Wednesday, September 13, 2017

Resipi Nasi Ayam





Assalamualaikum kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.



Sorry korang.. kita banyak malas nak update. lagipun takde benda nak dikongsi.
Ada jugak tips nak share tapi kekangan masa nak update ni kurang.

Anak banyak peel dah.

So today.
saya nak kongsi resipi nasi ayam dari kawan kerja saya dulu..
Ikut resipi dia, fuuhh.. menjadi nasi tu. First attempt saya buat dulu nasi tak jadi. hahahhaha.. 

ok saya share bahan bahannya dulu.

Bahan-bahannya:

👉 Kayu manis, Bunga Lawang dan Bunga Cengkih
👉 Marjerin
👉 Halia, Bawang Merah dan Bawang Putih
👉 Cube ayam
👉 Ayam
👉 Tomato
👉 Cili giling
👉 Beras
👉 Kunyit
👉 Sos Tiram, Sos Tomato dan Sos Cili.

Cara pertama untuk nasi :

🍈 Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
🍈 Tumis Kayu Manis bersama rakan-rakannya dengan menggunakan planta/marjerin dan masukkan bawang yang ditumbuk halus tu.. kacau sekejap.
🍈 Masukkan air dan ayam.
🍈 Masukkan cube ayam dan biarkan mendidih sekejap.
🍏 Bila dah mendidih tu, asingkan ayam dan tapis bawang dan rempah tadi tu.. (saya recyle balik bawang-bawang yg ditumis tu).
🍏 Basuh beras campurkan garam secukup rasa dan sedikit rempah kunyit untuk bagi warna nasi tu kuning kemudian bila air rebusan ayam tu dah sejuk sukat dalam beras tu dan masak la.


Cara kedua untuk sup pula:

🍏 Tumis semula bahan yang ditapis dari rebusan ayam tadi dengan gunakan minyak (saya guna minyak olive)
🍏 Dah tumis tu masukkan air dan pati ayam.
🍏 letak daun sup dan bawang goreng.
🍏 Pilihan sama ada nak isi ayam dalam sup tu atau letak kentang.. terpulang lah pada korang. Bagi saya, saya letak kentang je sebab kami ni 'gila kentang' hahahahhaa


Untuk resipi Ayam pulak.. terpulang bagi korang nak buat cara mana.. saya ikut senang je goreng dah hahahaha.. tapi resipi kawan saya ni, ayam tu dia buh black pepper + sos tiram dan kicap pekat..Perap dahulu kemudian goreng.. jadi lah ayam tu gelap gulita.. ada yang guna oven.. tapi part tu saya belum jumpa resipi lagi. ekekekeke.


Eh sebelum tu, ada lagi..


Sos cili pulak..
Sos cili ni resipi saya lah sebab saya tak suka pedas sangat..

Caranya:

🍏 Hancurkan tomato dan tumbuk bawang putih.
🍏 Panaskan minyak sikit, masukkan bawang putih tumis sampai macam nak kering tu masukkan tomato yang diblend tu kacau.. pastu masukkan satu sudu kecil cili giling..
🍏 Masukkan sikit sos tiram, sos tomato dan sos cili.
🍏 Kalau macam likat tu letak air sikit.


Ok itu saja..
SELAMAT MENCUBA!!



Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis