar sikit kacau rata dan letak Cheesedale.
  6. Kalau macam pekat tambahkan air sikit.. kacau kacau masukkan pasta yang dah direbus tu.
  7. Masukkan Sayur-sayur dan tomato dah dipotong dadu. Kalau rasa macam pekat lagi tambahkan air lagi sebab nanti dia akan kering kalau dah sejuk.
  8. Dah siap boleh hidang dan makan..




Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis